Selasa, September 30, 2008

Berhari Raya Di rumah Baru

"Walaupun gembira kerana ini kali pertama kami menyambut Aidilfitri di kediaman sendiri, namun perasaan sedih tetap menyelubungi terutama apabila mengenangkan nasib Sharlinie (gambar) yang belum ditemui.

"Lebih-lebih lagi mengingatkan gelagatnya yang berbaju kurung dan bersalam dengan bapanya, sambil meminta duit raya yang jelas pada ingatan, manakala dua kakaknya, Nurul Amirah dan Sharliena mengira hari terakhir berpuasa," kata ibu Sharlinie, Suraya Ahmad, 28, ketika ditemui pada majlis penyerahan kediamannya di Kampung Padang Pulut, di sini, semalam.

"Walaupun gembira kerana ini kali pertama kami menyambut Aidilfitri di kediaman sendiri, namun perasaan sedih tetap menyelubungi terutama apabila mengenangkan nasib Sharlinie (gambar) yang belum ditemui.

"Lebih-lebih lagi mengingatkan gelagatnya yang berbaju kurung dan bersalam dengan bapanya, sambil meminta duit raya yang jelas pada ingatan, manakala dua kakaknya, Nurul Amirah dan Sharliena mengira hari terakhir berpuasa," kata ibu Sharlinie, Suraya Ahmad, 28, ketika ditemui pada majlis penyerahan kediamannya di Kampung Padang Pulut, di sini, semalam.

Sharlinie, 5, anak bongsu kepada pasangan Mohd Nashar Mat Hussin dan Suraya hilang di taman permainan yang jaraknya hanya 200 meter daripada rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya, 9 Januari lalu.Majlis penyerahan rumah bernilai RM35,000 kepada bapa Sharlinie, Mohd Nashar itu dilakukan Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan yang mewakili Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Menceritakan gelagat Sharlinie ketika menyambut Aidilfitri, Suraya berkata, anak bongsunya akan turut bertakbir setiap kali mendengar takbir yang disiarkan di televisyen.Suraya berkata, makanan kegemaran Sharlinie pada pagi raya ialah lemang dan sambal daging."Kami memohon mereka yang menemui Sharlinie memulangkannya semula," katanya.

Isnin, September 29, 2008

Budak nyaris maut dipatuk ular

Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 10 bulan nyaris maut dipatuk ular dipercayai tedung ketika sedang tidur di rumahnya pada 3 September lalu.

Mangsa, Nor Balqis Batrisya Shukri ketika itu sedang lena di atas katil bilik utama rumahnya di Ajil, Hulu Terengganu kira-kira pukul 10 pagi ketika ibunya, Rosmawati Mohammad, 33, sedang mengemas di bilik yang sama.Menurut Rosmawati, anak bongsu daripada tiga beradik itu tiba-tiba menangis dan mengadu sakit sambil menunjukkan jari telunjuk kirinya yang berdarah.
Katanya, bagaimana ketika itu dia tidak tahu apa yang menyebabkan anaknya kesakitan.
"Selepas itu saya dan suami terus membawanya ke Hospital Hulu Terengganu," katanya di Hospital Sultanah Nur Zahirah dekat sini semalam.Menurutnya, kira-kira 10 minit tiba di hospital itu, mulut anaknya itu tiba-tiba berbuih sebelum pengsan dan doktor memberitahu anaknya itu terkena bisa ular tedung.

Umno Besut umum calon


Umno Bahagian Besut akan mencalonkan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden dan Timbalan Presiden Umno pada mesyuarat perwakilannya pada 11 Oktober ini.

Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata cadangan itu dibuat oleh sebahagian besar perwakilan yang akan menghadiri mesyuarat bahagian.

Bagi jawatan Ketua Pemuda Umno, katanya, pergerakan bahagian itu akan mencalonkan Exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun pada mesyuarat perwakilan Pemuda pada 10 Oktober.

Sementara itu, semua jawatan utama dalam Umno Bahagian Besut iaitu ketua, timbalan dan naib tiada pertandingan selepas pengesahan calon ditutup kelmarin.

Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih menang tanpa bertanding, manakala jawatan timbalan bakal diisi Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad selepas penyandang jawatan yang juga Ahli Parlimen Besut, Datuk Dr Abdullah Md Zin menarik diri.

Kampung Padang Hangus Terbakar cahaya pelita

Kedatangan Syawal tidak lama lagi sememangnya ditunggu oleh umat Islam yang menjalani ibadah berpuasa terutama kanak-kanak.Pelbagai cara digunakan untuk memeriahkan sambutan hari raya dan sudah menjadi tradisi di sesetengah tempat, pertandingan memasang pelita masih diteruskan dengan niat untuk mengembalikan nostalgia Ramadan semasa ketiadaan elektrik suatu masa dahulu.

Pertandingan pasang pelita sama sahaja seperti memasang lampu berwarna-warni serta membuat biskut iaitu untuk mewujudkan suasana ceria dan gembira perayaan yang datang hanya setahun sekali.Itulah yang dilakukan masyarakat Kampung Padang Hangus di Tepuh apabila pada 10 malam terakhir Ramadan setiap penduduk akan bergotong royong menyiapkan pelita menggunakan bahan-bahan terpakai.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Padang Hangus, Sidek Salleh, 57, ketibaan 10 malam terakhir Ramadan sememangnya dinantikan penduduk kampung dan mereka awal-awal lagi mencari buluh dan tin kosong untuk dijadikan pelita yang akan dihias di sekeliling kawasan rumah masing-masing.

Kreativiti

Menurutnya, penduduk akan bergotong-royong menyiapkan pelita-pelita berkenaan dalam pelbagai bentuk mengikut kreativiti masing-masing termasuk yang paling popular menyerupai bentuk Menara Berkembar Petronas.''Bahkan golongan muda merupakan golongan yang paling banyak terlibat bergotong-royong menyiapkan pelita menggunakan minyak tanah untuk dipasang di sekeliling kampung," ujarnya.

Sidek memberitahu, sebagai tanda sokongan JKKK turut menyumbang minyak tanah sebagai memberi semangat kepada penduduk yang menyertai pertandingan tersebut. Ujarnya setiap penyertaan perlulah menggunakan sekurang-kurang 50 buah pelita pelbagai rekaan untuk dipasang di keliling rumah bagi memeriahkan kawasan.

Tambahnya, setiap penduduk bebas menggunakan kreativiti masing-masing untuk mereka bentuk pelita.Menurutnya, pertandingan pasang pelita itu menawarkan hadiah lumayan kepada penduduk kampung.''Pada tahun ini kita menyediakan hadiah berupa barangan elektrik kepada pemenang dan hamper makanan kepada pemenang saguhati, ini semua sebagai tanda penghargaan kepada penduduk yang menyertai pertandingan ini," katanya.

