Destinasi pelancongan Bukit Puteri yang terletak berhampiran Pasar Besar Kedai Payang di sini dibuka semula kepada pengunjung baru-baru ini setelah ditutup dua tahun lalu.
lokasinya yang terletak di tengah-tengah pusat bandar dan berhampiran muara Sungai Terengganu dengan ketinggian kira-kira 200 meter dari aras laut dan keluasan 0.688 hektar, menjadikan Bukit Puteri satu destinasi bersejarah terkenal di negeri ini
Sejajar dengan pembukaan semula Bukit Puteri, pengunjung tidak perlu lagi menaiki anak tangga yang banyak untuk sampai ke puncak Bukit Puteri kerana kita menyediakan tangga bergerak. Dapat melihat bahan-bahan bersejarah yang ditempatkan di situ, orang ramai berpeluang melihat keindahan Kuala Terengganu dan persekitaran muara Sungai Terengganu dari atas Bukit Puteri.
Mengikut legenda rakyat negeri ini, Bukit Puteri dahulunya menjadi tempat tinggal puteri bunian dan penduduk tempatan seringkali meminjam pinggan mangkuk untuk majlis kenduri.Bagaimanapun puteri itu merajuk apabila pinggan mangkuk yang dipinjam tidak dipulangkan atau dikembalikan dengan keadaan rosak menyebabkan puteri tersebut lari ke Besut.
Selain itu katanya, Bukit Puteri juga merupakan kubu pertahanan terutama semasa pergolakan politik Kesultanan Terengganu antara 1831 hingga 1839 membabitkan Tengku Umar dengan Sultan Mansur 11.
Sabtu, Ogos 09, 2008
Melihat Bandar di Bukit Puteri
Label:
pelancongan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan