Ego Kelate di malukan oleh Terengganu. Gedebenya diperbudakkan. Itulah realitinya dan hakikatnya yang perlu dirasai & dipukul oleh Kelantan. Maruah Kelantan Diaibkan.

Di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, rentak kemenangan Kelantan direntap oleh Terengganu apabila mengalahkan skuad bimbingan Peter Butler 2-0.
Pasukan tuan rumah, Terengganu memperoleh gol menerusi Ahmad Nordin Alias pada minit ketujuh sebelum Abdul Manaf Mamat menamatkan sisa peluang Kelantan menerusi gol kedua pada minit ke-54.

Aksi tegang perlawanan menyebabkan penyerang Kelantan, Indra Putra Mahayuddin dibuang padang pada minit ke-78 kerana mengkasari Tengku Hazman Raja Hassan.