Rabu, Jun 16, 2010

Terengganu Raih Emas Sepak Takraw

TERENGGANU SEKAT SELANGOR RAIH EMAS SEPAK TAKRAW BERPASUKAN


Pemain Selangor kecewa selepas kalah dalam perlawanam sepaktakraw acara berpasukan
diantara selangor lawan terangganu at MITC.

Terengganu takraw players celebrate after winning gold after beating Selangor in the sepaktakraw final.

AYER KEROH (15 JUN 2010 ) - Terengganu menamatkan kemarau 10 tahun gagal meraih sebarang pingat sepak takraw apabila menjuarai acara berpasukan lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) XIII Melaka 2010 menewaskan penyandang juara, Selangor 2-1 di Dewan B Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Begitupun, bukan tugas mudah buat Terengganu berdepan dengan Selangor yang menjuarai acara itu pada temasya yang sama dua tahun lalu yang terpaksa berhempas pulas sebelum dapat menafikan hajat Selangor yang turun beraksi selaku pasukan pilihan.

Mata pertama Terengganu hadir menerusi regu pertama dibarisi Mohamad Subbha, Mohamad Fadzli dan Azrol Nizam mudah mengatasi regu Selangor menerusi gandingan Muhd. Shafiq Sharif, Ali Alhamidi dan Mohd.

Syafiq dengan 21-16 dan 21-13. Begitupun, Selangor bangkit pada permainan kedua apabila gandingan mantap trio kebangsaan, Ahmad Haikal Shahrom, Norshahruddin Md Ghani dan Farhan Adam terpaksa berhempas pulas sebelum dapat membenam gandingan Zulkifli Razak, Hisham Kamaludin dan Mohd. Safarudin 19-21, 21-18 dan 21-14.


Pemain Terengganu Norshahruddin Md Ghani (biru) melibaskan bola sementara itu pemain Selangor Mohd Hisham Che Kamaruddin (kuning) bertahan semasa perlawanan akhir sepaktakraw Selangor vs Terengganu

Kemenangan itu mengikat kedudukan 1-1. Mata kemenangan Terengganu diperolehi menerusi gandingan Izurin Refin, Mohd. Saiful Razaki dan Muzhaffar Zamir Daiman yang menang mudah 21-17 dan 21-15 menewaskan gandingan Muhamad Rashid, Mohamad Arif Busu dan Hairol Anuar.

Jurulatih Terengganu, Ahmad Mohd. Zin berkata, kejayaan itu merupakan hasil usaha gigih dan komitmen tinggi pemain dalam usaha menebus kekecewaan Terengganu pada Sukma dua tahun lalu setelah kecundang di tangan Selangor. ``Saya gembira dan bersyukur atas kejayaan ini dan kemenangan ini juga sekali gus memastikan pingat emas menjadi milik kami yang kali terakhir diperoleh 10 tahun lalu.

``Tapi apa pun saya ingin memuji semangat pemain yang begitu berkobar-kobar untuk membalas dendam setelah kami dikecewakan oleh Selangor pada Sukma 2008 di peringkat separuh akhir acara ini,'' katanya.

Dalam acara berpasukan wanita pula, Kedah berjaya mempertahankan kejuaraan apabila menewaskan Pulau Pinang 2-1 dalam perlawanan akhir..

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.