Ahad, September 28, 2008

Tok Mun Kesepian Di hari Raya

Setiap kali ketibaan Syawal, hati bekas calon bebas Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya lepas, Maimun Yusof, 89, terusik dengan kenangan bersama arwah suami serta anak-anak.Ini kerana seperti tahun-tahun sebelumnya, Hari Raya Aidilfitri disambut secara bersendirian kerana arwah suaminya telah kembali ke rahmatullah kira-kira 40 tahun lalu, manakala satu-satu anaknya kini telah mempunyai keluarga sendiri.

Berhari raya seorang diri di rumahnya di Kampung Atas Tol dekat sini sudah menjadi kebiasaan bagi Maimun kerana anak tunggalnya, Khuzaimah Abdulah, 50-an kini menetap di Paka bersama suami dan anak-anaknya."Sudah biasa tiap-tiap tahun tok beraya seorang diri di sini, anak cucu biasanya hari raya ketiga atau keempat akan datang menjenguk tok di sini," katanya yang membahasakan dirinya sebagai tok.

Menurutnya, 1 Syawal disambut dengan persiapan ala kadar tanpa suami, adik-beradik serta anak cucu di sisi."Tok tinggal sendiri di sini, suami sudah tiada, enam adik beradik pun semua sudah meninggal, anak pula susah, lagipun dia tinggal jauh, jadi terpaksalah bersendirian," ujarnya.Bagaimanapun, Maimun yang menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan bersyukur kerana walaupun terpaksa bersendirian menyambut hari raya, namun kudratnya masih kuat untuk membuat persiapan.

"Biasanya, pada tahun-tahun lepas, setiap kali raya tok akan memasak dan akan menghantar ke surau berdekatan," ujarnya.Katanya, pada tahun ini, dia bercadang untuk membuat laksa dan sate untuk hidangan di pagi raya.Ditanya mengenai pakaian baru untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maimun memberitahu, beliau ada menempah dua pasang baju untuk dipakai pada pagi raya.

Rutin Maimun pada setiap kali hari raya ialah selepas sembahyang raya, beliau akan menziarahi kubur ibu bapa dan suaminya yang terletak tidak jauh dari kawasan rumahnya."Kalau dulu rumah akan dihias dengan cantik dan suami tok akan menebas kawasan rumah seminggu sebelum raya, tetapi kini semuanya tok buat sendiri," ujarnya.

Jelasnya, selain anaknya Khuzaimah, beliau mempunyai dua lagi anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan, namun kedua-duanya meninggal dunia pada usia yang kecil.

"Kadang-kadang malam raya tok ternampak-nampak kesemua mereka balik menjenguk tok. Rasanya, mereka semua masih ada walaupun sebenarnya sudah lama mereka meninggalkan tok sendirian," ujarnya sambil digenangi air mata.Pada tahun ini, dia bercadang membuat ketupat untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang berhari raya nanti.

Jumaat, September 26, 2008

Ada Tak Dapat Pitis Raya - DAS Tambah RM1 Juta

Kerajaan negeri membuka semula pendaftaran bantuan Dana Khas Persekutuan bagi membantu golongan kurang berkemampuan sempena sambutan Aidilfitri berikutan masih ada penduduk yang berhak menerima bantuan itu, tercicir. Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata borang bantuan itu akan dihantar ke Pejabat Daerah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk diagihkan kepada pemohon dalam masa terdekat

Beliau berkata, kerajaan negeri membuka semula pendaftaran selepas menerima laporan bahawa masih ada golongan yang berhak menerima, termasuk orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas dan kurang berkemampuan tidak menerimanya. "Kita juga menerima aduan seramai 1,515 penerima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang dan 400 di DUN Wakaf Mempelam belum menerima bantuan ini.

"Kelewatan ini berpunca daripada kegagalan pihak terbabit menyerahkan borang untuk dimasukkan ke dalam senarai penerima komputer mengikut masa ditetapkan," katanya sambil berjanji akan berusaha memastikan bantuan kepada penerima terbabit dibayar sebelum Aidilfitri. Ahmad yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri di Kediaman Rasmi Seri Iman, malam kelmarin berkata, semua borang baru perlu diserahkan mengikut masa ditetapkan.

Beliau berkata, pembukaan semula permohonan baru itu menyebabkan bantuan Aidilfitri daripada Dana Khas yang dijadualkan RM46 juta sebelum ini, meningkat kepada RM50 juta. Akhbar sebelum ini melaporkan kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM46 juta untuk diagihkan kepada 153,201 golongan kurang berkemampuan, OKU, warga emas, ibu tunggal dan keluarga miskin mula disalurkan sejak 16 September lalu.

Pengagihan bantuan itu dilakukan melalui JKKK mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga 22 September lalu bagi memastikan golongan kurang berkemampuan dapat membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ahmad meminta penduduk miskin atau OKU yang tercicir daripada bantuan itu supaya menghubungi JKKK di kawasan masing-masing bagi mendapatkan borang dan menghantarnya mengikut jadual.

"Pegawai kerajaan bertugas mengikut masa ditetapkan. Jika lewat menghantar borang nama mereka (penerima) tidak akan disenaraikan," katanya sambil menambah penerima baru akan bantuan selepas Aidilfitri.

Selasa, September 23, 2008

Jangan Tipu Duit Raya

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, penerima bantuan dana Hari Raya Aidilfitri yang menipu dalam permohonan mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang. Menurutnya, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai penipuan oleh pemohon sehingga membolehkan mereka mendapat bantuan dana berkenaan digesa membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

‘‘Jika mereka tipu dari segi pendapatan, kita boleh tahu daripada slip gaji atau dokumen lain, jadi mereka yang mempunyai maklumat perlu membuat laporan kepada BPR.
‘‘Kalangan pegawai termasuk pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) yang menipu juga boleh dipenjara,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis berbuka puasa dan sembahyang tarawih bersama kakitangan kerajaan negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Iman di sini semalam.
Ahmad diminta mengulas mengenai keciciran pengagihan wang dana sebanyak RM46.594 juta yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk golongan miskin, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal tahun ini.

Beliau berkata, mereka yang bekerja masih layak menerima bantuan berkenaan jika pendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.

Isnin, September 22, 2008

DAS Berbuka Puasa Dengan Perantau di KL

Lebih sejam Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said meluangkan masa beramah-mesra sambil mengabadikan gambar kenangan dengan pelajar dan anak perantau dari Terengganu yang menetap di Kuala Lumpur, pada Majlis Berbuka Puasa YAB Menteri Besar Bersama Perantau, di Dewan Merak Kayangan, Balai Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, semalam (19 September).

Pertemuan pertama kali seumpama itu antara Menteri Besar dengan perantau berjaya mengumpul kira-kira 800 anak Terengganu dari kalangan penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor , wartawan serta ahli Persatuan Anak Terengganu Wilayah Persekutuan & Selangor (Pesat).

Dalam majlis itu juga, seramai 48 pelajar menerima pinjaman Yayasan Terengganu Peringkat Sarjana/PhD Sesi 2008/2009 Semester I melibatkan seorang PhD dan sebelas Sarjana dari UKM; empat Sarjana UIA; tujuh Sarjana UPM dan 12 Sarjana di UiTM, Shah Alam.
Program itu dianjurkan oleh Pejabat Menteri Besar dan Unit Komunikasi Negeri dengan kerjasama Yayasan Terengganu serta Badan Perhubungan Umno Negeri.

Ahad, September 21, 2008

Pantun Balik Kampong Berhari Raya


Kelantan...

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo toksey laju
Nanti rayo daley sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose pengat jagong
Malam raye pasang pelite

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang ..
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Jumaat, September 19, 2008

YDSM Sampaikan Bantuan Sempena Aidilfitri.

Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) menyampaikan bantuan kepada 300 penerima diseluruh negeri bertempat di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, semalam (17 September).
Majlis yang turut dihadiri Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dimulakan sejak jam 6 petang turut sama mengadakan majlis berbuka puasa serta solat tarawih bersama penerima bantuan tersebut.majlis perngurniaan bantuan tersbut merupakan tanggungjawab sosial yayasan berkenaan dalam membantu rakyat tempatan dalam menyambut Aidilfitri ini.
Jelasnya majlis tersebut turut bertujuan untuk mendekatkan dan mengeratkan hubungan siratulrahim dengan masyarakat tempatan terutamanya golongan yang kurang berkemampuan.

Khamis, September 18, 2008

Terengganu Pecah Rekod Lagi Khatam Al Quran

Seramai 2,660 kanak-kanak tadika khatam Al-Quran dan diiktiraf dalam The Malaysia Book of Records pada Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran Kanak-Kanak Tadika Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2008 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak.
Program yang dimulakan sejak dua tahun lalu sudah dua kali mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Record (MBOR) kini diteruskan dan lebih membanggakan kali ini ianya turut mencipta rekod baru dan mendapat pengiktirafan sama.

Hadir menyempurnakan majlis tersebut, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said serta isteri; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong dan mantan Menteri Besar merangkap Pengerusi Mara, Dato’ Seri Idris Jusoh serta isteri dan Pengarah MBOR, Danny Oii.

Dato’ Ahmad Said dalam ucapannya berkata, usaha yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu merupakan pendekatan proaktif dalam mendidik anak-anak dengan ilmu agama pada peringkat awal sebelum pelajar itu melangkah lebih jauh masuk ke alam persekolahan.Tambahnya, pencapaian ini merupakan yang terbaik dan tidak pernah dicapai oleh mana-mana negeri di Malaysia.

Seterusnya menolak dakawaan sesetengah pihak bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak mementingkan ajaran agama islam.Sementara itu, 83 kanak-kanak tadika YIT menunjukkan pencapaian yang membanggakan apabila berjaya menyempurnakan hafazan dan terjemahan Surah Yassin.

Tiga Pegawai Tertinggi Di hantar Selesaikan Royalti

Kerajaan negeri menghantar tiga pegawai tertinggi untuk mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kewangan semalam bagi membincangkan beberapa masalah teknikal yang belum selesai mengenai tuntutan royalti minyak Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, perjumpaan itu diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong; Pegawai Kewangan Negeri Datuk Mazlan Ngah dan Penasihat Undang-undang negeri, Mohamed Sekeri Mamat serta beberapa pegawai.

Beliau berkata, pertemuan itu bertujuan menyelesaikan beberapa masalah teknikal termasuk mendapatkan maklumat mengenai perbelanjaan melalui projek yang dilaksanakan di samping baki yang ada.

Bagaimanapun katanya, tarikh sebenar kerajaan negeri akan memperoleh royalti tersebut belum dapat diumumkan walaupun sebelum ini ia dikatakan pada bulan ini.''Saya akan beritahu bila sampai masanya dan kita ada sedikit masalah teknikal yang kini dalam proses untuk diselesaikan," katanya.

DAS Sifatkan Impian Anuwar Jejas Ekonomi

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menyifatkan rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu membentuk kerajaan baru semalam sebagai satu pembohongan dan tindakan itu boleh menjejaskan kestabilan politik serta ekonomi negara.

Katanya, kegagalan itu menunjukkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut sanggup mengeluarkan sebarang kenyataan dan melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita peribadinya tanpa mempedulikan kepentingan negara dan agama.

‘‘Anwar seperti ingin mencari fatamorgana. Inilah watak sebenar Anwar dan rakyat perlu lihat dan faham supaya tidak terpengaruh,” katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa dan terawih bersama pegawai serta anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini malam tadi.

Mengulas kegagalan pakatan pembangkang membentuk kerajaan baru semalam seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini, Ahmad berkata, Anwar cuba mewujudkan krisis dalaman Barisan Nasional (BN) dengan membuat dakwaan itu.Malah katanya, Anwar kini mendakwa mempunyai senarai nama Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti.Menurutnya, Ketua Pembangkang itu mahu mewujudkan krisis keyakinan sesama Ahli Parlimen BN.

Beliau menambah, tindakan Anwar juga telah menjejaskan ekonomi negara terutama dalam sektor pelaburan.‘‘Para pelabur melihat keadaan seperti itu menyebabkan negara tidak stabil, jadi mereka tidak datang melabur ke negara kita. ‘‘Apabila pelabur baru tidak datang maka tidak wujud peluang pekerjaan dan akhirnya rakyat akan marah kerajaan dan Anwar akan cuba menangguk di air yang keruh,” jelasnya.

Rabu, September 17, 2008

Orang Ganu Dapat Pitis Raya

Rezeki yang diperolehi rakyat negeri ini lebih beruntung berbanding dengan rakyat di kebanyakan negeri lain.Mana tidaknya, setiap tahun kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi diagihkan kepada rakyat tempatan di negeri bumi bertuah ini.Hari ini, bermulalah proses pembahagian dana hari raya bagi Dun Batu Buruk yang melibatkan jumlah hampir RM400,000 untuk diserahkan kepada 1,195 penduduk yang layak.

