Ketua Pemuda Umno negeri, Mohd Sabri Alwi menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu pada pemilihan parti Oktober ini.
Bagaimanapun, Mohd Sabri yang juga Ketua Pemuda Umno bahagian itu berikrar untuk memberi sokongan padu kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mengekalkan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu.
Dengan keputusan itu, Mohd Sabri akan mencabar kedudukan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh yang dijangka menawarkan diri untuk mengekalkan jawatan.
Selain Mohd Sabri, Senator Datuk Roslan Awang Chik yang baru dilantik Bendahari Badan Perhubungan Umno negeri oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said kelmarin juga menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Ketua Umno bahagian.
Pada pemilihan Umno Bahagian Kuala Terengganu nanti, pertandingan semua jawatan tertinggi parti dijangka berlaku, termasuk ketua bahagian dan naib ketua bahagian akan dicabar.
Ketua Penerangan Umno negeri, Datuk Zuber Embong dijangka menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua bahagian mencabar Wan Ahmad Farid.
Jumaat, Julai 04, 2008
MAT KERAK NAK LAWAN BOLA DENGAN CHE MAT
Label:
politik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan