Khamis, Oktober 09, 2008

Hati-Hati Urusniaga Di internet

Seorang pegawai kesihatan adalah antara tiga mangsa kes tipu menerusi internet di Terengganu sepanjang bulan lalu yang membabitkan kerugian hampir RM30,000.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Deputi Superintendan Ab Rahim Ab Razak, berkata setakat ini polis menerima tiga laporan berhubung kes itu dan percaya lebih ramai lagi menjadi mangsa sindiket berkenaan.

Dalam kes terbabit, pegawai kesihatan itu kerugian wang tunai RM18,700 selepas dihubungi seorang lelaki yang dikenalinya menerusi internet serta mendakwa bekerja sebagai juruterbang di London dan menawarkannya beg tangan berjenama pada 11 September lalu.

Katanya mangsa, dijanjikan diberikan beg tangan itu melalui perkhidmatan penghantar cepat dan tiga hari kemudian, mangsa dihubungi seseorang supaya membayar RM4,700 sebelum dihubungi sekali lagi dua hari kemudian dan dikehendaki membayar RM2,000.

“Mangsa kemudian diminta sekali lagi memasukkan RM12,000 ke dalam akuan lelaki itu tetapi barang berkenaan tidak sampai,” katanya.

Satu Lawan Satu Untuk Tiga Ketua Wanita

Tiga daripada lapan jawatan Ketua Wanita Umno bahagian di negeri menyaksikan pertandingan satu lawan satu pada persidangan perwakilan yang bermula Jumaat ini.
Di bahagian Besut, Ketua Wanita Umno negeri, Senator Wan Ramlah Ahmad yang memperoleh 79 pencalonan daripada 123 cawangan akan dicabar Engku Naimah Engku Taib yang menawarkan diri bertanding selepas mendapat 44 pencalonan.

Bahagian Dungun turut menyaksikan pertandingan dua penjuru apabila Naib Ketua Bahagian, Zainun Abu Bakar bakal berhadapan dengan Rokiah Talib selepas penyandang jawatan, Zaleha Long membuat keputusan melepaskan jawatan. Zainun yang menawarkan diri bertanding menggantikan Zaleha memperoleh 45 pencalonan, manakala Rokiah yang tewas pada pemilihan empat tahun lalu mendapat 30 pencalonan.

Di bahagian Kuala Nerus, penyandang jawatan, Khatijah Awang yang memperoleh 80 pencalonan akan dicabar ahli jawatankuasa Wanita Umno bahagian itu, Selamah Abdullah selepas mendapat 20 pencalonan.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Rosli Mat Hassan, berkata mesyuarat perwakilan wanita Umno bahagian Kuala Terengganu dan Besut akan diadakan Jumaat ini.

Katanya, Wanita bahagian Setiu, Kuala Nerus, Dungun dan Marang akan mengadakan mesyuarat perwakilan pada Sabtu depan, manakala bahagian terakhir Hulu Terengganu pada 24 Oktober ini. "Kita menasihatkan semua perwakilan mematuhi peraturan dan tata tertib bagi memastikan persidangan perwakilan berjalan lancar," katanya.

Mydin Untung RM2.7 Juta Sepanjang Bulan Ramadhan

Pasar Raya Besar Mydin memperoleh keuntungan bersih RM2.7 juta hasil jualan sebanyak RM18 juta sepanjang Ramadan lalu, termasuk RM1 juta sehari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri. Hasil jualan dan keuntungan bersih pasar raya itu adalah yang tertinggi di negeri ini, berbanding dua lagi Pasar Raya Mydin iaitu di Jalan Kota dan Kuala Ibai, di sini.

Pengurus Pasar Raya Besar Mydin, M Murugayah, berkata antara produk paling laris dan mendapat sambutan pengunjung ialah kuih, termasuk yang dibekalkan oleh usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Katanya, produk lain yang menyumbang kepada peningkatan hasil jualan ialah pakaian raya seperti baju Melayu dan songkok, barang hiasan serta minuman ringan.

"Jualan daging ayam, lembu dan kambing turut mendapat sambutan kerana harga yang ditawarkan jauh lebih rendah daripada harga pasaran," katanya ketika dihubungi. Murugayah berkata, sepanjang Ramadan lalu sebanyak 100 tan ayam, 50 tan daging, satu tan daging kambing berjaya dijual.

"Sejak dibuka Pasar Raya Besar Mydin sentiasa menjadi pilihan penduduk di bandar raya ini dan kita anggarkan seramai antara 10,000 hingga 15,000 pelanggan membeli belah setiap hari," katanya.

Hospital Terengganu dilengkapi Unit Perubatan Tradisional

Kementerian Kesihatan akan melengkapkan tiga lagi hospital kerajaan di Terengganu, Sabah dan Sarawak dengan Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari (TCM) menjelang tahun 2009.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, ini ekoran permintaan tinggi daripada orang ramai terhadap perubatan alternatif itu.

Untuk menggalakkan pengamal TCM mendaftar dengan kerajaan, menurutnya, kementerian telah mewujudkan sistem pendaftaran dalam talian, e-PENGAMAL bermula November ini.
''Kita sedang menggubal Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari untuk mewajibkan pengamal TCM mendaftar dengan kementerian seawal tahun depan.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.