Ahmad Said berkata, beliau sudah berunding dengan rakannya di Thailand untuk membawa jemaah haji dari sana melalui LTSM.
Katanya, ia kerana jika rakyat di Selatan Thailand hendak menunaikan fardhu haji melalui Lapangan Terbang Bangkok, ia akan mengambil masa perjalanan antara 18 dan 22 jam untuk sampai ke ibu kota Thailand itu, namun menerusi LTSM di sini ia cuma mengambil masa kira-kira enam jam saja.
"Bagaimanapun jemaah haji Thailand yang hendak ke Makkah itu mesti melalui visa yang dikeluarkan negaranya," katanya.
Sementara itu, Ahmad Said berkata, kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir sangat mengkagumkan apabila ia meningkat dari setahun ke setahun di mana pada tahun 2007 bilangan pelancong ke tasik terbesar buatan manusia itu cuma seramai 93,000 orang saja.

"Bilangan itu terus melonjak kepada 133,000 pada 2008 manakala pada tahun lepas ia bertambah hampir 60,000 orang kepada 190,000," katanya.
Beliau berkata, dengan peruntukan kira-kira RM100 juta bagi menambah tempat-tempat penginapan, membina jeti pelancongan serta pembukaan beberapa buah taman di kawasan itu, kerajaan negeri berharap sasaran untuk menarik kira-kira 300,000 pelancong ke kawasan itu akan menjadi kenyataan