Isnin, Jun 21, 2010

27-Jun Terengganu Cuti


Ahmad Said (tengah) meraikan kejayaan bersama Kontinjen Terengganu di padang Astaka, Chukai, semalam. Terengganu dinobatkan juara Sukan Malaysia XIII selepas meraih pulang 47 pingat emas.

Kerajaan negeri mengumumkan 27 Jun ini sebagai cuti umum sempena kejayaan kontinjen Terengganu muncul juara keseluruhan dalam Sukan Malaysia (Sukma) XIII 2010 di Melaka.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, cuti berkenaan adalah hadiah istimewa untuk rakyat Terengganu selain atlet dan pegawai kontinjen di atas sokongan yang ditunjukkan dalam temasya sukan berkenaan.

'Terengganu berjaya mengekalkan kejuaraan dalam Sukma buat kali kedua berturut-turut. Dengan kejayaan ini saya mengumumkan 27 Jun ini adalah cuti umum.

''Saya berharap rakyat negeri ini akan terus memberi sokongan dan dorongan kepada atlet-atlet meneruskan kejayaan dalam mempertahankan kejuaraan itu," katanya meraikan atlet-atlet Terengganu, semalam.

Pada Sukma XIII 2010, Terengganu mengumpul 47 pingat emas, 30 perak dan 43 gangsa untuk muncul juara keseluruhan buat kali kedua berturut-turut selepas kejayaan di negeri sendiri dua tahun lalu.

Terdahulu, satu perarakan yang diketuai Ahmad berlangsung dari pintu gerbang sempadan Terengganu-Pahang dengan membawa Piala Pusingan Juara Keseluruhan Sukma kira-kira pukul 5 petang.

Perarakan selama setengah jam itu yang turut disertai atlet-atlet Terengganu berakhir di Padang Astaka Majlis Perbandaran Kemaman di Bandar Chukai, di sini.

Ahmad berkata, kerajaan negeri akan terus menaik taraf dan membina lebih banyak prasarana sukan terbaik bagi membolehkan Terengganu melahirkan atlet yang benar-benar berkualiti.

"Kita cukup bangga dengan kejayaan yang diraih atlet negeri ini kerana ia telah membuktikan kita bukannya jaguh kampung yang hanya mampu muncul juara di gelanggang sendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri akan menepati janji dengan menyediakan insentif wang tunai antara RM3,000 hingga RM5,000 kepada atlet-atlet yang berjaya membawa pulang pingat.

"Saya telah berjanji kepada semua atlet bahawa jika kita berjaya mempertahankan kejuaraan di Melaka, maka saya akan umumkan hadiah istimewa buat mereka.

"Mereka yang membawa pulang pingat emas akan menerima RM5,000 dan pemenang perak dan gangsa masing-masing menerima RM3,000 dan RM2,000," tambahnya.

Jelas Ahmad, kejayaan pada Sukma XIII 2010 di Melaka baru-baru ini membuktikan reputasi Terengganu sebagai kuasa baru sukan tanah air.

"Sebelum ini, ramai orang anggap atlet-atlet kita sebagai jaguh kampung kerana hanya berjaya menjadi juara di gelanggang sendiri.

"Namun, kita telah membuktikan dengan muncul juara keseluruhan buat kali kedua berturut-turut. Paling penting,

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.