Jumaat, September 12, 2008

Pemain Muda Terengganu Di utamakan

BEBERAPA pemain muda Terengganu akan dinaikkan pangkat untuk menyertai skuad utama musim depan.Langkah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) itu bertujuan membaiki pencapaian skuad Peteh, sekali gus mampu memberi saingan lebih efektif kepada pencabar lain musim depan.Bagaimanapun setiausaha PBSNT, Abdullah Salleh berkata, hanya beberapa pemain yang dirasakan layak akan dinaikkan pangkat.

Buat masa ini, Abdullah enggan mendedahkan nama pemain-pemain berkenaan tetapi menegaskan bahawa mereka sudah dimaklumkan secara lisan baru-baru ini. Ujarnya, pemain yang terpilih mempunyai tahap keupayaan yang mencukupi untuk bersaing di pentas yang lebih mencabar berbanding kejohanan peringkat umur."Jumlahnya agak ramai dan rata-rata memiliki keupayaan dalam beberapa posisi malah kami mendapati prestasi antara mereka tidak jauh berbeza.

"Perkembangan ini baik kepada skuad Terengganu sebelum ini kekurangan pemain gantian yang setaraf dengan pemain yang didaftarkan dalam kesebelasan utama."Sekarang kami mempunyai dua atau tiga pemain utama di segenap posisi dan hal ini baik untuk merencanakan strategi perlawanan," katanya.

Beliau berkata, keputusan PBSNT menaikkan pangkat pemain skuad Sukma Terengganu dalam membawa cabaran negeri itu dibuat berasaskan pelbagai faktor termasuk aspek kecergasan.Turut menjadi punca keputusan itu dibuat ialah kejayaan skuad tersebut muncul juara Sukan Malaysia (Sukma) XII di Terengganu Jun lalu.

Minggu lalu, PBSNT turut memaklumkan bahwa bekas penyerang Perlis, Azlan Ismail serta bekas pemain Sarawak, Saharizan Mohamad merupakan antara muka baru Terengganu musim depan.Dalam masa yang sama, Abdullah berkata, khidmat beberapa pemain senior musim lepas akan terus dikekalkan.

Suami di madu

Sebelum ini, pahitnya bermadu hanya dirasai oleh isteri apabila suami mereka berkahwin lagi.Tetapi bagi Ahmad (bukan nama sebenar), 58, beliau menderita ‘dimadu’ apabila isterinya didakwa mempunyai seorang lagi suami.

Ahmad mendakwa, isteri yang dipanggil Ju dan dikahwini sejak 1995 itu, secara senyap-senyap telah berkahwin dengan seorang lelaki lain lebih setahun lalu.Menurutnya, perbuatan Ju sudah menjadi buah mulut rakan-rakan dan hanya terbongkar empat hari lalu apabila beliau bertanya kepada anak sulungnya berusia 11 tahun yang mengetahui ‘rahsia besar’ ibunya.

Jelasnya, pada mulanya isterinya yang berumur 43 tahun itu enggan mengakui perkara itu, tetapi selepas didesak barulah dia mengaku telah berkahwin dengan seorang lelaki lain.“Yang menghiris hati saya apabila isteri saya mengaku menjadi isteri kedua suami barunya yang sudah mempunyai 10 orang anak,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Lelaki yang menampung hidup dengan menjual kereta terpakai itu mendakwa, dalam tempoh tersebut Ju telah menggilirkan hari untuk bersamanya dan suami barunya.Ahmad berkata, Ju tinggal bersamanya dari Isnin hingga Khamis, manakala Jumaat hingga Ahad pula bersama suami keduanya.“Selama ini saya tak tahu perkara ini sebab isteri saya bekerja di Kuala Terengganu dan ada kalanya dia tinggal di rumah orang tuanya.

“Rupa-rupanya selama ini dia tinggal bersama lelaki itu sedangkan saya menyangka dia di rumah ayahnya,’’ kata Ahmad yang mempunyai tiga orang anak dengan Ju.Ditanya sama ada beliau mengenali ‘madunya’ itu, Ahmad menjawab: “Tak, saya tak kenal, tapi menurut isteri saya dia bekerja di Kuala Terengganu dan lelaki itu kenal saya.’’

Ahmad mengakui selama ini tidak ambil peduli apabila ada rakan-rakan bertanya mengenai rumahtangganya kerana mereka mendakwa kerap melihat Ju bersama seorang lelaki lain.“Anak saya juga beritahu, emak mereka suruh memanggil lelaki itu sebagai Bak (panggilan untuk ayah) sama seperti mereka memanggil saya. Saya adalah Bak 1, lelaki itu pula Bak 2,’’ katanya.Mengenai perasaannya dimadukan isteri, Alias berkata, beliau kini buntu dan sedar perbuatan isterinya menyalahi hukum agama.

