Sabtu, Ogos 30, 2008

Osama

PUASA : Masa Rehat Dipendekan Untuk Balik Awal

Masa bekerja bagi kakitangan awam negeri dan dan Persekutuan di negeri ini sepanjang Ramadan disingkatkan selama setengah jam, bagi memberikan sedikit masa kepada kakitangan awam negeri ini membuat persediaan berbuka puasa.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong, berkata masa setengah jam itu disingkatkan daripada masa rehat selama sejam yang diperuntukkan pada waktu tengah hari sebelum ini.
"Sepanjang Ramadan ini, waktu rehat tengah tengah hari disingkatkan selama setengah jam, jadi waktu kerja juga akan menjadi kurang setengah jam. Ini bagi membolehkan kakitangan awam pulang ke rumah lebih awal dan apa yang dilaksanakan kerajaan negeri mengikut pekeliling yang digunapakai sama seperti tahun lalu," katanya.

Pelanconng Terpukau Bas bandar

Setiap bandar raya utama di dunia memiliki bas bandarnya sendiri untuk membawa pelancong menikmati keindahan.Jika Kuala Lumpur bangga dengan KL Hop-On Hop-Off, London dengan bas dua tingkat, Paris dengan bas tanpa bumbung, Bandar raya Kuala Terengganu tidak kurang hebatnya.
Ini kerana bas bercirikan istana Kesultanan Melayu lama telah memulakan operasi di bandar raya ini sejak setahun lalu.Bas tersebut beroperasi setiap hari bermula 6 pagi hingga 10 malam untuk membawa penumpang mengelilingi Kuala Terengganu.
Antara kawasan yang dilalui ialah Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai, Pusat Kraftangan di Chendering, Pasar Payang, Istana Maziah dan juga Muzium Negeri.

Bas tersebut turut melewati Batu Bersurat yang terletak di Bulatan Jalan Sultan Sulaiman di sini.Bagi penumpang yang ingin menaiki bas ini, mereka boleh menunggu bas bandar ini di Dataran Shahbandar.

Bas ini juga turut dihiasi ukiran kayu dan corak batik pada bahagian dalam manakala di bahagian luar pula, dihiasi kayu berukir.Tempat duduk diperbuat daripada kayu membuatkan penumpang seolah-olah berada di taman bunga dan bukannya berada di dalam bas.

Jumaat, Ogos 29, 2008

Penganas

RM12.8 Juta Untuk Bina Rumah PPRT

Kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan peruntukan tambahan sebanyak RM12.8 juta setahun bagi menampung kos pembinaan rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang meningkat daripada RM18,000 kepada RM28,000 seunit berikutan kenaikan harga barang pembinaan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata peruntukan tambahan itu menjadikan kos keseluruhan pembinaan rumah PPRT di negeri ini berjumlah RM35 juta, berbanding hanya kira-kira RM23 juta bagi membina masing-masing 40 unit rumah di semua 32 Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Peruntukan tambahan ini akan diperincikan pada mesyuarat Exco akan datang. Projek perumahan untuk rakyat miskin akan kita teruskan, begitu dengan peruntukan tambahan lain termasuk membaiki atap dan membaiki rumah yang diputuskan sebelum ini," kata pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman, di sini semalam

Khamis, Ogos 28, 2008

Adjust Mata


jika nampak benda itu bergerak..tak lamalah tu..minggu depan puasa..kena adjust mata sikit

Jangan Jadi Kaki Bodek - DAS

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mahu semua pegawai dan kakitangan awam di negeri itu agar menjauhi amalan 'bodek-membodek' atau 'kaki ampu' bagi mempastikan pentadbiran bersih dan telus.Beliau mahu semua kakitangan awam menjauhi amalan tersebut kerana ia boleh menjejaskan kerja dan hubungan sesama mereka.

Menurutnya, terdapat sesetengah daripada mereka yang terlibat sanggup 'menjatuhkan' rakan-rakan sendiri dalam tugas seharian.''Selaku Menteri Besar, saya tak mahu pegawai 'kaki bodek' kerana yang penting kerja lurus dan menghasilkan yang terbaik dalam mempastikan jentera pentadbiran bersih dan cekap.''Begitu juga dengan majlis penganugerahan kepada pegawai cemerlang adalah diharap ia tidak memilih rakan taulan sehingga sanggup mengetepikan mereka yang terbaik.

''Kalau pegawai itu baik, berilah hadiah atau pengiktirafan, lupakan aspek peribadi... jangan jadikan anugerah sebagai 'bonus berpencen' yang hanya untuk orang bakal bersara," katanya semasa berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri di Wisma Darul Iman di sini semalam.

Rabu, Ogos 27, 2008

Peralatan Gamelan Satu Sekolah Satu Daerah

Sebuah sekolah di setiap daerah akan dilengkapi satu set alat muzik gamelan mulai tahun depan bagi menggalakkan pelajar mempelajari dan mengadakan persembahan seni muzik tradisional itu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib, berkata set alat muzik gamelan itu dianggarkan berharga lebih RM50,000 dan dibiayai sepenuhnya kerajaan negeri.

Katanya, penempatan alat muzik gamelan itu adalah antara langkah penambahbaikan kepada usaha dilaksanakan Kementerian Pelajaran melalui Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) yang menempatkan dua set alat muzik gamelan di setiap negeri. "Pembelian ini mungkin dilihat sebagai pembaziran kerana membabitkan kos tinggi, namun bagi mereka yang menghargai seni warisan budaya, jumlah itu tidak sama nilainya dengan harga perlu dibayar untuk menjaga dan memulihara seni warisan kita.

"Apatah lagi, seni gamelan sememangnya sudah bertapak lama dan menjadi identiti negeri ini. Justeru, langkah ini dilihat sangat wajar dalam usaha mengembalikan semula kegemilangan gamelan pada era pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah sekitar 1920-an," katanya pada sidang media selepas merasmikan Simposium Muzik Gamelan Sedunia 2008 di Muzium Negeri, di sini semalam.

Kasut Raya


Fesyen kasut terbaru untuk dipakai pada hari raya.

Terengganu Akan Bina Hospital Pelatih

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, antara program yang termasuk dalam pelan memperkasakan pendidikan itu ialah meningkatkan jumlah pelajar mengikuti jurusan kedoktoran di luar negara.''Ketika ini kita menghantar kira-kira 100 pelajar jurusan berkenaan ke Indonesia, Mesir dan Rusia di bawah Yayasan Terengganu dan di bawah pelan pendidikan ini, kita akan meningkatkan jumlah itu kepada 150 orang," katanya.
Beliau memberitahu, kerajaan negeri juga akan membina sebuah hospital di Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) bagi membolehkan universiti berkenaan menawarkan program kedoktoran.
''Berdasarkan keputusan mesyuarat Exco baru-baru ini, saya telah menghantar surat kepada Kementerian Pengajian Tinggi mengenai komitmen kerajaan negeri untuk membina hospital di UDM dalam tempoh tiga tahun.''Ini merupakan salah satu usaha untuk menambah jumlah doktor dari kalangan pelajar Terengganu," ujarnya.

Tak Baik Ke majlis Kawin Waktu Kerja

Kerajaan Terengganu melarang semua anggota perkhidmatan awamnya daripada menghadiri sebarang majlis atau kenduri perkahwinan semasa waktu bertugas bagi mengelakkan proses pentadbiran negeri terganggu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong berkata, pihaknya terpaksa mengeluarkan arahan itu selepas mendapati ramai pegawai mengambil kesempatan menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan pada hari bekerja.

Menurut beliau, mereka bukan sahaja tidak berada pada waktu pejabat malah ada sesetengah kakitangan menggunakan kenderaan pejabat sedangkan ia bukan untuk kegunaan peribadi.''Saya kesal perkara ini berlaku dan mulai hari ini saya harap kakitangan awam menghadiri majlis perkahwinan selepas pukul 1 tengah hari atau luar waktu bertugas."

''Satu pekeliling khusus mengenai larangan itu akan dikeluarkan bagi memastikan arahan benar-benar dipatuhi," katanya semasa berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Selasa, Ogos 26, 2008

Hati-hati Di angkasa


alamakkkk..sempat lagi ke nak mengelak

Qari Indonesia & Qariah Thailand Juara

Qari Indonesia, Mu'min Mubarok dan qariah Thailand, Fatimoh Harati masing-masing muncul juara majlis Tilawah al-Quran Antarabangsa Ke-50 di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man di sini hari ini.Mu'min, 37, meraih markah 91.5 peratus, manakala Fatimoh, 52, memperoleh 92.83 peratus.

Qari Maghribi, Abdul Karim Elbaki Allah mendapat tempat kedua dengan markah 89.33 peratus dan tempat ketiga dimenangi Reza Mohammad Poor dari Iran dengan markah 88.92 peratus.Qariah negara, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzzaman pula mendapat tempat kedua dengan 91.5 peratus, manakala Nurfaezah Emran dari Brunei memperoleh tempat ketiga dengan 87.67 peratus.

Johan qari dan qariah masing-masing menerima hadiah wang tunai RM28,552 berserta piala dan sijil, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima wang tunai RM10,164 dan RM6,776 berserta sijil dan piala iringan.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pada majlis penutup tilawah berkenaan.

Turut hadir pada majlis itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.Seramai 64 peserta (40 qari dan 24 qariah) dari 41 negara mengambil bahagian pada tilawah kali ini yang bertemakan Menjana Ummah Gemilang bermula 18 Ogos lalu.

Isnin, Ogos 25, 2008

Industri Kenaf di Terengganu


Terengganu mengenal pasti kawasan seluas kira-kira 2,000 hektar di seluruh negeri ini terutama di daerah Besut dan Setiu, bagi mengusahakan tanaman kenaf secara besaran-besaran sebagai alternatif menggantikan tanaman tembakau.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata langkah itu diambil berikutan jaminan kerajaan, tanaman itu mempunyai pasaran luas. Terengganu hanya mengusahakan tanaman itu dalam skala kecil membabitkan kawasan seluas kira-kira 40 hektar di Marang kerana ia tidak mempunyai permintaan.

"Bagaimanapun, melalui Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), pasaran kenaf dijamin, malah, sebuah syarikat iaitu Symphony Advance Sdh Bhd sudah dilantik bagi membeli hasil kenaf yang ada seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam (kelmarin)," katanya.

Ini adalah usaha bagi membolehkan petani menambah pendapatan mereka. Malah, kerajaan negeri juga akan memulakan tanaman kenaf di kawasan Jelapang Padi Negeri di Mak Jintan sebagai tanaman selingan, sebelum pengairan padi di kawasan itu siap sepenuhnya," katanya. Selain itu, katanya, kerajaan negeri akan mewujudkan sebuah kilang pemprosesan kenaf bagi menjadikan kenaf serbuk dan memudahkan pasaran tahun depan dalam usaha menggalakkan petani beralih kepada tanaman kenaf.

RM1.1 Juta Untuk Masjid, Surau Sempena Ramadan

Kerajaan negeri ini memberi sumbangan sebanyak RM1.1 juta bagi kebajikan surau dan masjid sempena bulan penghayatan Ramadan atau Ihya’ Ramadan dalam usaha menyemarakkan bulan puasa di Terengganu tahun ini. Sumbangan itu melibatkan RM1,000 bagi setiap masjid mukim dan sebanyak RM2,000 bagi Masjid Agama Daerah, selain penyertaan sebanyak 481 masjid serta 1,200 surau yang tersenarai dalam program tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, sumbangan bertujuan menggalakkan agensi pelaksana supaya bersungguh-sungguh memeriahkan Ihya' Ramadan. “Sumbangan yang diberikan akan digunakan di masjid dan surau bagi aktiviti seperti khatam al-Quran, berbuka puasa ataupun menjemput imam hafiz tetapi ia bergantung kepada pihak pengurusan masjid ataupun surau itu sendiri.

“Pada masa sama, kami juga turut mengedarkan kain rentang kepada masjid dan surau bagi mengalu-alukan kedatangan Ramadan, seterusnya berharap supaya bulan mulia ini dihayati sepenuhnya melalui pelaksanaan ibadat,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Pelancaran Ihya’ Ramadan dan Bulan Zakat Peringkat Negeri Terengganu 1429H/2008M di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.

Katanya, antara program dirancang sepanjang bulan ini tadarus al-Quran selepas solat tarawih, perjumpaan dengan usahawan Muslim bagi dakwah zakat, ceramah mengenai kelebihan puasa dan pertukaran pegawai penguatkuasa Syariah ke daerah lain.

“Pihak kami ingin menekankan bahawa ibadat zakat bukan hanya tertumpu kepada zakat fitrah sahaja tetapi juga zakat harta,” katanya.

Mat Rempit Kena Sumpah


kepada Mat rempit tak payah berlumba menyusah orang ramai. Bila aksiden terlibat orang yang tidak bersalah banyak orang susah kerana kita.

Aset KETENGAH Disita

Akibat gagal melunaskan bayaran kerja-kerja awam oleh sebuah syarikat kontraktor berjumlah RM8 juta, kenderaan dan pelbagai barangan pejabat milik Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini disita semalam.

Writ penyitaan barangan berkenaan dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 18 Ogos lalu dan pelaksanaan penyitaan dan jualan barangan itu akan dilaksanakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.Mengikut writ tersebut, Ketengah yang merupakan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diberi tempoh dua minggu sehingga 7 September ini untuk menjelaskan hutang tertunggak sejak 20 tahun lalu yang dituntut syarikat, Mehndza Builders.

Jika gagal melunaskan hutang berkenaan, segala harta alih termasuk komputer, perabot dan kenderaan yang dimiliki Ketengah akan dilelong kepada awam.

Namun, dalam pertemuan antara pihak pengurusan Ketengah dan pihak terbabit, kebenaran diberi kepada kakitangan agensi itu menggunakan semua aset yang disita, namun ia tidak dibenarkan dibawa keluar dari premis tersebut. Dalam pada itu, Pengarah Urusan Mehndza Builders, Datuk Shamsuar Mahmood ketika ditemui berkata, kontrak kerja awam yang dijalankan syarikatnya untuk Ketengah telah disiapkan pada tahun 1985, namun sehingga kini bayaran akhir bernilai RM6 juta belum dibayar.Berikutan keengganan Ketengah membuat pembayaran akhir itu, pihaknya membawa tuntutan tersebut untuk ditimbang tara oleh Institut Jurutera Malaysia (IEM) pada 1987 melalui Tetuan Bastian Vendargon. (Petikan KOSMO harini)

kadar Zakat Fitrah

Kadar zakat fitrah di Terengganu tahun ini naik antara RM1.50 dan RM2.50 kepada RM6, RM7 dan RM8 seorang mengikut pengambilan beras berbanding sebanyak RM4.50, RM5 dan RM5.50 tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Alwi Muhamad, berkata peningkatan kadar fitrah antara 33 dan 45 peratus itu selaras kenaikan pelbagai kos, termasuk sara hidup dan barangan semasa.

"Terengganu memberi tiga pilihan kadar zakat kepada umat Islam menunaikannya mengikut kadar makan individu terbabit. Jika makan beras yang berharga lebih murah, maka rendahlah kadar zakatnya dan jika makan beras mahal, mahallah kadar zakat yang wajib dibayar.Kenaikan ini berpatutan dengan kenaikan harga barangan semasa. Selepas Maidam membuat kajian pasaran beras semasa, inilah harga yang ditetapkan. Tahun ini naik sedikit kerana berdasarkan hukum dan syarak, zakat fitrah perlu dibayar mengikut harga barangan semasa," katanya

Agong terlalu unggul

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin muncul juara kategori 100 kilometer pada Kejohanan Pahang-Penn Endurance Challenge 2008 di Pantai Cherating semalam.

