Jumaat, Julai 18, 2008

PENYOKONG KELATE MARAH DIGELAR PENYOKONG 'SETAN'

PENYERANG Terengganu, Abdul Manaf Mamat tercedera akibat terkena cermin bas yang pecah akibat dibaling batu penyokong fanatik Kelantan di kawasan Stadium Sultan Mohamed IV, di Kota Bharu, malam kelmarin.

Walaupun Manaf hanya cedera ringan di muka, tetapi perbuatan tidak bermoral penyokong tuan rumah itu tidak sepatutnya berlaku.

Tindakan liar penyokong pasukan tuan rumah itu dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati dengan kekalahan 1-0 pasukan mereka kepada Terengganu, sekali gus meleburkan rekod tanpa kalah mereka.

Insiden itu berlaku ketika bas dinaiki pemain Terengganu untuk pulang ke hotel tiba-tiba dikepung beratus-ratus penyokong tuan rumah yang bertindak liar dengan membaling batu dan botol minuman sehingga menyebabkan cermin pecah dan mencederakan Manaf.

“Kami cemas dengan kejadian itu,” kata pengurus pasukan Terengganu, Shaikh Ahmad Tajuddin Shaikh Yusof yang cukup kecewa dengan insiden itu.

Shaikh Tajuddin berkata, ketika Terengganu tewas 1-2 di tempat sendiri kepada Kelantan, penyokong skuad Penyu tidak bertindak liar.

“Sehubungan itu, pemandu syarikat bas yang disewa Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBNST) sudah membuat laporan polis mengenai insiden itu. Malah, kami juga akan membuat laporan mengenai kejadian itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya yang turut kesal dengan kegagalan pihak polis bertindak ke atas penyokong pasukan tuan rumah.

Mengenai perlawanan itu, Shaikh Tajuddin cukup berpuas hati dengan prestasi anak buahnya yang bermain cemerlang untuk pulang dengan tiga mata penuh.

Gol kemenangan Terengganu dijaringkan pemain tengah, Zairo Anuar pada minit ke-36 dengan melakukan rembatan kencang dan terkena pertahanan lawan sebelum bola menerjah ke gawang Kelantan.

Shaikh Tajuddin berkata, sepatutnya Terengganu mampu berpesta gol malam kelmarin, tetapi dua peluang terbaik Cik Hishamuddin Hassan dapat diselamatkan penjaga gol Kelantan.

Beliau berkata, kemenangan itu menghidupkan peluang cerah Terengganu untuk ke suku akhir Piala Malaysia.(Petikan Harian Metro 13 - 07 - 08)

AIR TERJUN ESKLUSIF UNTUK WANITA

Kerajaan Negeri sedang mengenalpasti sebuah air terjun untuk di khaskan untuk wanita sahaja. Di jangka tahun ini juga sebuah air terjun akan diwartakan untuk golongan wanita tempatan dan pelancong wanita asing.


Menteri Besar kata kawasan ini dianggapkan esklusif dan mereka dapat mandi tanpa kekok dan selesa kerana kaum lelaki dilarang memasuki kawasan ini.

Untuk mendapat air terjun yang esklusif tidak menjadi masalah kerana Terengganu mempunyai banyak kawasan air terjun yang cantik. Kawasan ini akan diuruskan oleh semua kaum hawa sehingga pegawai penyelamat dan pegawai keselamatan.

TASIK KENYIR HAB PELANCONGAN TERENGGANU

Kerajaan Terengganu mahu menjadikan Tasik Kenyir sebagai hab pelancongan negeri ini tahun depan dengan membangunkannya sebagai destinasi percutian untuk keluarga.Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, sehubungan itu, perancangan sedang dibuat untuk membangunkan 10 buah pulau di bahagian utara tasik buatan manusia itu mengikut tema tertentu yang sesuai untuk golongan ibu bapa dan anak-anak.

Menurutnya, kerajaan negeri juga sedang mencari kawasan yang sesuai untuk membina taman tema air di sekitar pulau-pulau berkenaan supaya Tasik Kenyir tidak hanya menjadi tumpuan kaki pancing.

''Kalau dahulu mereka yang datang sekeluarga, apabila ayah pergi memancing, anak dan isteri tidak tahu hendak ke mana,'' ujarnya selepas mengadakan lawatan dua hari ke Tasik Kenyir yang berakhir hari ini.

Ahmad memberitahu, antara yang akan dibangunkan ialah Taman Eko Kenyir seluas 61 hektar di Pulau Selimbar, Pulau Tekak Kecil dan Pulau Kuala Tekak.

Jelasnya, turut akan dibina taman orkid seluas 2.7 hektar di Pulau Hulu Selimbar, Pulau Hilir Selimbar dan Pulau Belit manakala Taman Tropika seluas 5.5 hektar akan dibina di Pulau Tekak Besar.

Selain itu, beliau memberitahu, taman rama-rama seluas 1.4 hektar pula dirancang pembinaannya di Pulau Kerengga Kecil dan Pulau Kerengga serta taman burung seluas 1.7 hektar di Pulau Terengganu Mati.

Menurutnya, sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk pembangunan Tasik Kenyir pada tahun depan dan dijangka kesemua projek pembangunan pulau-pulau berkenaan akan siap menjelang Ogos tahun depan. (Petikan UM)

NOSTALGIA MAIN PANTAI

Penganjuran Karnival Terengganu setiap tahun seolah-olah mengembalikan zaman kegemilangan Pesta Main Pantai yang popular di negeri ini satu ketika dulu.

Pesta Main Pantai pernah mendapat sambutan begitu menggalakkan daripada orang ramai termasuk pelancong asing menyediakan pelbagai program yang kini jarang dapat ditonton seperti persembahan wayang kulit, mak yong, tarian ulik mayang dan kegiatan lain yang berkaitan dengan pantai.

Kehadiran pengunjung ketika itu bukan sahaja untuk melihat temasya sukan pantai sebaliknya mereka turut mengambil peluang membawa keluarga mandi-manda dan berkelah di pantai.

Oleh itu, tidak hairan apabila Karnival Terengganu 2008 anjuran kerajaan negeri yang diadakan di Pantai Batu Burok di sini pada 27 Jun sehingga 10 Julai lalu bagaikan mengembalikan nostalgia Pesta Main Pantai khususnya kepada penduduk yang tinggal di sekitar kawasan pantai.(petikan UM)

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.