Pelbagai projek termasuk dalam sektor pelancongan, pertanian, minyak dan gas serta pembuatan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) berjalan mengikut perancangan dengan majoriti projek akan bermula menjelang akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER Datuk Jebasingam Issace John berkata kemudahan penyediaan infrastruktur di Terengganu telah dimulakan dan ECER sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri bagi menarik pelaburan.
Katanya pegawai Majlis Pembangunan ECER dan pegawai kerajaan negeri baru kembali dari misi pelaburan di Eropah dengan tumpuan diberikan kepada bidang pertumbuhan tinggi seperti pelancongan, pembuatan dan industri halal yang boleh menjana peluang pekerjaan."Kerja-kerja terhadap 21 projek bermula tahun lepas di Terengganu manakala 11 lagi akan dimulakan menjelang pertengahan tahun, 10 projek menjelang akhir tahun ini dan dua projek akhir akan bermula tahun depan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
"Taman Plastik Kertih iaitu taman plastik bersepadu sepenuhnya pertama di negara ini, dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada 2015 dengan menarik pelaburan bernilai RM2 bilion dan membuka lebih 7,000 peluang pekerjaan," katanya.
Berhubung sektor pembuatan, Issace John berkata Kemaman akan dibangunkan sebagai taman industri berat negeri Terengganu dengan mewujudkan kemudahan bersepadu termasuk kawasan khusus untuk pembuatan, industri membina dan membaiki perahu dan zon perdagangan bebas.
Isnin, Mei 04, 2009
Projek ECER ikut perancangan di Terengganu
Label:
pembangunan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan