BEKAS pemain Perlis, Azlan Ismail dan bekas pemain Sarawak, Saharizan Mohamad bakal menjadi milik Terengganu bagi menghadapi kempen bola sepak Liga Malaysia yang akan bermula awal Januari tahun depan.Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat jawatankuasa PBSNT malam kelmarin.
"Mesyuarat juga memutuskan akan mengambil lima orang pemain muda daripada skuad Piala Presiden untuk diserapkan dalam skuad Liga Super," katanya.Menurutnya, mesyuarat juga bersetuju melantik Mohamed Nik sebagai jurulatih dan Khalid Mohd. Dahan sebagai pembantu jurulatih sementara Zubir Ibrahim kekal sebagai jurulatih penjaga gol.
"Pelantikan Mohd. Nik itu berdasarkan kepada kejayaannya membawa pasukan Terengganu ke separuh akhir Piala Malaysia dan Piala FA musim lepas," katanya.Abdullah berkata mesyuarat juga sebulat suara bersetuju mengekalkan Sheikh Tajudin Sheikh Yusof sebagai pengurus dan Zakaria Abdullah sebagai pembantunya.
Ahad, September 07, 2008
Azlan, Saharizan sah milik Terengganu
Label:
bola
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan