Isnin, Mei 04, 2009

Terengganu Menang Anugerah Antarabangsa

Terengganu memenangi tempat kedua anugerah ”Destinasi Pesisir Air Terbaik” sempena Ekspo Pelancongan Luxury Travel Exhibition (LTE) yang diadakan di City of Lugano, Switzerland baru-baru ini.

Manakala tempat pertama dimenangi `The Sultanate of Oman' dan ketiga ialah `Destinasi Tenerife, Canary Island.'Ekspo tiga hari bermula 16 April lalu telah menghimpunkan lebih 240 pengusaha pelancongan seluruh dunia terdiri daripada pengusaha hotel, resort, agensi pelancongan, syarikat pengangkutan darat dan udara, insurans kembara, bank, agensi kerajaan yang terlibat dengan pelancongan dan juga wakil kedutaan.

Ibu Dato Idris Meninggal



Fatimah Yusoff, ibu bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh meninggal dunia di rumahnya di Kampung Seberang Jerteh, di sini, semalam akibat sakit tua.

Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri Jerteh itu, Kamarul Azman Idris, berkata Allahyarham Fatimah, 83, meninggal kira-kira 7.20 malam selepas sebulan uzur.

“Idris bersama enam adiknya berada di sisi ketika beliau menghembuskan nafasnya,” katanya di sini, semalam.

Projek ECER ikut perancangan di Terengganu

Pelbagai projek termasuk dalam sektor pelancongan, pertanian, minyak dan gas serta pembuatan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) berjalan mengikut perancangan dengan majoriti projek akan bermula menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER Datuk Jebasingam Issace John berkata kemudahan penyediaan infrastruktur di Terengganu telah dimulakan dan ECER sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri bagi menarik pelaburan.

Katanya pegawai Majlis Pembangunan ECER dan pegawai kerajaan negeri baru kembali dari misi pelaburan di Eropah dengan tumpuan diberikan kepada bidang pertumbuhan tinggi seperti pelancongan, pembuatan dan industri halal yang boleh menjana peluang pekerjaan."Kerja-kerja terhadap 21 projek bermula tahun lepas di Terengganu manakala 11 lagi akan dimulakan menjelang pertengahan tahun, 10 projek menjelang akhir tahun ini dan dua projek akhir akan bermula tahun depan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

"Taman Plastik Kertih iaitu taman plastik bersepadu sepenuhnya pertama di negara ini, dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada 2015 dengan menarik pelaburan bernilai RM2 bilion dan membuka lebih 7,000 peluang pekerjaan," katanya.

Berhubung sektor pembuatan, Issace John berkata Kemaman akan dibangunkan sebagai taman industri berat negeri Terengganu dengan mewujudkan kemudahan bersepadu termasuk kawasan khusus untuk pembuatan, industri membina dan membaiki perahu dan zon perdagangan bebas.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.