Isnin, Julai 14, 2008

INDUSTRI IKAN KERAPU

Ternakan ikan laut dalam tangki akan diperluaskan ke seluruh negara selepas projek perintis anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) di Kampung Ruu Sepuluh, dekat sini berjaya meningkatkan pendapatan nelayan pantai.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed, berkata projek dilaksanakan tiga tahun lalu menggunakan teknologi moden dengan air laut dipam tangki semakin mantap dan terbukti mampu dikembangkan kerana pulangannya tinggi selain permintaan ikan kerapu yang sangat menggalakkan.

Katanya, sebanyak RM342 juta diperuntukkan bagi melaksanakan 49 projek pertanian dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan daripada jumlah itu 11 sudah dan sedang dilaksanakan termasuk Zon Industri Akuakultur (ZIA) yang dibangunkan di Tasik Kenyir.

Beliau berkata, semua pelaburan di Tasik Kenyir dilaksanakan melalui suntikan modal kerajaan negeri dengan kementerian hanya menyediakan bantuan teknikal dan kepakaran.

"Kementerian juga akan mengkaji semula beberapa projek lain daripada 49 projek yang sudah dirancang bagi memastikan projek adalah berpotensi tinggi dan mampu membantu meningkatkan pendapatan petani dan nelayan, seterusnya mengelak pembaziran melalui pelaksanaan projek kurang memberangsangkan.

"Bagi melaksanakannya, kementerian akan melihat semua projek yang belum dilaksanakan dalam RMK-9 dan bantuan lebih akan diberikan kepada projek berpotensi bagi mengelak pembaziran," katanya selepas melawat projek ternakan ikan kerapu dalam tangki menggunakan kaedah ‘flow through system’ itu semalam.

Projek dilaksanakan di kawasan seluas kira-kira 0.5 hektar membabitkan tujuh modul dengan setiap modul terdiri daripada 12 tangki yang boleh diisi 500 dan 800 anak kerapu harimau dan sedang dikembangkan kepada spesies kerapu tikus yang mempunyai pasaran lebih tinggi.

Beliau berkata, projek itu diharap membantu meningkatkan pendapatan nelayan pantai di seluruh negara dan yang paling penting perlu diberikan galakan bagi men-dedahkan mereka kepada teknologi baru.

UMT PENGERAK ECER

Penglibatan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) membuktikan masyarakat secara keseluruhannya mengiktiraf peranan institusi ilmuan itu dalam menjana program pembangunan negara keseluruhannya.

Projek ECER yang dilancarkan pada 2007 antara lain turut memberi fokus kepada bidang pendidikan, selain sektor pelancongan, pertanian serta petroleum dan gas

Bagi menjayakan matlamat itu, UMT telah menubuhkan beberapa pusat penyelidikan dan latihan antaranya Pusat Latihan Pengurusan Fasiliti, Pusat Pembangunan Sosial, Pusat Biodiversiti dan Oseanografi serta Pusat Kerjasama Industri Akademia.

Demikian titah Raja Permaisuri Agong, Tunku Nur Zahirah pada Majlis Konvokesyen Ke-6, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Dewan Sultan Mizan UMT, Gong Badak, Kuala Terengganu

PROGRAM RANGSANGAN

Keupayaan ibu bapa membentuk sahsiah dan pendidikan sempurna kepada setiap anak mampu melahirkan generasi cemerlang, gemilang dan terbilang di masa depan.

Selain ibu bapa, agensi yang berkaitan perlu bersama-sama tampil dan berusaha bagi menjayakan pelbagai program yang mampu melahirkan generasi yang diimpikan itu.

Oleh itu, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil inisiatif mewujudkan pelbagai program termasuk penambahbaikkan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), cakna kemiskinan, sayangi warga emas dan pustaka mini.

Terbaru, program rangsangan yang memfokuskan perkembangan minda kanak-kanak diwujudkan bertujuan menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam mengukuhkan pembelajaran.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata keluarga sebagai unit paling asas dalam sistem sosial memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan yang cemerlang.

Katanya, bimbangan dan pendidikan yang sempurna sewajarnya diberikan kepada ahli keluarga sama ada berkaitan aspek fizikal, ekonomi, sosial spiritual dan emosi.

“Untuk pembangunan negara secara menyeluruh, usaha tidak seharusnya terhenti pada peringkat keluarga sahaja malah komuniti juga perlu bersama-sama memainkan peranan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara YPKT dan UPM di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.