Isnin, Jun 23, 2008

MANGSA RIBUT DIBANTU



Kerajaan negeri Terengganu menyediakan peruntukan segera RM50,000 khusus bagi membantu dalam membaiki rumah di kawasan Kampung Banggol, Menggabang Telipot di sini, yang rosak akibat dilanda ribut pada 12 Jun lalu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata selain itu peruntukan RM150,000 lagi akan disalurkan menerusi Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri khusus untuk membaiki rumah yang uzur, termasuk membaiki atap rumah yang bocor di kawasan berkenaan.

Beliau berkata bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri di Terengganu pula, kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM200,000, khusus untuk membantu dalam membaiki rumah yang daif.

“Dalam tempoh lima tahun ini kita tidak mahu lihat lagi (atap) rumah di Terengganu yang bocor,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke rumah yang dilanda ribut di Kampung Banggol di sini hari ini.

Dalam kejadian 12 Jun lalu, 22 buah rumah di kampung itu mengalami kerosakan, kebanyakkannya membabitkan atap rumah yang diterbangkan angin kencang akibat dilanda ribut dalam kejadian pada kira-kira jam 7 petang.

Ahmad seterusnya meminta orang ramai yang ditimpa musibah akibat bencana alam supaya berjumpa dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan kampung atau Ketua Cawangan Umno di kawasan masing-masing bagi mendapatkan bantuan membaik pulih rumah mereka tanpa mengira fahaman politik, kerana kerajaan negeri tidak pernah mengamalkan dasar pilih kasih dalam memberikan bantuan. - Bernama

ATLET BERNILAI RM25,550



Siti Rajiah Ali dinobatkan atlet wanita terbaik SUKMA ke 12 kerana meraih enam pingat emas dalam acara kenu. Wanita ini berasal Kampung Paya Marang menerima insentif dari Kerajaan Negeri sebanyak RM25,550 kerana meraih enam pingat emas.

PIALA PERDANA MENTERI - JUARA SUKMA KE 12



Piala Perdana Menteri diserah kepada Menteri Besar diatas kejayaan menjadi juara SUKMA ke 12 2008.

MEMPERTINGKATKAN KECERMERLANGAN PELAJAR & MERINGAN BEBAN KELUARGA



Dibawah Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP), Kerajaan Negeri memperuntuk RM43juta untuk memperkasakan pendidikan & meningkat kecemerlangan pelajar Terengganu. DAS kata RM2.255 juta daripadanya adalah untuk bantuan pendidikan 2255 pelajar Tingkatan Enam Atas yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini dengan kadar RM1,000 setiap seorang.

Bagi Program Penambah Nilai Kecemerlangan UPSR diagihkan untuk 100 buah sekolah luar bandar yang dikenal pasti oleh Jabatan Pelajaran Terengganu. Dengan peruntukan yang besar yang dibelanjakan untuk pendidikan, kita berharap ianya dapat memberi nilai tambah kepada mereka dan dapat mengekalkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan. RM500,000 diperuntukan.

Pada tahun depan semua Sekolah Menengah (SM) dan Sekolah Rendah (SR) seluruh negeri akan menerima seorang pegawai komputer dan juruteknik komputer untuk menambahbaikan penggunaan komputer itu sendiri. Hampir 500 graduan menggangur akan diambil bekerja secara kontrak untuk mengisi jawatan tersebut dan projek ini merupakan serampang dua mata disamping membantu graduan mendapatkan pekerjaan

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.