Menurut Pegawai Khas Dun Batu Buruk, Cik Ezreen Shakimah Mat Sepin, 24, berkata sebanyak lapan kampung terlibat bagi hari ini sahaja.“Kita telah kenal pasti seramai 109 bagi kategori orang kurang upaya, 293 penduduk warga emas, 647 penduduk miskin dan 146 dikategorikan sebagai ibu tunggal,”katanya kepada Warta Hadhari ketika ditemui pada Majlis Pembahagian Dana Hari Raya Dun Batu buruk, di Taman Budaya, Kuala Ibai, hari ini (16 September).

Menurut Ezreen, penerima telah memenuhi perkarangan kawasan ini seawal jam lapan pagi dan sehingga kini semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. “Seramai 16 petugas masing-masing lapan petugas dari U-Best, dua wakil penghulu kampung, empat wakil dari Puteri Umno dan dua petugas pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun),”jelasnya.

Seramai 1,262 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu, Kuala Terengganu antara 150,000 penerima awal layak menerima duit raya bermula semalam.

Duit berjumlah minimum RM200 hingga RM400 itu merupakan dana khas sebanyak RM40 juta yang disediakan oleh kerajaan negeri bagi membantu penduduk termiskin sempena Aidilfitri nanti.

Dalam agihan di Dewan Sivik Buloh Gading, Manir sebanyak RM383,600 telah diagihkan kepada enam kampung di bawah DUN tersebut iaitu Kampung Teluk Pasu, Sekati, Haji Awang, Tanjung Bunut, Buluh Gading dan Kubang Jela.

Antara penerima bantuan itu ialah 751 orang dari golongan miskin, 113 orang kurang upaya, 159 ibu dan bapa tunggal dan warga emas seramai 244 orang.Agihan dana khas itu dijangka selesai diberikan kepada semua penduduk yang layak selewat-lewatnya Isnin depan melalui semua DUN masing-masing.

Imam Masjidilharam puji kemesraan warga Malaysia

"Saya sangat bersyukur dapat melihat keindahan Taman Tamadun Islam yang begitu cantik dan menghimpunkan pelbagai keindahan seni bina Islam dunia," kata guru Tauhid dan Fekah yang juga imam ganti Masjidilharam di Makkah, Sheikh Mohammad Edress Sheikh Mohamad Ismail, 34.

Beliau yang akan berada di Malaysia sepanjang Ramadan bagi memenuhi jemputan sebagai imam solat Tarawih di ibu negara turut memuji keramahan rakyat berbilang kaum dan agama yang hidup dalam keadaan harmoni dan muhibah.

"Rakyat Malaysia ramah dan mesra lebih-lebih lagi melalui hubungan silaturahim yang ditunjukkan terutama ketika menjelang musim perayaan dan disambut tanpa mengira kaum dan agama," katanya yang ditemui selepas melawat Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, semalam.
Sheikh Mohamad Edress berada di Terengganu selama dua hari atas jemputan kerajaan negeri khusus untuk menjadi imam solat Tarawih sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said di Masjid Abidin, di sini.

Ditanya pengalaman berpuasa selepas berada kira-kira dua minggu di negara ini, Sheikh Mohammad Edress berkata, tidak ada bezanya suasana puasa di Malaysia mahupun di Makkah, cuma di tanah suci itu fadilatnya lebih kerana ia adalah Tanah Haram.

"Yang berbeza cuma tempat, memang Makkah menjadi tumpuan orang untuk beribadat ketika Ramadan kerana ganjaran dan fadilatnya yang banyak, tetapi dari segi pengalaman puasa, puasa di mana-mana pun sama saja," katanya.

Beliau meluangkan masa kira-kira sejam meninjau dan melawat momumen di TTI dengan dengan ditemani isteri, Ayshah Salaeemollah sambil dibantu jurubahasa, Amir Hussin Ali dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Selasa, September 16, 2008

Bubur Lambuk Kampong Baru & Berbuka Puasa dengan PM

Setiap kali menjelang Ramadhan, bubur lambuk Kampung Baru sememangnya dinanti ramai. Tidak hairanlah, jika ada yang sanggup berbaris panjang untuk mengambil bubur lambuk yang diedarkan secara percuma pada setiap kali umat Islam menunaikan Rukun Islam ketiga.

Kehebatan bubur lambuk itu juga mendorong Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said mengambil inisiatif ini untuk memperuntukkan 8,000 bungkus bubur lambuk Kampung Baru untuk diagihkan kepada orang ramai di Taman Shahbandar, Kuala Terengganu, petang semalam (15 September).

Dato’ Ahmad, berkata pihaknya akan meneruskan pembahagian bubur lambuk Kampung
Baru pada tahun hadapan sekiranya juadah ini menepati citarasa rakyat.

“ Kita akan pertimbangkan pembahagian juadah ini dan menjadikannya sebagai agenda tahunan. Dengan ini, rakyat dapat menikmati bubur lambuk Kampung Baru yang sememangnya terkenal di ibu kota.

Di kesempatan ini saya turut berterima kasih kepada Dato’ Idris Saari Mat Aris selaku Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru dan rombongan kerana bertungkus lumus memasak juadah ini untuk rakyat Terengganu,” katanya kepada pemberita selepas selesai mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di Taman Shah Bandar

Kontraversi Suami Di Madu

Status perkahwinan dan penceraian pasangan Ahmad, 58, dan isterinya, Ju, 43 (bukan nama sebenar) serta suami barunya masih kabur kerana perkahwinan mereka tidak pernah didaftarkan.

Menurut Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Shaikh Harun Ismail, Ahmad tidak boleh menuntut haknya sebagai suami Ju selagi perkahwinan mereka tidak disahkan. "Jika perkahwinan mereka tidak sah, maka tidak berlaku penceraian walaupun dia pernah melafazkan talak.
"Semua itu hanya boleh diputuskan oleh hakim Mahkamah Syariah," katanya ketika dihubungi semalam sebagai mengulas laporan Kosmo! mengenai dakwaan Ahmad yang mengadu Ju telah berkahwin lain walaupun wanita itu didakwa masih isterinya yang sah.

Bagaimanapun Ju menafikannya dengan alasan sudah diceraikan dengan talak tiga oleh Ahmad pada 2004 sebelum dia mengahwini lelaki lain, November tahun lalu.Menurut Shaikh Harun, banyak perkahwinan di negara jiran itu tidak sah kerana ia mungkin dilakukan dengan cara yang tidak betul.

"Mereka boleh ditangkap khalwat kerana surat nikah dari Thailand tidak diiktiraf di negara ini selagi tidak mendapat pengesahan di Mahkamah Syariah," tambah Shaikh Harun.Jelasnya, sekiranya, pasangan tersebut hendak menyelesaikan masalah tersebut, mereka perlulah merujuk ke Mahkamah Syariah.

Isnin, September 15, 2008

Bubur Lambuk Kampong Baru & Berbuka Puasa dengan PM

Orang ramai yang tinggal sekitar Kuala Terengganu berpeluang untuk merasa Bubur Lambuk Agung Kampung Baru, Kuala Lumpur yang akan diagihkan kepada masyarakat sekitar di Dataran Shahbandar mulai jam 3 petang 15 September ini

Sebanyak 12,000 bungkus bubur lambuk dijangka diagihkan kepada orag ramai dan YAB Menteri Terengganu, Dato' Ahmad Said akan merasmikan program itu jam 3 petang.

Selain itu, umat Islam di sekitar bandar Kuala Terengganu dijemput untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi di Masjid Abidin (Masjid Putih) pada hari yang sama.Menurutnya, Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) pada pukul 6 petang.Perdana Menteri juga dijangka menunaikan solat sunat Terawih di masjid itu.

Ahad, September 14, 2008

Isu Servis PROTON V6 Mahal Dibicara

Dua pemilik bengkel kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini, atas lima tuduhan membuat tuntutan palsu kepada kerajaan Terengganu berhubung pembekalan kotak gear Proton Perdana V6 Executive yang digunakan oleh Exco.

Tor Kok Siong, 52, dan Choong Yuen Sang, 48, dituduh membuat tuntutan tersebut kesemuanya bernilai RM91,350.64 bagi tujuan penggantian kotak gear lima buah Perdana V6 antara November 2006 hingga Jun lalu, sedangkan kotak gear itu adalah yang asal dan tiada penggantian dilakukan.

Kok Siong, pemilik bengkel kereta di Jalan Bukit Kechil di sini menghadapi empat tuduhan membuat tuntutan palsu bernilai RM72,230.73 dan meminta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim M. Bakri Abd. Majid.

Dalam mahkamah berasingan, Choong Yuen Sang, 48, pemilik bengkel kereta di Chendering pula menghadapi satu tuduhan serupa bernilai RM19,119.91 dan membuat permohonan untuk dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab. Karim.

Mengikut fakta kes, Kok Siong dituduh memberikan invois CI No. 77456 mengandungi butir palsu mengenai pembekalan sebuah pc Auto Transmission V6 berjumlah RM18,057.68 untuk kenderaan bernombor pendaftaran TAG 7979 kepada Pegawai Eksekutif Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu, Hashim Abdul Rahman pada Ogos 2007.

Dia juga dituduh menyerahkan invois CI No. 78528 mengandungi butir palsu mengenai pembekalan sebuah Auto Transmission V6 MD 9739975 berjumlah RM18,057.68 bagi Perdana V6 TT 3 kepada Pegawai Tadbir Pejabat SUK, A. Rahim Jusoh pada Jun lalu.

Bagi tuduhan ketiga, Kok Siong dituduh menyerahkan invois CI No. 75548 mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan sebuah pc Auto Transmission V6 NOKP4A23-UPP3VO9608 berjumlah RM18,057.69 bagi Perdana V6 TT 7 kepada pegawai sama pada November 2006.

Dia turut dituduh menyerahkan invois CI 75982 mengandungi butir palsu mengenai pembekalan sebuah pc Auto Transmission V6 berjumlah RM18,057.68 bagi kereta Perdana V6 TAG 8778 kepada Penolong SUK (Am/Kew), Zulkifly Isa pada November 2006.

Sementara itu, Yuen Sang pula dituduh menyerahkan invois bernombor 3147 mengandungi butir palsu mengenai pembekalan satu set Auto Transmission Assy (New) berjumlah RM19,119.91 bagi Perdana V6 TAK 415 kepada Hashim pada 2 Ogos 2007.

Kedua-dua pemilik bengkel itu dituduh melakukan kesemua perbuatan itu di pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu dan mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Sabit kesalahan kedua-duanya boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama yang boleh dipenjara tidak kurang 14 hari dan tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Mohd. Sofian Zakaria manakala Kok Siong dan Yuen Sang masing-masing diwakili peguam Osman Bakar dan Siti Saleha Mohd. Tahir.
Mohd. Sofian meminta supaya kedua-dua tertuduh diikat jamin RM20,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.Namun Hakim M. Bakri menetapkan Kok Siong diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin manakala Hakim Mohammad Khalid menetapkan ikat jamin RM7,000 serta seorang penjamin terhadap Yuen Sang. Mahkamah kemudiannya masing-masing menetapkan 23 dan 24 Disember ini bagi perbicaraan ke atas Kok Siong manakala 14 Disember ini bagi perbicaraan ke atas Yuen Sang

Saya Bersyukur Masih Lagi Hidup

“Saya bersyukur masih lagi hidup. Saya mahu segera sembuh dan kembali menjalani latihan (di sekolah penerbangan HM Aerospace Sdn Bhd) untuk mencapai cita-cita menjadi juruterbang.“Tugas saya belum selesai. Saya mahu bantu keluarga, terutama ibu yang sentiasa di sisi sejak saya terlantar di hospital,” kata Mohd Farid Abdullah, 21, juruterbang pelatih yang terselamat apabila pesawat Diamond 40 MAHA 443 dinaikinya terhempas di kawasan hutan Bidong, Setiu, Terengganu, 20 Ogos lalu.

Bagaimanapun rakannya, Muhamad Ariff Ahmad Fuad, 20, juruterbang pelatih yang memandu pesawat dua tempat duduk itu, terkorban dalam nahas berkenaan.Pertama kali ditemubual selepas mampu bercakap, Mohd Farid mengakui Ramadan kali ini dirasakan sangat berlainan buatnya.Bagaimanapun, dalam keadaan kaki dimasukkan besi, kepala berjahit dan mata sebelah kiri sepet serta masih ada kesan lebam, semangat Mohd Farid tetap membara untuk segera sembuh.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, sehingga hari ini dia tidak dapat mengingati bagaimana detik cemas yang dilalui sebelum pesawat terhempas.“Yang saya ingat, dalam keadaan separuh sedar, saya keluar daripada pesawat dan selepas itu terus tidak sedarkan diri. Saya hanya sedarkan diri di hospital.“Sukar untuk bayangkan bagaimana keadaan saya ketika itu kerana dalam keadaan cedera parah, saya bersendirian di hutan. Yang pasti, saya dihurung nyamuk kerana kesan gigitannya masih kekal sehingga hari ini,” katanya.

Mohd Farid berkata, hatinya pilu mengenangkan nasib rakan baiknya yang terkorban dalam nahas itu.“Di dalam kelas (di sekolah penerbangan) saya duduk di sebelah Muhamad Ariff. Dia pendiam, tetapi saya selalu mengusiknya untuk menceriakannya.
“Banyak peristiwa suka duka kami lalui bersama, tetapi ketika ini saya tidak mampu mengingatinya,” katanya yang mendapat tajaan Penerbangan Malaysia (MAS) untuk bergelar juruterbang.

