Rabu, Julai 16, 2008

AKIBAT TARIK PITIS

MARANG - Keluarga terabai, kebun jadi semak samun! Itu bahana kegiatan 'tarik duit' yang menyebabkan pelabur sudah mula malas bekerja dan sekadar menanti wang 'pelaburan' mereka.

Antara yang menerima kesan tersebut ialah Dahlia (nama samaran), 28, isteri kepada seorang pelabur, Razali (bukan nama sebenar) yang menunjukkan perubahan sikap sejak menyertai kegiatan itu Mac lalu.

Ketika ditemui di sebuah kampung di Merchang, di sini semalam, Dahlia yang mempunyai dua anak berkata, suaminya kini kerap 'membuta' (tidur) waktu siang padahal sebelum ini dia rajin bekerja menyara keluarga.

"Dulu dia jadi buruh kontrak di beberapa tapak pembinaan sekitar Merchang dan waktu petang dia usahakan kebun getah.

"Dialah tonggak keluarga. Saya hanya duduk di rumah, memasak dan jaga anak. Sekarang saya pula ke kebun," katanya.

Kosmo! kelmarin melaporkan kegiatan sebuah kumpulan di Merchang, di sini yang menganjurkan upacara 'tarik duit' bagi menggandakan wang pelabur sehingga mendapat keuntungan 300 peratus.

Kegiatan, diketuai lelaki dikenali sebagai Long Daud itu kini menarik minat lebih 100 pelabur daripada kalangan orang kampung berpendapatan rendah.(Petikan KOSMO)

PEMAIN MUDA TERENGGANU MENCIPTA KEJAYAAN

HEBAT... Terengganu mempertaruh pemain muda untuk menerus kemenangan cemerlang dalam kempen Piala Malaysia. Jika Terengganu tidak menurun pemain import, skuad ini mampu mencipta kemenangan kerana kesefahaman pemain muda (yang juga pemain skuad emas SUKMA) telah berjaya menewaskan dengan mudah pasukan Melaka yang dibarisi tiga pemain import. Terengganu hanya mempunyai seorang import saja di bahagian tengah.

Terengganu sedang menuju ke suku akhir namun terpaksa menunggu sekurang-kurang satu perlawanan lagi untuk menyertai Selangor walaupun mencatat kemenangan 4-0 ke atas Melaka di Stadium Sultan Mizan Gong Badak.

Gol-gol Terengganu disumbang Marzuki Yusof, Zairo Anuar Zailani, Abd. Manaf Mamat dan Wang Md. Aliff Wan Jasni.

Hampir 10,000 penonton membanjiri stadium Sultan Mizan untuk memberi sokongan pasukan Terengganu dan ini kali pertama Terengganu menggunakan stadium untuk perlawanan bolasepak Liga M selepas SUKMA. Terengganu akan menentang Selangor di Shah Alam pada 18. Julai 2008 dan dijangka ada siaran langung di RTM 1.

ANAK TERENGGANU KIBAR JALUR GEMILANG DI BEIJING

PELUMBA basikal sensasi, Mohd Azizulhasni Awang diberi penghormatan mengetuai perarakan masuk kontinjen negara apabila diumumkan selaku pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan rasmi Sukan Olimpik XXIX Beijing, 8 Ogos ini.

Pemilihan Azizul, 20, diumumkan Presiden MOM, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar selepas mesyuarat Lembaga Eksekutif badan induk itu yang turut dihadiri Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong di Wisma MOM, semalam.

“Azizul dipilih berdasarkan kepada kejayaan cemerlangnya dalam beberapa kejohanan antarabangsa kebelakangan ini termasuk juara pada peringkat Asia,” kata Tunku Imran. “MOM berharap penghormatan ini akan menyuntik semangatnya untuk beraksi lebih cemerlang di Beijing.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.