Sabtu, Mei 02, 2009

Selangor Nak Tebus kekalahan Terengganu

SELEPAS berehat kerana kemuncak Piala FA, saingan Liga Super kembali menjadi perhatian dan tumpuan pastinya terarah kepada juara baru Piala FA, Selangor, yang turun dengan misi membalas dendam kekalahan di tangan Terengganu.

Kekalahan 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, pada 31 Mac lalu mengakibatkan Selangor kehilangan kedudukan selaku pendahulu dan pastinya peluang beraksi di Stadium Shah Alam. malam ini, mahu digunakan sepenuhnya Gergasi Merah itu.

ERENGGANU sedikitpun tidak gentar menghadapi Selangor di Stadium Shah Alam, bagi saingan Liga Super malam ini dan berusaha memastikan juara Piala FA itu gagal mengutip mata penuh.

Bagi menghadapi perlawanan itu, pasukan dari Pantai Timur itu sudah mengatur strategi dan perancangan supaya anak buahnya dapat melakukan sesuatu untuk melakukan kejutan di tempat lawan.

Pengurus Terengganu, Sheikh Ahmad Tajuddin Sheikh Yusof, yakin dengan tahap kecergasan terbaik anak buahnya sekarang sudah tentu tidak menghadapi kesukaran untuk memikul tugas penting itu.Beliau sudah mengarahkan jurulatih, Ken Worden supaya membuat pemilihan pemain terbaik untuk diturunkan dalam pertemuan dengan Selangor itu jika mahu kemenangan.

Orang Terengganu di Lembah Kelang Pakat gi Ramai-ramai di Shah Alam

Balik Asal

KAMI tidak berniat untuk meninggalkan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin."

Demikian luah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh ketika ditanya mengenai hasrat pasukan itu untuk kembali bermain di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Menurutnya, perpindahan itu hanya sementara dan mereka akan beraksi semula di stadium baru sekiranya ciri- ciri keselamatan dipertingkatkan."Selepas menghabiskan pusingan pertama saingan Liga Super, persatuan mengalami kerugian yang amat besar terutamanya hasil penjualan tiket.

"Masalah utama kami bukannya tidak ada penonton yang hadir tetapi kebanya- kan daripada mereka masuk secara percuma," kata Che Mat .Katanya, jika dilihat dalam beberapa perlawanan besar seperti menentang Selangor dan Kedah bulan lalu, jumlah penonton yang hadir dan jualan tiket tidak seimbang.

Berdasarkan rekod, anggaran penonton yang hadir pada perlawanan menen- tang Kedah melebihi 5,000 orang tetapi hasil tiket yang diperoleh hanya 3,000 orang sahaja.Selain menggunakan helah memasuki stadium menerusi pintu utama untuk ke pusat boling, ramai penonton masuk dengan memanjat pagar dan menyusup di celah-celah tiang besi.
Malah katanya, kedudukan kaunter jualan tiket juga tidak begitu sesuai kerana ia terletak di luar stadium, sekali gus boleh mengundang bahaya.Che Mat berkata, masalah ini telah diajukan kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan kerajaan negeri memberi jaminan akan membaiki stadium itu.

"Adalah sesuatu yang merugikan jika kita tidak menggunakan kemudahan yang ada di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tetapi ketika ini, keadaan cukup mendesak," katanya.

Che Mat memberitahu, mereka sudah mendapat kelulusan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk bermain di stadium lama pada aksi menen- tang Negeri Sembilan, 5 Mei ini.Seandainya kerja-kerja membaik pulih di stadium baru itu dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat, Terengganu akan bermain semula di stadium baru yang dibina dengan kos RM270 juta itu.

Di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam mendapati, kerja-kerja membaik pulih stadium itu sedang giat dilakukan.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.