Peserta Kejohanan Asian Watercross Super Cup Terengganu 2008 di raikan pada majlis makan tengah hari di Muzium Negeri. Pada malamnya, di adakan pembahgian hadiah Yang di sampaikan oleh Dato' Zaaba Pengerusi Kebudayaan & Pelancongan Negeri.
Piala yang menjadi rebutan peserta Kejohanan Asian Watercross Super Cup Terengganu 2008 diarak pada majlis makan malam merai peserta di Primula Beach Resort.
Khamis, Julai 17, 2008
KEJOHANAN ASIAN WATERCROSS
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK OKU
Anak kurang upaya (OKU) memerlukan bimbingan dan perhatian daripada penjaga atau pendidik yang berkemahiran dan terlatih serta penyabar untuk membentuk mereka menjadi insan berguna apabila dewasa.
“Mereka berhak mendapat didikan yang berkualiti,” kata isteri Menteri Besar, To’ Puan Norliza Mahmud, di majlis penyampaian sijil kepada peserta kursus Peningkatan Tahap Kemahiran Pekerja Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di bawah Program Semai Bakti, di Hotel Seri Malaysia, Marang.
Walau pun dilahirkan tidak sempurna, jika dapat didedahkan dan diberi didikan pada peringkat awal, mereka akan membesar dalam keadaan sempurna dan dapat mengurus diri sendiri tanpa membebankan keluarga.
Golongan mereka ini tidak boleh dipinggirkan, mereka berhak menerima pendidikan seperti kanak-kanak lain dan mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negeri dan Negara dengan cara mereka sendiri