Ahad, September 07, 2008
Azlan, Saharizan sah milik Terengganu
BEKAS pemain Perlis, Azlan Ismail dan bekas pemain Sarawak, Saharizan Mohamad bakal menjadi milik Terengganu bagi menghadapi kempen bola sepak Liga Malaysia yang akan bermula awal Januari tahun depan.Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat jawatankuasa PBSNT malam kelmarin.
"Mesyuarat juga memutuskan akan mengambil lima orang pemain muda daripada skuad Piala Presiden untuk diserapkan dalam skuad Liga Super," katanya.Menurutnya, mesyuarat juga bersetuju melantik Mohamed Nik sebagai jurulatih dan Khalid Mohd. Dahan sebagai pembantu jurulatih sementara Zubir Ibrahim kekal sebagai jurulatih penjaga gol.
"Pelantikan Mohd. Nik itu berdasarkan kepada kejayaannya membawa pasukan Terengganu ke separuh akhir Piala Malaysia dan Piala FA musim lepas," katanya.Abdullah berkata mesyuarat juga sebulat suara bersetuju mengekalkan Sheikh Tajudin Sheikh Yusof sebagai pengurus dan Zakaria Abdullah sebagai pembantunya.
Cintai AlQuran
Sifat cintakan al-Quran di kalangan masyarakat harus disemai tanpa mengira lapisan usia, apatah lagi dengan kehadiran Ramadan yang penuh kemuliaan. Bertitik tolak daripada itu, buat julung kalinya, seramai 4,794 dewasa dari seluruh Terengganu berjaya khatam al-Quran secara beramai-ramai mengikut peringkat di setiap parlimen anjuran Yayasan Islam Terengganu (YIT).
Terbaru dan juga yang terakhir, seramai 2,256 dewasa dari Parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Nerus berjaya khatam dengan bertajwid menerusi 79 guru al-Quran di kampung masing-masing, di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.
Membaca al-Quran diharapkan menjadi budaya penduduk Terengganu. Insyaallah Allah akan menunaikan permintaan orang yang menghayati al-Quran selain mengangkat darjat di sisiNYA,” katanya di Majlis Ihya’ Ramadan 1429 Hijrah dan Khatam al-Quran Dewasa, semalam.