Sabtu, Ogos 09, 2008

PENJAHAT Paling ganas di dunia



Berlagak sebagai hero tapi ini pengganas paling bahaya di dunia. Awas.. sebab itu bila penjahat ini melawat ke sebuah negara akan disambut dengan lontaran batu & bantahan orang ramai.

STARBUCKS.... dah ada masuk kampung




Ingat Starbuck hanya ada di bandar besar saja..tapi di kampung pun ada

Melihat Bandar di Bukit Puteri

Destinasi pelancongan Bukit Puteri yang terletak berhampiran Pasar Besar Kedai Payang di sini dibuka semula kepada pengunjung baru-baru ini setelah ditutup dua tahun lalu.
lokasinya yang terletak di tengah-tengah pusat bandar dan berhampiran muara Sungai Terengganu dengan ketinggian kira-kira 200 meter dari aras laut dan keluasan 0.688 hektar, menjadikan Bukit Puteri satu destinasi bersejarah terkenal di negeri ini
Sejajar dengan pembukaan semula Bukit Puteri, pengunjung tidak perlu lagi menaiki anak tangga yang banyak untuk sampai ke puncak Bukit Puteri kerana kita menyediakan tangga bergerak. Dapat melihat bahan-bahan bersejarah yang ditempatkan di situ, orang ramai berpeluang melihat keindahan Kuala Terengganu dan persekitaran muara Sungai Terengganu dari atas Bukit Puteri.
Mengikut legenda rakyat negeri ini, Bukit Puteri dahulunya menjadi tempat tinggal puteri bunian dan penduduk tempatan seringkali meminjam pinggan mangkuk untuk majlis kenduri.Bagaimanapun puteri itu merajuk apabila pinggan mangkuk yang dipinjam tidak dipulangkan atau dikembalikan dengan keadaan rosak menyebabkan puteri tersebut lari ke Besut.

Selain itu katanya, Bukit Puteri juga merupakan kubu pertahanan terutama semasa pergolakan politik Kesultanan Terengganu antara 1831 hingga 1839 membabitkan Tengku Umar dengan Sultan Mansur 11.

SUKAN PERAHU TRADISIONAL DI HIDUPKAN

Kerajaan negeri akan menghidupkan kembali kegemilangan sukan perahu panjang tradisional di negeri ini dengan meletakkannya sebaris dengan Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun pada Disember nanti.

“Kita akan mengadakan kejohanan perahu panjang bersama kejohanan itu bagi memberi peluang rakyat tempatan mengambil bahagian,” kata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said pada Majlis Turun Perahu dan Tepung Tawar Perahu Panjang Olimpik sempena Kejohanan Sukan Air Merdeka 2008, di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Kerajaan negeri akan menghidupkan kembali kegemilangan sukan perahu panjang tradisional di negeri ini dengan meletakkannya sebaris dengan Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun pada Disember nanti. kemeriahan akan lebih terasa jika masyarakat tempatan diberi peluang menyertai aktiviti yang dianjurkan dan tidak hanya menjadi penonton sahaja.

“Kejohanan yang akan berlangsung pada 16 Ogos ini adalah sebagai persiapan pasukan kita untuk menyertai Kejohanan Perahu Panjang Olimpik peringkat antarabangsa yang akan diadakan semasa Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun nanti,” katanya.

Menurut Datuk Rahin, kerajaan negeri telah pun membeli empat buah perahu panjang fiber berharga RM300,000 dan mendapat sijil lulus daripada Persatuan Sukan Olimpik Antarabanagsa yang beribu pejabat di Singapura. 30 pasukan telah mengesahkan penyertaan pada pertandingan peringkat negeri yang dibahagi dalam empat kategori iaitu perahu tradisional (4 pasukan), kejohanan tertutup (12), terbuka (8) dan empat pasukan campuran yang mewajibkan minima enam pengayuh wanita.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.