Jumaat, Oktober 10, 2008

Piala Monsun Pada 3 -7 Dis

TEKA-TEKI mengenai penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun di Pulau Duyong, Kuala Terengganu terjawab apabila kejohanan tersebut dijangka berlangsung dari 3 hingga 7 Disember depan.Pengerusi T-Best Event Sdn. Bhd, mengesahkan mengenai perkara itu berkata, kejohanan berprestij tersebut bakal diadakan mengikut jadual.

Menurutnya, semua persediaan telah dibuat dan beliau akan bertemu dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dalam tempoh terdekat bagi membincangkan perkara tersebut.
"Persiapan semuanya sudah sedia, cuma tunggu tekan 'suis' saja, semua akan berjalan," katanya .
Terdahulu, Ahmad memberi kenyataan berbeza semasa mesyuarat Exco kerajaan negeri semalam apabila mendedahkan sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada penganjur Piala Monsun, T-Best Events berhubung pelaksanaan kejohanan itu.Ahmad berkata, beliau sudah meminta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib menyemak kembali dengan T-Best berhubung perkara itu.

"Kami tidak menerima apa-apa berita mengenainya sehingga ini. Mengikut perjanjian, kejohanan itu dijadualkan sehingga tahun 2012, di mana perbelanjaan kejohanan itu dibiayai oleh kerajaan pusat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman semalam.

"Bagi kerajaan negeri, kita berharap supaya kejohanan itu diadakan seperti yang ditetapkan kerana kontrak kejohahan itu hanya tamat pada 2012 nanti."
Piala Monsun mula diperkenalkan pada tahun 2005 menerusi perjanjian yang dicapai antara T-Best Events dengan Kejohanan Kapal Layar Jelajah World Match Racing Tour yang mana ia perlu dianjurkan sehingga tahun 2012.

Ia diadakan pada setiap hujung tahun bagi menarik pelancong berkunjung ke negeri itu pada musim tengkujuh.Menerusi perjanjian itu juga kerajaan negeri pula perlu menyediakan peruntukan sebanyak RM4 juta setiap tahun bagi menganjurkan kejohanan tersebut selain peruntukan yang disediakan oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kewangan.

Tiada ulasan:

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.