Jumaat, Oktober 10, 2008

Abdullah Md Zain Nak Bertanding MT

Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin, hari ini menawarkan diri mempertahankan jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti, Mac depan.

Abdullah yang juga Ahli Parlimen Besut, berkata keputusan dibuat selepas mendapat restu Badan Perhubungan Umno Terengganu, selain ingin berkhidmat kepada parti dan mewakili golongan agama.

"Saya dengan ini menawarkan diri mempertahankan jawatan MT yang disandang sejak sepanggal lalu," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Perwakilan Wanita Umno Bahagian Besut di sini.

Hitung Hari Kejohanan Kuda Lasak Dunia

Kerajaan akan terus memberi sokongan terhadap pembangunan industri sukan pelancongan kerana ia berupaya meningkatkan ekonomi negara ketika berhadapan dengan kemelut ekonomi dunia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun ekonomi Malaysia tidak terjejas teruk dan masih mampu bertahan namun usaha perlu dilakukan untuk membangunkan sektor-sektor yang boleh terus menjamin keutuhan ekonomi negara.

Justeru jelasnya, kejohanan sukan pelancongan tidak sepatutnya dilihat sebagai acara sukan semata-mata, sebaliknya ia boleh digunakan untuk mempromosikan negara kepada rakyat asing.

''Atas sebab itu, sukan pelancongan akan terus menjadi satu kegiatan yang mendapat sokongan kerajaan," ujarnya ketika berucap pada majlis pelancaran countdown FEI-World Endurance Championship 2008 yang akan berlangsung dari 6 hingga 9 November ini di sini hari ini.

Gara-gara Cinta Internet

Bermodalkan kata-kata cinta yang dijaja di laman web mencari teman, satu kegiatan memperdaya dan menipu wang daripada mangsa yang kemaruk asmara kini dipercayai semakin berleluasa.Akibat kegiatan yang dirancang dengan teliti itu, tiga orang mangsa dari negeri ini akhirnya termakan perangkap yang dipasang suspek.

Menurut Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Deputi Supritendan Ab. Rahim Ab. Razak, dalam kejadian pertama, seorang lelaki menjadi mangsa apabila membelanjakan wang sebanyak RM5,460 demi wanita yang dikenalinya di laman internet.
Ab. Rahim berkata, mangsa berusia 43 tahun itu mula mengenali suspek yang menggunakan nama 'Aishah Moktar' pertengahan bulan lalu.

Ujarnya, selepas bersembang di laman tersebut, mangsa dipercayai terpesona dan jatuh cinta dengan Aishah selepas melihat wajah cantik wanita tersebut melalui gambar yang dipapar di laman sembang miliknya.

Katanya, semasa bersembang di laman itu, wanita ayu yang berusia 30 tahun dan mendakwa tinggal di London kononnya mahu menghantar jam tangan, cincin emas, komputer riba dan wang tunai 10,000 pound sterling sebagai tanda perkenalan pada 20 September lalu.

"Bagaimanapun, pada 25 September lalu, dia menerima panggilan seorang lelaki mendakwa pekerja syarikat penghantaran yang meminta mangsa memasukkan wang sebanyak RM3,460 sebagai bayaran cukai Kastam untuk membawa masuk hadiah tersebut."Mangsa telah memasukkan wang berkenaan pada hari yang sama," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Ab. Rahim berkata, pada 4 Oktober lalu, mangsa sekali lagi diminta memasukkan wang sebanyak RM5,239 oleh pekerja syarikat tersebut untuk bayaran insurans hadiah yang dikirim Aishah, tetapi mangsa membayar RM2,000 sahaja.

Merasakan ada sesuatu yang tidak kena, mangsa yang bekerja sendiri itu cuba menelefon pihak Kastam menanyakan barangnya."Pihak Kastam memberitahu tiada barang yang dimaksudkan dan menjelaskan mangsa telah ditipu kerana sudah banyak kes berkenaan dirujuk kepada pihaknya dan menasihati mangsa supaya membuat laporan polis," katanya.

Piala Monsun Pada 3 -7 Dis

TEKA-TEKI mengenai penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun di Pulau Duyong, Kuala Terengganu terjawab apabila kejohanan tersebut dijangka berlangsung dari 3 hingga 7 Disember depan.Pengerusi T-Best Event Sdn. Bhd, mengesahkan mengenai perkara itu berkata, kejohanan berprestij tersebut bakal diadakan mengikut jadual.

Menurutnya, semua persediaan telah dibuat dan beliau akan bertemu dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dalam tempoh terdekat bagi membincangkan perkara tersebut.
"Persiapan semuanya sudah sedia, cuma tunggu tekan 'suis' saja, semua akan berjalan," katanya .
Terdahulu, Ahmad memberi kenyataan berbeza semasa mesyuarat Exco kerajaan negeri semalam apabila mendedahkan sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada penganjur Piala Monsun, T-Best Events berhubung pelaksanaan kejohanan itu.Ahmad berkata, beliau sudah meminta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib menyemak kembali dengan T-Best berhubung perkara itu.

"Kami tidak menerima apa-apa berita mengenainya sehingga ini. Mengikut perjanjian, kejohanan itu dijadualkan sehingga tahun 2012, di mana perbelanjaan kejohanan itu dibiayai oleh kerajaan pusat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman semalam.

"Bagi kerajaan negeri, kita berharap supaya kejohanan itu diadakan seperti yang ditetapkan kerana kontrak kejohahan itu hanya tamat pada 2012 nanti."
Piala Monsun mula diperkenalkan pada tahun 2005 menerusi perjanjian yang dicapai antara T-Best Events dengan Kejohanan Kapal Layar Jelajah World Match Racing Tour yang mana ia perlu dianjurkan sehingga tahun 2012.

Ia diadakan pada setiap hujung tahun bagi menarik pelancong berkunjung ke negeri itu pada musim tengkujuh.Menerusi perjanjian itu juga kerajaan negeri pula perlu menyediakan peruntukan sebanyak RM4 juta setiap tahun bagi menganjurkan kejohanan tersebut selain peruntukan yang disediakan oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kewangan.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.