Behentilah merokok untuk keselamatan diri sendiri, keluarga sendiri & orang disekeliling kita.
Selasa, September 02, 2008
Bantu Mencari Manisah
Saya sangat berharap Manisah pulang ke rumah dan menjalani ibadat puasa kerana kehilangannya cukup merisaukan kami sekeluarga," kata ibunya Romah Sulong, 41. Romah dari Kampung Kijing, Marang, berkata, anaknya, Manisah Mamat, 20, hilang selepas memberitahu ingin ke tandas ketika menunggu bas di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Sabtu lalu.
“Dia memang jarang berenggang dengan saya, tetapi hari itu tiba-tiba hilang dan gagal dikesan selepas memberitahu mahu ke tandas. “Saya cuma bimbangkan keselamatannya kerana dia jarang keluar bersendirian lagi pun dia seorang pendiam dan ketika hilang dia hanya mempunyai wang saku RM20,” katanya yang datang ke pejabat Berita Harian semalam. Romah berkata, Manisah dikesan hilang kira-kira jam 11 pagi selepas dia bersama ibunya, Limah Muda, 66, (nenek Manisah) selesai membeli barangan keperluan Ramadan dan bersiap untuk pulang ke Marang dengan menaiki bas.
Katanya, dua laporan polis dibuat berhubung kehilangan Manisah iaitu di Balai Polis Marang pada malam kejadian, manakala satu lagi di Balai Polis Kuala Terengganu, petang semalam. Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan anaknya boleh menghubungi Balai Polis Marang atau Kuala Terengganu kerana dia tidak mempunyai kemudahan telefon
Terengganu Dapat Jurulatih Baru & Hishamudin Balik kampung
TERENGGANU akan kehilangan khidmat penyerang lincahnya, Che Hisamuddin Hassan pada kempen Liga Malaysia akan datang apabila pemain itu mengambil keputusan untuk kembali ke negeri kelahirannya, Kelantan.
Pengurus Terengganu, Sheikh Tajudin Yusoff berkata, mereka menghormati keputusan yang diambil oleh pemain itu walaupun akan terasa kehilangan khidmatnya.
Katanya, penglibatan Che Hisamuddin sepanjang dua tahun bersama Terengganu cukup bermakna dan antara sumbangan besar pemain itu kepada skuad negeri ialah apabila dia turut bersama pasukan Terengganu mara ke pertandingan separuh akhir saingan Piala Malaysia dan juga Piala FA musim lalu.
Tajudin yang juga Naib Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkata mereka akan mencari pengganti Che Hisamuddin sama ada di kalangan pemain-pemain yang sudah mempunyai pengalaman ataupun pemain muda yang berbakat bagi memantapkan pasukan musim depan.
Terengganu di jangka menamatkan khidmat jurulatih Yunus Alif yang tamat kontrak pada bulan ogos lalu. Pada 5 Sept ini, PBSNT akan menamakan jurulatih baru Terengganu.
Sementara itu Sheikh Tajudin berkata, Terengganu mungkin mengekalkan semua pemain tahun lepas bagi menghadapi siangan musim akan datang kerana mereka masih muda dan masih berminat untuk berkhidmat dengan pasukan Terengganu.Menurutnya Terengganu akan memulakan latihan pusat selepas Hari Raya memandangkan sepak mula musim baru Liga Malaysia akan bermula pada 7 Januari tahun depan.