Ahad, Jun 22, 2008

CITRA WARNA 2008 DI TERENGGANU



Persembahan tarian daerah telah berjaya menarik 15,000 pengunjung ke malam Citra Warna di Taman Shahbandar, Kuala Terengganu. Setiap daerah telah mempersembahkan tarian masing masing & Turut mempersembahkan penari dari Johor & Pahang.

HOTEL UNTUK JEMAAH HAJI



Tabung Haji akan membina hotel 120 bilik di sebelah Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud pada tahun depan. Ini membolehkan jemaah Haji dari Pantai Timur menginap di hotel TH sebelum berlepas terus ke Mekah. Tahun ini seramai 8,000 jemaah haji Pantai Timur akan berlepas ke Mekah melalui LTSM.

PENGUSAHA BOT TRADISIONAL DI BANTU


Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) akan memberi perhatian yang khusus dalam membantu industri pembinaan bot kayu di Terengganu.

Menterinya, Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, langkah itu supaya industri bot kayu di Terengganu dapat diteruskan sebagai satu industri yang berdaya saing dan dapat menjana pendapatan ekonomi pengusaha dan negeri.

Beliau menghadiri majlis pemberian insentif kepada pengusaha bot tradisional Terengganu di Pulau Duyong yang dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Peter Chin berkata kementerian itu turut menggalakkan serta mengalu-alukan usaha pembuat bot tradisional untuk menyediakan manual membuat bot yang boleh didokumenkan agar pengetahuan dan kemahiran membuat bot tradisional tidak lenyap begitu sahaja.

Usaha dan langkah bagi membantu bumiputera untuk terlibat dalam industri kayu akan juga dimasukkan dalam Dasar Perindustrian Kayu Negara yang sedang digubal.Usaha ini akan membuka peluang kepada bumiputera termasuklah pembuat bot tradisional untuk menjadi lebih berdaya saing dan membolehkan penglibatan berterusan mereka dalam industi kayu.

Peter Chin berkata kerajaan pusat juga akan turut bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam usaha mengatasi masalah harga kayu cengal yang telah meningkat sehingga RM10,000 bagi satu tan.

Menteri Besar Terengganu berkata banyak cabaran yang dihadapi dalam usaha mengekalkan perusahaan pembinaan bot kayu di Terengganu, selain dari isu harga kayu yang mahal, faktor tenaga mahir juga agak meruncing.

Beliau berkata, tidak ramai warga belia yang berminat menceburi bidang ini, dan dibimbangi sekiranya perkara ini tidak diatasi, perusahaan membuat bot kayu di Terengganu mungkin pupus.

Seramai enam orang pengusaha bot kayu menerima insentif, yang berupa dana bagi perolehan kayu cengal bernilai RM50,000 setiap seorang pada majlis itu

PUSAT KUDA LASAK TERENGGANU TERBAIK DI DUNIA



Pusat Kuda Lasak Antarabangsa Terengganu (TIEC)yang terletak di Lembah Bidong Setiu adalah salah satu dari tiga venue yang terbaik di dunia. Persekutuan Penunggang Kuda Antarabangsa (FEI) telah mengikhtiraf TIEC sebagai venue terbaik kerana mempunyai kemudahan yang moden. Majlis perlancaran Kejohanan Kuda Lasak Dunia 2008 telah disempurnakan oleh Yang Di Pertuan Agong. Kejohanan ini akan diadakan pada 6 - 9 November 2008 di Lembah Bidong Setiu.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.