Kerajaan Akan Bantu Keluarga Sharlinie

Kerajaan negeri Terengganu bersedia menghulurkan apa jua bentuk bantuan untuk membantu keluarga Sharlinie Mohd. Nashar, 5, meneruskan pencarian kanak-kanak itu yang hilang sejak Januari lepas.Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, kerajaan negeri sanggup membantu keluarga kanak-kanak itu untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

''Kami bersimpati dengan kejadian yang menimpa Sharlinie dan akan meneliti bentuk bantuan yang sesuai jika mereka mahu meneruskan usaha pencarian kanak-kanak itu," katanya selepas menziarahi dan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga Sharlinie yang baru berpindah ke Kampung Padang Pulut di sini hari
Ahmad turut mengumumkan kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) akan membantu keluarga itu membina rumah kediaman mereka yang kini sedang dalam pembinaan di kampung tersebut.

Selain itu jelas beliau, kerajaan negeri juga akan menghulurkan bantuan lain untuk membantu keluarga berkenaan memulakan hidup baru di Kampung Padang Pulut.

Bantu Amirul

Seorang ibu tunggal bimbang mengenai masa depan anak bongsunya berusia sembilan tahun yang mengalami kerosakan saraf akibat demam panas setahun lalu.Ini kerana Muhammad Amirul Fatehi Mukmine Shaari, 9, tidak menyedari keadaan sekeliling dan memerlukan perhatian sepenuh masa sejak menghidap demam panas April tahun lepas.Malah, satu tiub makanan dipasang melalui hidung untuk membolehkan kanak-kanak tersebut diberikan susu khas yang merupakan makanan utamanya.

Munah Kassin, 47, berkata, bagaimanapun beberapa hari lalu dia terpaksa memberi anak kelimanya itu makan bubur nasi kerana dia mengalami alahan terhadap susu tersebut.Wanita itu yang bekerja sebagai peraih kelapa sawit di sebuah ladang kelapa sawit di Ajil itu berkata, dia membawa Amirul ke Hospital Hulu Terengganu, di sini, tetapi doktor tidak mengetahui punca keadaannya.''Doktor terakhir yang saya jumpa menyatakan Amirul mungkin menghidap penyakit keturunan selepas anak sulung dan keempat saya meninggal dunia akibat barah kira-kira 10 tahun lalu.

''Namun, anak kedua dan ketiga yang masing-masing berumur 22 dan 19 tahun sihat serta tidak menghidap sebarang penyakit. Mereka kini masing-masing bekerja sebagai pembantu kedai di Kuala Lumpur dan di Kuala Berang di sini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Machang di sini semalam.Munah yang kematian suaminya, Shaari Ismail, kira-kira lima tahun lalu berkata, dia ingin membawa anaknya itu bertemu doktor pakar tetapi tidak berkemampuan kerana gajinya hanya RM17 sehari jika dia dapat bekerja.

''Amirul kini dijaga oleh ibu saya, Bunga Kassih yang berumur 70 tahun ketika saya bekerja," katanya.Munah berharap supaya ada pihak yang tampil membantu Amirul bagi mendapatkan kos rawatan penyakitnya itu. ''Saya berharap Amirul dapat pulih daripada penyakit ini dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain," katanya.Mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada Amirul boleh menghubungi Munah di talian 013-9537526.

3 Ahli Jawatankuasa Bahagian di pecat

Setiausaha serta dua ahli jawatankuasa Umno bahagian Hulu Terengganu yang dipecat kerana bekerjasama dengan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohamad Noor Othman yang mencabar Ketua Bahagian, Datuk Tengku Putera Awang pada pemilihan Oktober ini akur dengan keputusan itu.

Setiausaha bahagian Baharuddin Bilal Diah serta dua ahli jawatankuasa, Mohd Pauzi Yusoff dan Jalaluddin Ismail menerima keputusan pemecatan itu dengan hati terbuka dan berjanji untuk terus setia dan kekal sebagai ahli Umno.

Surat pemecatan Baharuddin, Mohd Pauzi dan Jalaluddin yang dipecat mengikut fasal 15.12.1 perlembagaan parti ditandatangani Tengku PuteraMohd Pauzi berkata, Tengku Putera yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri menggunakan fasal 15.4 perlembagaan Umno untuk menamatkan perkhidmatan ahli jawatankuasa yang dilantik.
Katanya, walaupun pemecatan itu boleh dipertikaikan, termasuk menggunakan kedudukan sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri untuk menandatangani surat pemecatan, tetapi sebagai ahli parti, kesetiaan kepada Umno perlu diutamakan.

"Kami sesungguhnya menerima secara ikhlas dan dengan hati terbuka pemecatan itu dan kami berjanji untuk terus setia dan kekal sebagai ahli Umno walaupun menerima tawaran daripada parti politik pembangkangKami juga mengucapkan terima kasih diatas pengalaman bermakna sepanjang tempuh lapan tahun selaku ahli jawatankuasa bahagian dan dilantik sebagai setiausaha penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Ajil kerana dapat menyumbangkan tenaga, fikiran dan khidmat bagi memastikan Barisan Nasional (BN) diberi mandat menubuhkan kerajaan pada pilihan raya umum lalu," katanya.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.