Khamis, Ogos 07, 2008

Juara Menembak di Olimpik



tembakan emas untuk penembak dari India.. Jurulatih sedang mengajar cara-cara untuk menembak sipi, tepi dan tak tepat.
saja-saja... untuk ringankan otak

Nok tak boh.......Serba Salah....

Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Terengganu, Rozi Mamat, 37, mengakui dalam keadaan dilema apabila dicalonkan menentang Timbalan Ketua Umno bahagian itu, Datuk Rosol Wahid yang disifatkan 'guru' pada pemilihan pucuk pimpinan bahagian pada Oktober ini.

Rozi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri memperoleh 21 pencalonan, manakala Rosol yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil yang menawarkan diri mempertahankan jawatan mendapat 60 pencalonan.
Pencalonan Rozi yang juga Adun Telemong bertanding jawatan itu bakal menjadi pertarungan sengit berbanding bahagian lain di Terengganu.

Rozi ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas mengenai pencalonan itu walaupun dipercayai sudah mengumumkan menawarkan diri bertanding jawatan berkenaan, Sabtu lalu.

"Serba salah...nak berundur tak boleh dan nak ke depan pun tak boleh...kita tak nak komen dan fikir mengenai isu ini. Buat masa ini kita nak berikan tumpuan merangka beberapa projek pertanian bagi membantu meringankan beban petani, penternak dan nelayan yang dikatakan masih dibelenggu kemiskinan.

"Jika difikirkan mengenai pertandingan...ia tiada kesudahan dan jalan penyelesaian ialah berundur daripada arena politik," katanya.

Rozi mendapat pencalonan tertinggi untuk mengekalkan jawatan Ketua Pemuda Umno bahagian walaupun dicabar dua individu iaitu Zainuddin Abu Bakar dan Rosli Hassan.

Rumah PPRT di Dungun

Nasib sebuah keluarga yang hidup dalam keadaan daif di Kampung Sungai Buaya dekat sini sejak lima tahun lalu terbela apabila mereka bakal menerima sebuah rumah baru melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Mazuki Mohd., 40 dan isteri Kamsiah Ali, 32, menerima khabar gembira itu daripada Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh yang menziarah pasangan itu di rumah mereka semalam.

Mazuki dan Kamsiah ternyata terkejut melihat kehadiran wakil rakyat bersama pegawai kerajaan terbabit di hadapan rumah daifnya yang berdindingkan zink dan berlantai pasir itu.

Ketika ditemui, Mazuki terharu kerana wakil rakyat berkenaan sudi ke rumahnya bagi melihat sendiri kedaifan hidup yang dilaluinya selama ini.

Tambahnya, tindakan wakil rakyat itu bukan sekadar menunjukkan sikap prihatin kepada masalah yang dihadapinya, tetapi juga kesungguhan untuk mengotakan janji selama ini untuk membantu penduduk miskin di sini.

''Saya amat berbangga mempunyai wakil rakyat seperti ini yang sentiasa cakna kepada masalah rakyat di sini," katanya yang baru sahaja menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada bahagian perutnya baru-baru ini.

RUMAH URUT DI SETIU

Pejabat Daerah Setiu melaksanakan satu program unik bagi membantu golongan warga emas di daerah itu meningkatkan pendapatan dengan menubuhkan sebuah pusat urutan tradisional untuk mereka usahakan.

Pusat rawatan alternatif yang dikenali sebagai Pusat Urutan Tradisional dan Mandi Wap di Kampung Nyatoh di sini menawarkan 10 khidmat tukang urut lelaki dan wanita berusia antara 50 hingga 62 tahun.

Selain kumpulan pakar urut itu, terdapat 10 lagi tukang urut lelaki dan wanita berumur 32 tahun ke atas yang menawarkan perkhidmatan sama kepada pelanggan.

Kesemua warga emas berkenaan mempunyai pengalaman kerana mereka merupakan tukang urut di kampung-kampung yang sebelum ini memberikan perkhidmatan di rumah masing-masing.

Dalam usaha meningkatkan tahap profesionalisme tukang-tukang urut berkenaan, Pejabat Daerah Setiu telah mengambil langkah mengadakan kursus urutan terapi tradisional dengan kerjasama Pusat CEPP Wellnes, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

Kerajaan Negeri Anjur Sendiri Monsun Cup

Kerajaan Terengganu telah mengambil alih pengurusan T-Best Events, penganjur Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun bagi membolehkannya terlibat secara langsung dalam penganjuran sukan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, langkah tersebut dilaksanakan sejak 1 Ogos lalu bertujuan meningkatkan pengurusan penganjuran sukan bertaraf antarabangsa itu.

Beliau bagaimanapun menafikan tindakan tersebut mempunyai kaitan dengan kontroversi berhubung penganjuran sukan itu yang dikatakan mempunyai unsur penyelewengan.


‘‘Saya sebelum ini telah diarahkan untuk mencari langkah dalam usaha menambah baik pengurusan penganjuran kejohanan ini.

‘‘Hasilnya, kita mendapati penglibatan secara langsung kerajaan negeri akan membolehkan kejohanan ini diurus dengan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Turun Perahu dan Tepung Tawar Perahu Panjang Olimpik sempena Kejohanan Sukan Air Merdeka 2008 di Ri-Yaz Heritage Resort and Spa yang sebelum ini dikenali sebagai The Heritage Bay Club and Marina (THBC) di sini hari ini.

Abdul Rahin berkata, sebelum ini, T-Best Events yang merupakan anak syarikat TDM Berhad, bertindak sebagai penganjur Piala Monsun di bawah perjanjian antara kerajaan negeri dan penganjur Kejohanan Kapal Layar Jelajah World Match Racing Tour (WMRT).

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.