Rabu, Ogos 20, 2008

Keluar terbaru Nokia Tahan Air


Inilah keluaran terbaru Nokio 9550 waterpruff direka khas untuk pelanggannya yang tidak mengguna jalan raya atau lebuhraya. Keluaran terbaru ini amat sesuai kepada nelayan, pelaut, perenang & lanun untuk berkomunikasi dengan yang berada di darat.

Empat Ketua Bahagian di cabar

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Ahmad Said mengesahkan empat daripada lapan Ketua Umno peringkat bahagian di negeri ini dicabar pada pemilihan yang akan diadakan Oktober ini.

Bagaimanapun, katanya calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu serta melepasi kuota pencalonan pada pemilihan pada peringkat cawangan belum pasti terpilih memenangi jawatan pada pemilihan yang akan diadakan di peringkat bahagian.
Empat bahagian yang menyaksikan pertandingan ketua bahagian ialah Bahagian Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Marang.

Yang Dipertua Dewan Undangan negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang yang menawarkan diri mengekalkan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian akan dicabar Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman, manakala bekas Setiausaha Umno negeri, Datuk Rosol Wahid yang turut menawarkan diri mengekalkan jawatan timbalan dicabar Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Rozi Mamat.

Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Abdul Rahman Bakar yang menawarkan diri mengekalkan jawatan di bahagian Marang akan dicabar Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Mohamad.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Azmi Abdul Rahman akan mencabar Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri yang menawarkan diri mengekalkan jawatan Ketua Umno bahagian itu pada pemilihan pada peringkat bahagian.
Di bahagian Setiu, Ahli Parlimennya, Datuk Mohd Jidin Shafie yang menawarkan diri mengekalkan jawatan ketua akan dicabar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali

manakala Senator Datuk Rosli Mat Hassan dicabar Adun Bukit Besi, Datuk Din Adam.
Semua calon yang menawarkan diri bertanding sudah melepasi kouta pertandingan apabila mereka mendapat pencalonan pada mesyuarat yang diadakan di peringkat cawangan. Bagaimanapun, tiada pertandingan untuk jawatan ketua di Umno Bahagian Kemaman, Besut dan Kuala Terengganu.

Agong Raikan Peserta Tilawah

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan meraikan para peserta dan juri Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada majlis makan tengah hari di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa, Pulau Duyong di sini.

Seri Paduka yang diiringi Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud tiba di Restoran Ulik Mayang kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Turut hadir ke majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Majlis tersebut meraikan sebanyak 80 peserta yang terdiri daripada 49 qari dan 31 qariah dari 49 buah negara yang mengambil bahagian dalam majlis tilawah tersebut.

Dungun bertaraf Perbandaran

Terengganu mempunyai sebuah lagi majlis perbandaran apabila Majlis Daerah Dungun (MDD) dimasyhurkan sebagai Majlis Perbandaran Dungun, esok.Yang Dipertua MDD, Zainal Abidin Hussin berkata, Dungun sememangnya layak menjadi sebuah majlis perbandaran baru di negeri ini selain Kemaman kerana ia mempunyai beberapa kriteria yang ditetapkan.

Menurutnya, antara kriteria tersebut termasuk mempunyai penduduk melebihi 180,000 orang, prasarana dan kemudahan asas yang mencukupi serta berpendapatan melebihi RM10 juta setahun.''Saya bagi pihak penduduk Dungun berasa bangga di atas pemilihan Dungun sebagai majlis perbandaran," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Mengenai pembangunan Dungun, Zainal Abidin berkata, sebagai sebuah daerah membangun ia menyediakan peruntukan yang besar dalam tempoh empat tahun lalu untuk pelbagai kemudahan kepada rakyat termasuk aspek pendidikan.

Bunga dungun atau nama saintifiknya Heritiera Littoralis dipilih menghiasi logo Majlis Perbandaran Dungun (MPD).Pemilihan bunga berukuran sebesar mata pena itu tentunya menjadi tanda tanya kepada generasi belia, tetapi Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan, yang mencetuskan idea agar bunga itu dipilih menghiasi logo MPD mahu mengingatkan golongan itu mengenai sejarah dan asal usul daerah Dungun.

Katanya, pokok dungun suatu ketika dulu menjadi tanaman pilihan utama masyarakat sebagai pokok teduhan bagi menghiasi rumah terutama mereka yang tinggal berhampiran pantai tetapi kini ia semakin pupus. "Untuk tujuan itu kita bercadang menanam 500 pokok dungun di sekitar bandar Dungun terutama di pantai," katanya.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.