Hasil kajian tiga pensyarah Jabatan Kejuruteraan BioPerubatan Universiti Malaya (UM) mendapati solat yang diamalkan secara teratur boleh merawat masalah penyakit mati pucuk dan beberapa penyakit lain.
Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim berkata kajian terhadap 10 pesakit mati pucuk yang mengamalkan solat sebagai terapi dan mengikut postur yang sempurna selama sebulan, membuahkan hasil apabila mereka berjaya mencapai ereksi seperti lelaki normal.
“Lelaki yang normal sepatutnya akan mendapat ereksi sekurang-kurangnya tiga kali sewaktu tidur dan perubahan isipadunya mestilah melebihi 200 peratus. Jika kurang daripada jumlah itu dia dianggap mati pucuk,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Pada sidang akhbar sempena Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Biomedical itu adalah dua lagi penyelidik iaitu Prof Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pemangku Naib Canselor Prof Mohd Amin Jalaludin.
Dr Fatimah berkata selain solat lima waktu, pesakit juga diminta bersolat sunat selama setengah jam, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan selepas itu mereka dibekalkan peralatan yang dapat mengukur isipadu ereksi. Alat itu dipasang sebelum tidur.
Khamis, Jun 26, 2008
SOLAT ITU PENAWAR PENYAKIT
JAWATAN MENTERI BESAR DAH BESAR ORANG BERI
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata beliau tidak bercadang untuk bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti Disember depan, sebaliknya menyatakan kesyukuran terhadap pelantikannya sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri, 14 Jun lalu.
"Setakat ini tak rasa nak bertanding (jawatan tertinggi). Inipun (jawatan Menteri Besar) dah tinggi orang beri,"
Ditanya pandangannya mengenai pemilihan pada peringkat bahagian, Ahmad berkata, beliau tidak berhak melarang ahli bertanding merebut jawatan, tetapi berpendapat pertandingan perlu dielakkan bagi memastikan kekukuhan dan perpaduan parti.
KARNIVAL TERENGGANU
Kerajaan negeri menyasarkan menarik kira-kira 40,000 pengunjung sehari dalam Karnival Terengganu 2008 yang akan diadakan di Taman Awam Batu Burok di sini selama dua minggu bermula 27 Jun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Za'abar Mohd. Adib berkata, ini berdasarkan kehadiran pengunjung karnival itu yang semakin meningkat setiap tahun.
Pada tahun lalu program yang sama berjaya menarik kira-kira 30,000 orang sehari dan yakin bilangan itu akan meningkat kepada 40,000 orang sehari tahun ini berikutan pertambahan beberapa aktiviti.
Karnival yang bermula pukul 10 pagi hingga 11.20 malam itu menyediakan 65 gerai perniagaan yang keutamaannya diberi kepada pengusaha tempatan untuk memasarkan produk tempatan.Sebanyak 30 gerai agensi kerajaan disediakan dalam memperkenalkan peranan masing-masing kepada rakyat,
SENTIASA MENGEMASKINI ILMU
Para imam dan bilal digesa tingkatkan kedudukan ilmu sepanjang masa memandangkan peranan imam dan bilal mempunyai kedudukan yang dihormati dalam masyarakat.
Sesuai dengan peranan tersebut, para imam dan bilal mampu menjadikan institusi masjid sebagai pusat kecemerlangan seterusnya menjadikan Islam lebih dihayati.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Yb. Khazan Che Mat berkata demikian dalam ucapan Majlis Perasmian Kursus Kecemerlangan Imam/Bilal dan Mesyuarat Agung Perwakilan Persatuan Imam dan bilal Masjid Masjid Mukim Negeri Terengganu .