Jumaat, Ogos 15, 2008

Penjuru Dosa



Jangan lalui kawasan ini..berdosa tau ...

LPT Elak wujud bandar mati di Terengganu

Kerajaan akan memastikan pembangunan bandar sepanjang Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) fasa II dan projek jalan Kuala Berang-Simpang Pulai melalui Tasik Kenyir memberi manfaat berterusan kepada rakyat. Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata kerajaan negeri juga memberi jaminan bahawa pembangunan bandar pesisir pantai yang terletak berdekatan dengan LPT akan diteruskan bagi mengelak menjadi bandar `mati' seperti Temerloh, Maran dan Mentakab di Pahang.
"Sebab itu kerajaan negeri terpaksa mengadakan rundingan beberapa kali bagi memastikan jajaran baru dibuat untuk pastikan terletak berhampiran bandar sedia ada. Sebab itulah juga LPT II terpaksa tertangguh beberapa kali kerana terpaksa menukar jajaran baru. "Saya tak mahu kesan yang menimpa Temerloh dan Mentakab yang terbiar berulang di Terengganu dan pembangunan kali ini turut membabitkan di kawasan jalan Jerangau-Jabor.

"Langkah ini diharap tidak ada bandar di Terengganu menjadi bandar mati," katanya menjawab soalan Mohd Zawawi Ismail (BN-Kuala Berang), semalam. kerajaan negeri juga akan berusaha menjadikan Kuala Berang sebagai bandar tumpuan dan persinggahan dengan mewujudkan lebih banyak kedai dan infrastruktur apabila siapnya jalan menghubungkan Kuala Berang dan Simpang Pulai, Ipoh

Memperhebatkan Bumi Hijau

Kerajaan Terengganu bercadang untuk meluaskan pelaksanaan program Bumi Hijau di kalangan pelajar dengan memilih sebuah sekolah di sebuah daerah untuk dilaksanakan projek itu dengan peruntukan RM20,000.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Rozi Mamat berkata, kerajaan negeri sedang berbincang dengan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu untuk memilih sekolah-sekolah yang sesuai bagi melaksanakan program itu.''Kita mahu kembangkan program Bumi Hijau ini ke sekolah-sekolah untuk menanam minat pelajar terhadap bidang pertanian sewaktu umur mereka masih muda," katanya ketika ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

kerajaan negeri memperoleh peruntukan tambahan RM30,000 untuk melaksanakan program Bumi Hijau di kalangan rakyat negeri ini. Melalui peruntukan tambahan ini, kira-kira 4,000 rakyat dari kalangan suri rumah boleh dilibatkan dalam program itu.''Dengan peruntukan tambahan itu, Terengganu kini mempunyai peruntukan RM60,000 untuk pelaksanaan program Bumi Hijau melibatkan kira-kira 8,000 penduduk," ujarnya.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.