Selasa, Ogos 19, 2008

Inilah Jawatan Sebenar


Inilah watak yang sebenar dan peranan yang dimainkan untuk menjahanamkan negara Islam. Hati-hati....

Terengganu benar Felcra maju estet tanam padi

Kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan Felcra Bhd memajukan kawasan sawah terbiar di Hulu Dungun untuk dibangunkan sebagai estet penanaman padi negeri.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata tawaran itu dibuat kepada Felcra kerana agensi itu mempunyai pengalaman menanam padi berskala besar membabitkan kawasan seluas 4,000 hektar Seberang Perak, Perak, menggunakan teknologi moden dan membuahkan hasil memberangsangkan.
Felcra boleh mengusahakan tanaman padi secara estet kerana kerajaan negeri masih mempunyai banyak kawasan tanah terbiar di Hulu Dungun, terutama di Kuala Jengai, Jongok Batu dan Pasir Raja seluas antara 160 dan 200 hektar.

"Kawasan ini ada kemudahan pengairan tetapi tidak ramai berminat mengusahakan padi di kawasan berkenaan. Felcra boleh membantu dengan mengambil tanah berkenan bagi menjayakan penanaman padi secara estet seperti dilakukan di Seberang Perak," katanya.

Pertahankan Perpaduan

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mahu semua pihak khususnya umat Islam sentiasa mengutamakan usaha memantapkan perpaduan di kalangan masyarakat kerana ia amat penting bagi mempertahankan kedamaian serta keharmonian dikecapi selama ini.

Seri Paduka juga meminta umat Islam meningkatkan penghayatan terhadap kandungan al-Quran dan memperkukuhkan perpaduan supaya perisai iman yang teguh dan ilmu memberi manfaat untuk menjadi ummah terbilang serta sentiasa mendepani cabaran semasa.
“Umat Islam khususnya di negara ini juga perlu sentiasa meningkatkan usaha memperhebatkan tekad dan mengatur strategi mantap bagi memajukan agama, bangsa dan negara sehingga mencapai ke tahap dihormati dan boleh dicontohi,” titah Seri Paduka ketika menyempurnakan perasmian Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-50 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, di sini, malam tadi.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.