Tasik kenyir mempunyai keindahan fauna yang cantik dengan pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan dan binatang liar. Di kawasan ini sesuai di dirikan sebuah zoo yang sesuai dengan kehidupan habitat yang sebenar. Di zoo boleh diletak binatang yang hidup dengan air & darat. Pembinaan zoo diTasek Kenyir membolehkan penduduk dari Perak, Kelantan & Pahang datang mengunjung kerana berdekatan dengan negerinya. Jadikan zoo ini yang terbesar Pantai Timur.
Di Tasik Kenyir mempunyai simpanan air yang banyak & aktiviti air amat sesuai di jalankan disini. Di Pantai Timur belum lagi yang mempunyai Tema air seperti Lost World atau Taman Air Tasik Merah. Kerajaan perlu menawar kepada pihak Swasta seperti MK Land untuk membina Taman Tema Air & resort. Dengan ini dapat memajukan tasik ini sebagai destanasi pelancongan utama di Pantai Timur. Disamping itu dapat mengembangkan ekonomi & mewujud peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Selasa, Julai 08, 2008
TASIK KENYIR TAMAN TEMA BERTARAF DUNIA
TAMAN TEMA SKUBA BERTARAF DUNIA
Usaha penjenamaan semula dan pemuliharaan terumbu karang di Pulau Bidong, Terengganu dipergiatkan bagi memastikan pulau itu menjadi antara destinasi pelancongan terkenal di dunia bagi penggemar aktiviti skuba.
penjenamaan semula Pulau Bidong di persada dunia sebagai destinasi taman tema skuba pertama di dunia yang menggabungkan Galeri Tukun Tiruan, Galeri Bangkai Kenderaan Pengangkutan Tentera selain dari Galeri Dasar Laut Warisan yang sedia ada. Kementerian Pertahanan akan meletakkan bangkai-bangkai kapal terbang, kapal laut, kereta kebal dan helikopter di Taman Tema Pulau Bidong dan ini sudah tentu dapat menggamit penyelam-penyelam untuk menyaksikan secara dekat di samping bangkai-bangkai tersebut dapat menjadi tempat pembiakan hidupan laut.
Warisan di Pulau Bidong perlu dipulihara sebagai destinasi eko pelancongan dan juga sebagai produk nilai tambah kepada cadangan Taman Tema Skuba Pulau Bidong seperti pengwartaan Memorial Vietnam dan juga Pusat Penyelidikan dan pemuliharaan hidupan laut marin yang termasuk juga pusat penetasan penyu.
Dengan termeterainya projek ini akan memartabatkan destinasi Pulau Bidong yang pada suatu masa lalu sinonim sebagai penempatan pendatang Vietnam akan dijenamakan sebagai destinasi Taman Tema Skuba pertama di dunia.