Indahnya Bermadu

Bagi Abu Bakar Embong, 49, Ramadan menjadi waktu paling seronok untuk menghabiskan masa bersama empat isteri dan 25 anak kerana ketika itu kemeriahan berbuka bersama-sama ditambah dengan aktiviti bergotong royong dalam menyediakan juadah berbuka, mengharmonikan lagi hubungan antara mereka. "Lazimnya kami sekeluarga akan berkumpul sejak petang Khamis dan berterusan ke hari Jumaat dan Sabtu dengan mengadakan jamuan makan secara bergotong-royong yang sudah menjadi sebahagian daripada tradisi wajib yang mesti diikuti semua ahli keluarga.

"Dengan makan bersama-sama bergotong-royong menyediakan juadah dan bertanya khabar anak isteri ketika berkumpul, ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sedia ada lagi pun kita tak tahu mungkin ada antara isteri dan anak-anak yang berbalah atau menghadapi masalah, ketika itulah mereka boleh bertemu dan melupakan segala yang berlaku, maklumlah bila dah ramai macam-macam boleh terjadi," katanya ketika ditemui di kediamannya semalam.
Abu Bakar yang juga seorang broker tanah dari Kampung Teluk Menara, Manir, mendapat liputan meluas akhbar selepas permohonannya untuk berkahwin isteri keempatnya, Suhaili Alias, 25, mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, 9 Jun lalu dan keterangannya disokong ketiga-tiga isterinya iaitu Asnah Jusoh, 46; Mazumi Ismail, 45; dan Norazlina Ariffin, 25. Ketika ditemui Berita Minggu di rumahnya semalam, keempat-empat isteri Abu Bakar kebetulan sedang menyediakan juadah berbuka puasa dengan dibantu oleh semua anak serta menantu dalam suasana yang cukup harmoni dan meriah.

Abu Bakar berkata, walaupun perhimpunan keluarga berlangsung setiap minggu terutama hari Jumaat dan Sabtu, namun ketika Ramadan, suasananya sedikit berbeza kerana keseronokan menanti waktu berbuka dan berkumpul seisi keluarga. "Ialah macam-macam hendak disediakan, ada yang menyediakan kuih-muih, ada yang memasak lauk-pauk dan disebabkan anggota keluarga yang ramai, masing-masing ada cita rasa dan lauk kegemaran masing-masing. Suasana meriah itu seolah-olah seperti rasa mengadakan kenduri setiap minggu.

"Walaupun begitu, pada hari biasa pun kalau tidak berkumpul beramai-ramai, semua isteri saya turut bertukar-tukar juadah berbuka sesama sendiri kerana kedudukan rumah yang berdekatan antara satu sama lain dan pada hari selain Khamis, Jumaat dan Sabtu, saya akan berbuka mengikut giliran rumah keempat-empat isteri mengikut turutan," katanya.

Abu Bakar membina rumah untuk semua isterinya dalam satu kawasan seluas kira-kira satu hektar yang turut menempatkan kediaman sanak-saudaranya yang lain bagi memudahkan urusan antara satu sama lain. Ditanya persediaan menyambut Aidilfitri dan giliran beraya, Abu Bakar berkata, kebiasaannya seperti tahun sebelumnya, beliau akan membawa semua isteri dan anak-anak beraya di rumah ibunya berhampiran, bagaimanapun katanya sambutan tahun ini mungkin sedikit berbeza kerana ibunya baru meninggal dunia awal tahun ini.

Katanya, kalau mengikut perancangan tahun ini, sambutan di rumah utama yang menjadi rumah berhimpun seluruh ahli keluarga lazimnya diadakan pada hari raya kedua. "Pada hari raya pertama saya akan bersama seluruh ahli keluarga mengunjungi dan bertandang ke rumah ibu bapa semua isteri kerana semua berasal dari Kuala Terengganu. Selepas menziarahi ibu dan bapa mentua semua isteri, pada hari raya kedua barulah saya pulang ke rumah utama bagi meraikan sahabat dan sanak saudara yang berkunjung," katanya.

Bercerita mengenai persediaan kelengkapan pakaian hari raya anak-anaknya, Abu Bakar berkata, dia menyerahkan semua persiapan termasuk pakaian dan perkara berkaitan kepada setiap isteri mengikut rumah. "Biarlah mereka memilih sendiri apa yang mereka mahu, yang penting tiada pembaziran dan tidak berlebih-lebih," katanya yang dikurniakan 11 lelaki dan 14 perempuan berusia antara empat bulan dan 25 tahun serta tiga cucu hasil perkongsian hidup dengan ketiga-tiga isterinya.

Senario Pertandingan UMNO Terengganu Terkini

Memegang jawatan dalam parti belum tentu dipilih bertanding pada pilihan raya umum, sebaliknya sejarah terbukti apabila hanya lima ketua bahagian di negeri ini dipilih bertanding pada pilihan raya umum lalu,' kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Katanya, lima ketua bahagian yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum lalu adalah beliau sendiri selaku Ketua Umno bahagian Kemaman, Datuk Seri Idris Jusoh (Besut), Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (Kuala Nerus) dan Datuk Mohd Jidin Shafie (Setiu).

Tiga ketua bahagian tidak dipilih ialah Datuk Abdul Rahman Bakar (Marang), Senator Datuk Rosli Mat Hassan (Dungun) dan Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (Kuala Terengganu). "Kriteria pemilihan akan dikaji termasuk laporan terutama mengenai hubungan dan pergaulan antara penduduk akan dilakukan pelbagai agensi kerajaan sebelum seseorang itu layak dicalonkan bertanding.

"Kebanyakan wakil rakyat di negeri ini bukan saja berjawatan sebagai ahli jawatankuasa pada peringkat bahagian, malah ahli biasa dan yang tidak memegang jawatan pun dipilih bertanding sebagai wakil rakyat," katanya yang mengulas perkembangan terkini perebutan jawatan tertinggi termasuk ketua Umno pada peringkat bahagian menjelang mesyuarat pemilihan bulan depan. Antara bahagian yang menyaksikan pertandingan merebut jawatan sebagai Ketua Umno bahagian ialah Kuala Nerus, Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Dungun.

Umno Bahagian Marang menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila dua Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) iaitu Adun Pangkalan Berangan, Yahaya Khatib Mohamad dan Adun Alur Limbat, Alias Abdulllah mencabar penyandang, Abdul Rahman yang menawarkan diri mengekalkan jawatan.

