Khamis, Julai 03, 2008

ROMBAKAN UNTUK MENGUKUHKAN UMNO TERENGGANU



Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu yang baru, menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid yang melepaskan jawatan itu 28 Mei lalu.

Sementara itu, bekas Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Roslan Awang Chik dilantik Bendahari menggantikan Datuk Wan Hisham Wan Salleh manakala Datuk Zuber Embong sebagai Ketua Penerangan menggantikan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu yang juga Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata pelantikan tiga pemimpin bagi mengisi jawatan itu dibuat sebagai sebahagian daripada rombakan barisan kepemimpinan Umno negeri.

Katanya, pengumuman mengenai pelantikan pemimpin lain bagi mengisi beberapa lagi jawatan dalam kepemimpinan Umno negeri akan dibuat selepas Mesyuarat Perhubungan Umno Terengganu yang dijadualkan 12 Julai ini.

ANUGERAH IBU & BAPA TERBILANG PERLU DIPERKENALKAN



Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mencadangkan agar Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) memperkenalkan anugerah ibu terbilang peringkat negeri dalam usaha memberi pengiktirafan kepada ibu yang cemerlang.

Menurut beliau, pengiktirafan itu penting sebagai menghargai jasa ibu yang sememangnya tidak dapat dibalas dengan wang ringgit.

''Pengiktirafan bukan sahaja untuk ibu malah bapa yang cemerlang juga seharusnya diberi pengiktirafan yang sama,'' katanya.

SEDUT PASIR



Kerajaan negeri sudah mengarahkan kerja menyedut pasir dari Sungai Berang, di sini dihentikan kerana boleh memusnahkan ekosistem namun pengusaha nyata lebih mementingkan keuntungan dan enggan akur dengan arahan itu.

Tindakan pengusaha projek yang tidak mengendahkan arahan itu menyebabkan sungai yang terkenal sebagai tarikan pelancong dengan pelbagai hidupan liar seperti tuntung, pelanduk, lotong, beruk, kera dan hidupan sungai serta pokok rimbun kini semakin tercemar.

Tinjauan Berita Harian ke dua lokasi mengorek pasir di Pasir Pelata mendapati kerja menyedut pasir giat dijalankan dan beberapa jentera, termasuk penyedut tanah masih kelihatan sehingga sungai bertukar warna kekeruhan manakala tebing sungai semakin terhakis.


jurucakap Pejabat Tanah Daerah Hulu Terengganu berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai arahan untuk pengusaha terbabit menghentikan projek, bagaimanapun pihaknya sudah melakukan pemantauan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri di kawasan terbabit.

"Daripada pemantauan yang dilakukan dengan dua jabatan berkenaan mendapati aktiviti menyedut pasir itu tidak menjejaskan alam sekitar. Malah, aktiviti berkenaan dapat menambah kedalaman sungai dan mengelak masalah banjir di daerah ini," katanya ketika dihubungi. (petikan Berita Harian)

TERENGGANU VS SARAWAK


Bagu merealisasi kemenangan, Yunus Alif akan mengekalkan barisan yang beraksi ketika menentang Melaka Isnin lalu memandangkan percaturan tersebut menampakkan kecemerlangan.

Pada perlawanan itu, Yunus telah menurunkan Mohd. Ashaari Samsuddin, Abdul Manaf Mamat, Dos Anjos, Fabio Flor, Ismail Faruqi Ashaari, Shahrul Ezrain Shamsuddin, Sarbinee Allawee, Marzuki Yusof, Zairo Anuar Zailani dan pemain yang dipinjam dari pasukan Kuala Muda Naza, Liew Kit Kong.

Menurut Yunus, dia berpuas hati dengan kombinasi tersebut dan merasakan ia perlu dikekalkan dalam usaha memburu kemenangan

JADIKAN LALUAN JALAN DI TERENGGANU PALING SELAMAT



Kerajaan Negeri mensasarkan 50 peratus, kadar pengurangan kemalangan jalan raya, tahun ini dan meminta kerjasama semua pihak agar sentiasa mementingkan keselamatan diri dan orang sekeliling ketika berada di jalan raya.

“Jadikan jalan raya di negeri ini laluan yang selamat dengan mematuhi undang-undang yang ditetapkan pihak berkuasa,” kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, YB Nawi Mohamad di majlis perasmian Pameran Bergerak Keselamatan Jalan Raya, di Mydin Mall, Kuala Terengganu.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.