Tuanku Mizan yang menunggang kudanya, Magna Thor bagi mewakili pasukan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) mencatat masa 8 jam 17 minit dan 17 saat untuk menewaskan Asri Abd. Aziz di tempat kedua dengan catatan masa 8'17:55s.Pahang-Penn Endurance Challenge 2008 merupakan acara pemanas badan sebelum Kejohanan World Endurance Challenge (WEC) pada 6 hingga 9 November di Lembah Bidong, Terengganu

Ahad, Ogos 24, 2008

oooopppp Pedihnyaaa


Gosok jangan tak gosok

DAS Lawat Nahas Kapal Terbang

Juruterbang pelatih Pusat Latihan Penerbangan HM Aerospace (HMA) yang cedera parah dalam nahas pesawat terhempas di kawasan hutan Bidong Rabu lalu, selamat menjalani pembedahan di kedua belah kakinya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), kira-kira jam 10 pagi, semalam. Pembedahan yang memakan masa hampir empat jam itu dianggap berjaya dan Mohd Farid Abdullah, 21, yang turut cedera di kepala dan muka itu dilaporkan dalam keadaan stabil.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan isteri, Toh Puan Norliza Mahmud yang menziarahi mangsa nahas pesawat ringan dari Sungai Buloh, Selangor itu, berkata Mohd Farid masih lemah, namun keadaannya stabil.

"Doktor memberitahu keadaan Mohd Farid stabil dan Alhamdulillah beliau selamat menjalani pembedahan di kedua-dua kaki. "Saya dimaklumkan, dalam tempoh dua atau tiga hari lagi beliau akan menjalani satu lagi pembedahan di pipi berhampiran mata kirinya," katanyaibu Mohd Farid, Safiah Omar, 48, bersyukur dan gembira kerana anaknya selamat menjalani pembedahan dan berterima kasih kepada Menteri Besar yang sudi meluangkan masa menziarah anak lelakinya itu.

Sabtu, Ogos 23, 2008

Pengganas Global


Pisau yang menikam kalbu..hati-hati

Aziz Nikah Dengan Orang Ganu

Desas-desus pengarah filem terkenal tanah air, Aziz M Osman, 46, melangsungkan perkahwinan minggu lalu disahkan ibunya sendiri, Afida Es.

Aziz selamat diijabkabulkan dengan seorang ustazah, Noraradhirah Ramli, 22, di Masjid Padang Nenas, Tepuh, Kuala Terengganu, Sabtu lalu.Pasangan itu dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan, Ramli Yusof, 52, disaksikan Jurunikah Mukim Batu Rakit, Ismail Yusof, 63, yang juga bapa saudara Noraradhirah.

Majlis akad nikah secara ringkas itu dihadiri saudara-mara kedua-dua pengantin, termasuk adik Aziz, Zulkifli M Osman dan isteri.Mengimbas perkenalan mereka, Afida berkata, pasangan pengantin baru itu bertemu di Makkah dan hubungan mereka bersambung apabila kembali ke tanah air sehingga jodoh menyatukan mereka.Mereka kini tinggal di rumahnya bersama anak Aziz.

Jumaat, Ogos 22, 2008

Tak Tau Hala Tuju


Nak jalan ke, nak behenti ke, ke kanan atau ke kiri?..peningla

AL FATIHAH kepada Allahyarham Arif

Seorang juruterbang pelatih dari Pusat Latihan Penerbangan HM Aerospace (HMA), Mohd Arif Ahmad Fuad, 20, terbunuh manakala rakannya, Mohd Farid Abdullah, 21, terselamat dalam kejadian sebuah pesawat jenis Diamond 40 Maha 443, terhempas di kawasan hutan Bidong di sini, pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata pesawat itu ditemui berkecai kira-kira 100 meter dari Lapang Sasar Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Bukit Bidong akibat terlanggar pokok sebelum terhempas, selain ekor pesawat ditemui terputus dan terpelanting ke bahagian depan pesawat.

Beliau berkata, pesawat itu ditemui kira-kira jam 7.15 pagi dan sebaik seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) meneruskan pemeriksaan pasukan itu menemui mayat Mohd Ariff, masih di tempat duduk pesawat.

Mohd Farid pula ditemui kira-kira lapan meter daripada bangkai pesawat selepas pasukan menyelamat mendengar suara meminta tolong. Mangsa yang cedera parah di kepala dan patah kaki dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di Bukit Bidong, di sini, semalam.

PromosiTerengganu Di Menara Kuala Lumpur

Pemilihan lokasi menara telekomunikasi keempat tertinggi di dunia, Menara Kuala Lumpur sebagai lokasi Festival Terengganu 2008 berjaya menarik 4,000 pengunjung terutama pelancong asing pada hari pertama penganjuran itu, 14 Ogos (Khamis) lalu.

Kejayaan penganjuran program yang sama, `Street Fest 2007’ yang diadakan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur menjadi batu loncatan bagi meneruskan promosi dan meningkatkan sasaran pelancong ke Terengganu. Melalui festival ini, pelancong dapat mengenali Terengganu dengan lebih dekat malah dapat mencuba beberapa permainan tradisional seperti congkak dan gasing.

Program yang berkonsepkan gerbang maklumat turut menampilkan produk kraftangan antaranya demonstrasi anyaman, tembaga, seni ukiran kayu, batik dan songket serta produk makanan tradisional termasuklah sata, keropok lekor, nasi dagang dan ketupat sotong. Menariknya, selain 4,000 pengunjung terutamanya pelancong asing direkodkan pada hari pertama, dijangka kira-kira 15 ribu pengunjung akan membanjiri festival itu sepanjang empat hari yang berakhir pada hari ini (Ahad).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Za’abar Mohd Adib, berkata Kerajaan Negeri sentiasa mempelbagaikan program promosi dalam usaha menjayakan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2008.

Kita bermula pada awal 2007 lagi dalam mempromosikan Terengganu di dalam dan luar Negara dan kita jangka program promosi tidak akan terhenti dalam tahun ini malahan akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Karnival Terengganu serta `Soft Launch’ Festival Gamelan Antarabangsa (Peringkat Kebangsaan) di Menara Kuala Lumpur, semalam (15 Ogos).

Tambahnya, melalui program ini Kerajaan Negeri turut berhasrat untuk memperkukuhkan imej dan penjenamaan produk Terengganu bagi lebih berdaya saing di peringkat serantau.

Khamis, Ogos 21, 2008

Pengganas Antarabangsa


Ini pengganas yang memulakan perang Teluk dan sekarang ni sedang ugut nak serang Iran pulak.

Islam Hadhari menepati Alquran & Sunnah

Umat Islam digesa berusaha memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran dan mengamalkan ajarannya jika ingin maju dan mengecapi kegemilangan seperti umat Islam terdahulu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat, berkata konsep Islam Hadhari sememangnya menepati ciri digariskan al-Quran dan sunnah serta konsisten dalam hal membina tamadun.

"Dasar Ekonomi Baru, Dasar Belia, Dasar Kependudukan, Dasar Sains dan Teknologi, semuanya dilaksanakan bagi menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, selari dengan ajaran Islam yang menuntut kita berbuat baik kepada rakan bukan seagama yang tidak mendatangkan ancaman kepada umat Islam.

"Malah, dasar Bersih, Cekap dan Amanah, Penerapan Nilai Islam juga menjelaskan betapa kerajaan amat prihatin terhadap hal pentadbiran yang berkesan," katanya merasmikan Seminar al-Quran dan Pembentukan Ummah Cemerlang sempena Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa, di sini, kelmarin.

Juruterbang Terbunuh

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, setelah mendapat laporan kira-kira jam 5 petang, operasi mencari terus dilakukan dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pengusaha kuari.

Dua juruterbang pelatih yang hilang ketika dalam latihan penerbangan petang semalam ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat pagi ini.Seorang daripadanya terbunuh manakala seorang lagi cedera apabila ditemui dilokasi pesawat mereka terhempas berhampiran ladang rakyat, Lembah Bidong, Setiu kira-kira pukul 8 pagi ini.

Pesawat ringan jenis Diamon 40 Maha 443 dinaiki Mohd Farid Abdullah, 21, dan Mohd Arif Ahmad Fuad, 21, dipercayai terhempas setelah saksi mendakwa melihat pesawat tersebut berlegar-legar setinggi 40 kaki dari aras bumi di tiga kawasan tersebut.

RM46j duit raya untuk rakyat daif

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, bantuan hari raya tersebut adalah untuk 153,201 penduduk terdiri daripada golongan miskin yang berpendapatan bawah RM1,500, warga emas, orang kurang upaya dan ibu tunggal.Menurutnya, bantuan berupa wang tunai itu adalah dari wang royalti minyak yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan bagi meringankan beban golongan tersebut membuat persiapan bagi menyambut hari kebesaran umat Islam itu.

Kerajaan negeri Terengganu meluluskan peruntukan RM46.594 juta sebagai bantuan kepada golongan yang memerlukan sempena Hari Raya Aidilfitri ini.
"Bantuan akan mula diagihkan pada minggu pertama Ramadan ini dan akan diberi secara berperingkat-peringkat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini.Beliau memberitahu, bagi golongan miskin melibatkan 90,490 penerima dan setiap keluarga akan menerima RM300, bagaimanapun jika keluarga berkenaan mempunyai lebih lima orang anak, mereka akan menerima RM500.

Menurutnya, bilangan warga emas yang layak menerima bantuan itu adalah 30,177 orang manakala orang kurang upaya (10,377 orang) dan ibu tunggal (20,157 orang) dengan masing-masing akan menerima RM200.''Wang ini adalah bantuan khas untuk membantu golongan ini membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri," ujarnya

Rabu, Ogos 20, 2008

Keluar terbaru Nokia Tahan Air


Inilah keluaran terbaru Nokio 9550 waterpruff direka khas untuk pelanggannya yang tidak mengguna jalan raya atau lebuhraya. Keluaran terbaru ini amat sesuai kepada nelayan, pelaut, perenang & lanun untuk berkomunikasi dengan yang berada di darat.

Empat Ketua Bahagian di cabar

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Ahmad Said mengesahkan empat daripada lapan Ketua Umno peringkat bahagian di negeri ini dicabar pada pemilihan yang akan diadakan Oktober ini.

Bagaimanapun, katanya calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu serta melepasi kuota pencalonan pada pemilihan pada peringkat cawangan belum pasti terpilih memenangi jawatan pada pemilihan yang akan diadakan di peringkat bahagian.
Empat bahagian yang menyaksikan pertandingan ketua bahagian ialah Bahagian Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Marang.

Yang Dipertua Dewan Undangan negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang yang menawarkan diri mengekalkan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian akan dicabar Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman, manakala bekas Setiausaha Umno negeri, Datuk Rosol Wahid yang turut menawarkan diri mengekalkan jawatan timbalan dicabar Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Rozi Mamat.

Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Abdul Rahman Bakar yang menawarkan diri mengekalkan jawatan di bahagian Marang akan dicabar Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Mohamad.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Azmi Abdul Rahman akan mencabar Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri yang menawarkan diri mengekalkan jawatan Ketua Umno bahagian itu pada pemilihan pada peringkat bahagian.
Di bahagian Setiu, Ahli Parlimennya, Datuk Mohd Jidin Shafie yang menawarkan diri mengekalkan jawatan ketua akan dicabar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali

manakala Senator Datuk Rosli Mat Hassan dicabar Adun Bukit Besi, Datuk Din Adam.
Semua calon yang menawarkan diri bertanding sudah melepasi kouta pertandingan apabila mereka mendapat pencalonan pada mesyuarat yang diadakan di peringkat cawangan. Bagaimanapun, tiada pertandingan untuk jawatan ketua di Umno Bahagian Kemaman, Besut dan Kuala Terengganu.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.