Naib Ketua Umno bahagian Kuala Nerus, Basir Ismail dan bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Azmi Abdul Rahman pula akan mencabar Ahli Parlimennya, Mohd Nasir yang turut menawarkan diri mengekalkan jawatan.

Adun Jabi, Ramlan Ali pula mencabar penyandang Ketua Umno Bahagian Setiu iaitu Ahli Parlimen Setiu, Mohd Jidin, manakala Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohamad Noor Othman pula menawarkan diri bertanding mencabar ketuanya, Datuk Tengku Putera Awang, sementara Adun Bukit Besi, Datuk Din Adam pula menawarkan diri mencabar ketuanya, Rosli.

Ahmad berkata, jika ada pemimpin beranggapan memegang jawatan tertinggi di peringkat bahagian adalah laluan cerah dipilih sebagai calon untuk bertanding pada pilihan raya, tanggapan itu adalah salah.

Sebaliknya, beliau berkata, mereka yang memegang jawatan tertinggi pada peringkat bahagian belum tentu terpilih bertanding kerana pelbagai kriteria akan diambil kira termasuk laporan daripada pelbagai agensi kerajaan. "Kita sudah pun menasihatkan supaya elakkan pertandingan bagi mengelakkan perpecahan, tetapi amalan demokrasi yang membolehkan pertandingan diadakan menyebabkan berlakunya pertandingan," katanya.

Sabtu, September 13, 2008

Azlan, Saharizan batalkan hasrat

PENYERANG Perlis, Azlan Ismail dan pemain Sarawak, Saharizan Mohamad tidak akan menyarung jersi Terengganu pada saingan bola sepak Liga Malaysia musim depan.Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh kepada Kosmo! semalam setelah tercetus khabar angin mengenainya beberapa hari lalu.

Sambil menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang mendukacitakan, Abdullah berkata PBSNT memahami apa yang berlaku dan perlu bersikap profesional.Menurutnya, pihaknya telah dihubungi dua pemain itu bagi memaklumkan bahawa mereka tidak dapat meneruskan hasrat menyarung jersi Terengganu atas sebab tertentu."Mereka memohon maaf dan menyatakan masalah mereka secara lisan kepada kami kelmarin.

"Sebagai sebuah persatuan yang berjiwa besar, kami akur dan memahami alasan mereka lagipun kontrak masih belum ditandatangani," katanya semalam.Menurutnya, sebelum ini PBSNT bersetuju menerima dua pemain berkenaan yang disifatkan mampu menabur bakti untuk Terengganu musim depan.Katanya, Azlan pantas bertindak sebagai penggempur manakala Saharizan kreatif dan pintar membaca pergerakan pemain lawan.

Menurutnya, ketiadaan kedua-dua pemain itu menyebabkan PBSNT dan pengurusan Peteh terpaksa menggunakan perancangan lain untuk memantapkan skuad Terengganu."Kami mungkin terpaksa bergantung kepada pemain tempatan sepenuhnya terutama pemain daripada skuad Sukan Malaysia (Sukma) lalu untuk menggalas cabaran Terengganu.

"Hal ini mungkin agak sukar tetapi kami kena yakin dan usaha perlu digandakan untuk mempertingkat prestasi pemain sedia ada," katanya.Ditanya adakah PBSNT akan memburu pemain bertaraf bintang negeri lain sebagai ganti, Abdullah berkata, perkara itu akan dipertimbangkan.

Kami sudah Bercerai

Saya bukan isteri dia lagi. Dia sudah ceraikan saya sebanyak tiga kali pada tahun
2004.”Begitulah penafian seorang wanita, Ju (bukan nama sebenar), 43 mengenai dakwaan bahawa dia berkahwin dengan seorang lelaki lain walaupun masih mempunyai seorang suami yang sah.

Bagaimanapun Ju berkata, perceraian mereka itu tidak didaftarkan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) kerana mereka dahulu bernikah di Narathiwat, Thailand.
Menurut Ju, suaminya, Ahmad (nama samaran) melafazkan talak secara lisan dan dia mengakui tiada sebarang dokumen bagi pihak JHEAT bagi membuktikan perkara itu.

“Bagaimanapun, saya sudah buat surat akuan bersumpah yang menyatakan kami sudah pun bercerai dan ia juga ditandatangani suami saya itu (Ahmad).“Kali pertama dan kedua bercerai, hanya kami berdua sahaja tahu, tetapi kali ketiga ia dilaku- kan di hadapan beberapa ahli keluarga saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika datang ke pejabat Kosmo! semalam dekat sini, bagi membuat penjelasan mengenai dakwaan Ahmad bahawa dia mempunyai dua orang suami dalam satu masa seperti yang dilapor- kan akhbar ini semalam.Ahmad turut mendakwa Ju yang menjadi isteri kedua kepada lelaki yang mempunyai 10 orang anak itu, turut menggilir- kan hari untuk bersamanya dan suami baru tersebut.

Dalam pada itu, Ju mengakui dia memang merahsiakan perkahwinan dengan suami barunya pada November tahun lalu di Thailand daripada pengetahuan Ahmad.“Berkali-kali saya nafikan tentang perkahwinan ini, tetapi akhirnya saya mengaku apabila anak beritahu dia kerana saya bimbang dia (Ahmad) akan melakukan sesuatu yang tak diingini,” katanya.

Jelas Ju, mengenai sistem gili- ran yang dinyatakan Ahmad, ia sebenarnya bukan gilirannya dengan Ahmad, sebaliknya gilirannya (Ju) dengan madunya iaitu isteri suami barunya itu.Katanya, Ahmad pernah meminta untuk mengahwininya semula, malah mencadangkan melakukan ‘cina buta’ iaitu bercerai dengan suami barunya untuk memberi peluang mereka berkahwin semula.

“Tapi saya tak mahu sebab saya dah ada suami dan saya tahu perangai dia (Ahmad) sepanjang berkahwin dengan dia,” katanya yang percaya lelaki itu menyimpan dendam kerana dia menolak permintaan tersebut.

Keberkatan Bulan Ramadhan


SITI Aishah Mahmood, 42, (kanan) tidak mensia-siakan masa mengambil keberkatan bulan Ramadan dengan mengajar anak lelakinya, Danial Hakimi, 5, membaca Iqra' ketika membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man di Kuala Terengganu, semalam

Meringankan Bebanan Keluarga Sharlini

Doa Mohd Nashar Mat Hussin, 30, bapa kepada Sharlinie, 5, yang masih hilang untuk memiliki kediaman sendiri bagi memulakan penghidupan baru selepas berpindah dari Kuala Lumpur awal bulan ini termakbul apabila kerajaan negeri bersetuju membina rumah untuk keluarga itu. Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, meminta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) membina segera rumah Mohd Nashar berhampiran rumah ibu bapanya di Kampung Padang Pulut, di sini.

