Ahad, Ogos 10, 2008

Terengganu ke Semi Final

Terengganu berjaya melangkah ke Separuh Akhir Piala Malaysia, setelah mengalah Perlis melalui sepakan penalti 7-6. Perlawanan ke dua yang berlangsung di Kangar berkesudahan seri 0-0 walaupun tambahan masa diberi selama setengah jam.

Perlawanan cukup mendebarkan sepanjang 120 minit apabila kedua-dua saling serang menyerang. Debaran semakin meningkat apabila penalti diambil gagal dimasukan oleh pasukan masing-masing. Seramai 9 pemain mengambil sepakan penalti & penjaga Terengganu berjaya menyelamat 3 tendangan dari pemain Perlis. Penjaga gol Terengganu Sharbani Awli menjadi wira Terengganu apabila tendangan penaltinya berjaya masuk ke jaringan Perlis. Terengganu akan berjumpa dengan Kedah pada hari Rabu ini di Alor Setar.

Laaa..Rupanya Batman Anak Superman



Ini buktinya Batman adalah anak kepada Superman. Di lahir di Singapura

Patut Terima Bulan Depan Tapi Jumlah Belum Tahu

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata kerajaan negeri dijangka menerima bayaran pertama wang royalti minyak bulan depan, selepas Kerajaan Persekutuan pada Jun lalu bersetuju mengembalikan hak mentadbir royalti minyak kepada kerajaan Terengganu.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob dalam tempoh terdekat untuk membincangkan perkara itu, selain mengenal pasti jumlah sebenar wang royalti minyak sepatutnya diserahkan kepada kerajaan negeri.

"Saya akan berjumpa dengan Menteri Kewangan untuk mendapatkan maklumat terperinci berhubung kaedah serta prosedur bayaran dan jumlah wang royalti minyak sebenar termasuk baki yang tidak dibayar kepada kerajaan negeri sebelum ini. Kita akan berusaha mengembalikan wang royalti minyak tertunggak itu kepada Terengganu.

Dato Idris Di jangka Kekal


Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dijangka mengekalkan jawatan Ketua Umno Bahagian Besut tanpa bertanding apabila semua cawangan di bahagian itu yang bermesyuarat mencalonkan beliau mempertahankan jawatan berkenaan.

Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih menerajui bahagian itu sejak 1999, kini sudah menerima 55 pencalonan. Baki 100 cawangan, termasuk 38 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih yang akan bermesyuarat antara 14 dan 16 Ogos ini dijangka mencalonkan semula Idris memimpin bahagian itu.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin yang mempertahankan jawatan timbalan akan dicabar Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad, manakala naib ketua, Wan Zakaria Abdul Rahman akan ditentang Adun Kota Putera, Mohamad Pehemi Yusof.

Tiada projek mega guna wang royalti

Kerajaan negeri tidak akan melaksanakan projek mega buat masa ini, sebaliknya memfokuskan kepada projek-projek yang boleh mendatangkan kesan langsung kepada rakyat.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, walaupun wang royalti dijadual dikembalikan bulan depan, namun konsep pembangunan kerajaan negeri akan berpaksikan kepada kepentingan rakyat."Namun kita tidak akan menolak malah mengalu-alukan sekiranya Kerajaan Pusat ingin membawa projek mega ke negeri ini menggunakan peruntukan mereka," ujarnya.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.