Sebuah sekolah di setiap daerah akan dilengkapi satu set alat muzik gamelan mulai tahun depan bagi menggalakkan pelajar mempelajari dan mengadakan persembahan seni muzik tradisional itu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib, berkata set alat muzik gamelan itu dianggarkan berharga lebih RM50,000 dan dibiayai sepenuhnya kerajaan negeri.
Katanya, penempatan alat muzik gamelan itu adalah antara langkah penambahbaikan kepada usaha dilaksanakan Kementerian Pelajaran melalui Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) yang menempatkan dua set alat muzik gamelan di setiap negeri. "Pembelian ini mungkin dilihat sebagai pembaziran kerana membabitkan kos tinggi, namun bagi mereka yang menghargai seni warisan budaya, jumlah itu tidak sama nilainya dengan harga perlu dibayar untuk menjaga dan memulihara seni warisan kita.
"Apatah lagi, seni gamelan sememangnya sudah bertapak lama dan menjadi identiti negeri ini. Justeru, langkah ini dilihat sangat wajar dalam usaha mengembalikan semula kegemilangan gamelan pada era pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah sekitar 1920-an," katanya pada sidang media selepas merasmikan Simposium Muzik Gamelan Sedunia 2008 di Muzium Negeri, di sini semalam.
Rabu, Ogos 27, 2008
Peralatan Gamelan Satu Sekolah Satu Daerah
Label:
kebudayaan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan