Selasa, Ogos 12, 2008

Fesyen Baru Baju Raya



Ini fesyen baru untuk tahun ini ke?.. biar betul.

Monsun Cup Belum Tentu Lagi

Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun yang sepatutnya berlangsung setiap Disember mungkin tidak diadakan tahun ini berikutan penganjur kejohanan itu, World Match Racing Tour (WMRT) belum berbincang dengan kerajaan negeri sehingga hari ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata syarikat pengurusan acara yang mengendalikan penganjuran kejohanan, T-Best Events Sdn Bhd (T-Best) mendakwa rugi dan memohon dana kerajaan negeri jika mahu menganjurkan kejohanan itu. “Memang mereka ada kontrak sehingga 2012, tapi kalau mereka tak nak (anjurkan) nak buat macam mana. Ditanya laporan media sebelum ini yang menyebut Kejohanan Piala Monsun menguntungkan kerajaan negeri,

Ahmad berkata, keuntungan itu mungkin dari segi nilai pengiklanan apabila kejohanan disaksikan lebih 1.2 bilion penonton di seluruh dunia. “Kalau penganjur untung, itu mungkin tafsiran daripada nilai iklan.“Jika dia untung mestilah kerajaan pun dapat keuntungan daripada mereka. “Tapi apa yang saya tahu T-Best perlukan dana daripada kerajaan untuk tampung atau elak kerugian,” katanya.

Sedia Bantu BPR

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengesahkan beliau sudah memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) selama sejam di hadapan empat pegawai ibu pejabat BPR dan negeri di pejabatnya di Wisma Darul Iman, kelmarin bagi membantu siasatan.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri enggan mengulas lanjut, sebaliknya memberitahu sudah menjelaskan segala yang diperlukan oleh agensi itu.

“Saya sudah beri kenyataan kepada BPR dan jelaskan semua yang diminta termasuk pelbagai isu sama ada kontroversi atau tidak.Banyak benda lain yang saya sebutkan dan minta mereka siasat. Saya bersikap terbuka dan minta mereka ambil tindakan.

“Saya berpuas hati dengan kenyataan yang saya beri, tapi tak payah tahulah apa yang saya beri kepada BPR, nanti mengganggu siasatan. Saya sudah bekerjasama dengan BPR.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.