Jumaat, Julai 04, 2008

MAT KERAK NAK LAWAN BOLA DENGAN CHE MAT



Ketua Pemuda Umno negeri, Mohd Sabri Alwi menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu pada pemilihan parti Oktober ini.

Bagaimanapun, Mohd Sabri yang juga Ketua Pemuda Umno bahagian itu berikrar untuk memberi sokongan padu kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mengekalkan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu.

Dengan keputusan itu, Mohd Sabri akan mencabar kedudukan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh yang dijangka menawarkan diri untuk mengekalkan jawatan.



Selain Mohd Sabri, Senator Datuk Roslan Awang Chik yang baru dilantik Bendahari Badan Perhubungan Umno negeri oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said kelmarin juga menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Ketua Umno bahagian.

Pada pemilihan Umno Bahagian Kuala Terengganu nanti, pertandingan semua jawatan tertinggi parti dijangka berlaku, termasuk ketua bahagian dan naib ketua bahagian akan dicabar.

Ketua Penerangan Umno negeri, Datuk Zuber Embong dijangka menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua bahagian mencabar Wan Ahmad Farid.

PENYOKONG TERENGGANU KECEWA



Dalam akhbar memapar perlawanan bola sepak antara Terengganu dengan Sarawak di adakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Di Laman Web FAM pun di tulis begitu jugak. Ini menyebabkan penyokong Terengganu pergi ke stadium hampa melihat stadium gelap dalam hujan lebat. Sedangkan perlawanan ini diadakan Stadium Petra Jaya Sarawak. Minggu lepas juga terjadi apabila segelintir penyokong Terengganu pergi ke Stadium Sultan Mizan di Gong Badak untuk melihat perlawanan antara Terengganu dengan Kelantan tetapi pemainan dilangsung di Stadiun Sultan Ismail. Begitulah semangat penyokong Terengganu.

Perlawanan malam tadi dalam Kumpulan A, Sarawak menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila menundukkan Terengganu 2-1 di Stadium Sarawak. Sepatutnya Terengganu tidak balik tangan kosong kerana kegagalan pemain Terengganu tidak berjaya menjaring gol menerusi penalti.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.