Katanya, rumah itu jika dapat disiapkan sebelum Aidilfitri ia sudah tentu amat berharga bagi Mohd Nashar dan isterinya, Suraya Ahmad, 28, serta dua kakak Sharlinie, Nurul Amirah, 11, dan Sharliena, 8, menyambut Aidilfitri.
Kerajaan negeri amat bersimpati dengan apa yang menimpa Mohd Nashar dan kehilangan Sharlinie adalah satu episod sedih terpaksa dihadapinya.

"Sebagai tanda simpati, kita akan memberi bantuan bagi meringankan beban dan pemasalahan terpaksa ditempuh Mohd Nashar," katanya ketika melawat dan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada Mohd Nashar, di sini, semalam.

Jumaat, September 12, 2008

Pemain Muda Terengganu Di utamakan

BEBERAPA pemain muda Terengganu akan dinaikkan pangkat untuk menyertai skuad utama musim depan.Langkah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) itu bertujuan membaiki pencapaian skuad Peteh, sekali gus mampu memberi saingan lebih efektif kepada pencabar lain musim depan.Bagaimanapun setiausaha PBSNT, Abdullah Salleh berkata, hanya beberapa pemain yang dirasakan layak akan dinaikkan pangkat.

Buat masa ini, Abdullah enggan mendedahkan nama pemain-pemain berkenaan tetapi menegaskan bahawa mereka sudah dimaklumkan secara lisan baru-baru ini. Ujarnya, pemain yang terpilih mempunyai tahap keupayaan yang mencukupi untuk bersaing di pentas yang lebih mencabar berbanding kejohanan peringkat umur."Jumlahnya agak ramai dan rata-rata memiliki keupayaan dalam beberapa posisi malah kami mendapati prestasi antara mereka tidak jauh berbeza.

"Perkembangan ini baik kepada skuad Terengganu sebelum ini kekurangan pemain gantian yang setaraf dengan pemain yang didaftarkan dalam kesebelasan utama."Sekarang kami mempunyai dua atau tiga pemain utama di segenap posisi dan hal ini baik untuk merencanakan strategi perlawanan," katanya.

Beliau berkata, keputusan PBSNT menaikkan pangkat pemain skuad Sukma Terengganu dalam membawa cabaran negeri itu dibuat berasaskan pelbagai faktor termasuk aspek kecergasan.Turut menjadi punca keputusan itu dibuat ialah kejayaan skuad tersebut muncul juara Sukan Malaysia (Sukma) XII di Terengganu Jun lalu.

Minggu lalu, PBSNT turut memaklumkan bahwa bekas penyerang Perlis, Azlan Ismail serta bekas pemain Sarawak, Saharizan Mohamad merupakan antara muka baru Terengganu musim depan.Dalam masa yang sama, Abdullah berkata, khidmat beberapa pemain senior musim lepas akan terus dikekalkan.

Suami di madu

Sebelum ini, pahitnya bermadu hanya dirasai oleh isteri apabila suami mereka berkahwin lagi.Tetapi bagi Ahmad (bukan nama sebenar), 58, beliau menderita ‘dimadu’ apabila isterinya didakwa mempunyai seorang lagi suami.

Ahmad mendakwa, isteri yang dipanggil Ju dan dikahwini sejak 1995 itu, secara senyap-senyap telah berkahwin dengan seorang lelaki lain lebih setahun lalu.Menurutnya, perbuatan Ju sudah menjadi buah mulut rakan-rakan dan hanya terbongkar empat hari lalu apabila beliau bertanya kepada anak sulungnya berusia 11 tahun yang mengetahui ‘rahsia besar’ ibunya.

Jelasnya, pada mulanya isterinya yang berumur 43 tahun itu enggan mengakui perkara itu, tetapi selepas didesak barulah dia mengaku telah berkahwin dengan seorang lelaki lain.“Yang menghiris hati saya apabila isteri saya mengaku menjadi isteri kedua suami barunya yang sudah mempunyai 10 orang anak,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Lelaki yang menampung hidup dengan menjual kereta terpakai itu mendakwa, dalam tempoh tersebut Ju telah menggilirkan hari untuk bersamanya dan suami barunya.Ahmad berkata, Ju tinggal bersamanya dari Isnin hingga Khamis, manakala Jumaat hingga Ahad pula bersama suami keduanya.“Selama ini saya tak tahu perkara ini sebab isteri saya bekerja di Kuala Terengganu dan ada kalanya dia tinggal di rumah orang tuanya.

“Rupa-rupanya selama ini dia tinggal bersama lelaki itu sedangkan saya menyangka dia di rumah ayahnya,’’ kata Ahmad yang mempunyai tiga orang anak dengan Ju.Ditanya sama ada beliau mengenali ‘madunya’ itu, Ahmad menjawab: “Tak, saya tak kenal, tapi menurut isteri saya dia bekerja di Kuala Terengganu dan lelaki itu kenal saya.’’

Ahmad mengakui selama ini tidak ambil peduli apabila ada rakan-rakan bertanya mengenai rumahtangganya kerana mereka mendakwa kerap melihat Ju bersama seorang lelaki lain.“Anak saya juga beritahu, emak mereka suruh memanggil lelaki itu sebagai Bak (panggilan untuk ayah) sama seperti mereka memanggil saya. Saya adalah Bak 1, lelaki itu pula Bak 2,’’ katanya.Mengenai perasaannya dimadukan isteri, Alias berkata, beliau kini buntu dan sedar perbuatan isterinya menyalahi hukum agama.

Kerajaan Akan Bantu Keluarga Sharlinie

Kerajaan negeri Terengganu bersedia menghulurkan apa jua bentuk bantuan untuk membantu keluarga Sharlinie Mohd. Nashar, 5, meneruskan pencarian kanak-kanak itu yang hilang sejak Januari lepas.Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, kerajaan negeri sanggup membantu keluarga kanak-kanak itu untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

''Kami bersimpati dengan kejadian yang menimpa Sharlinie dan akan meneliti bentuk bantuan yang sesuai jika mereka mahu meneruskan usaha pencarian kanak-kanak itu," katanya selepas menziarahi dan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga Sharlinie yang baru berpindah ke Kampung Padang Pulut di sini hari
Ahmad turut mengumumkan kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) akan membantu keluarga itu membina rumah kediaman mereka yang kini sedang dalam pembinaan di kampung tersebut.

Selain itu jelas beliau, kerajaan negeri juga akan menghulurkan bantuan lain untuk membantu keluarga berkenaan memulakan hidup baru di Kampung Padang Pulut.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.