Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin hadir merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Tiga Abad Kesultanan Terengganu (1708-2008) di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, semalam (13 Oktober).
Sambutan Tiga Abad Kesultanan Terengganu (TAKT) diadakan bermula hari ini (14 Oktober) hingga 31 Disember bertempat di Muzium Negeri, Bukit Losong, Kuala Terengganu.Manakala Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) mengambil inisiatif mengelolakan Persidangan Antarabangsa TAKT selama tiga hari berakhir 19 Oktober.
Sempena sambutan TAKT pelbagai program akan dianjurkan termasuk pameran, kuiz, seminar dan pelancaran buku `Digahayu Tuanku’.
Selasa, Oktober 14, 2008
Tiga Abad Kesultanan Terengganu
2 Minggu Mesti Lulus Pinjaman
Mara akan meluluskan semua permohonan pinjaman usahawan dalam tempoh dua minggu berkuat kuasa serta-merta, kata Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh.
"Saya sudah berbincang dengan pengurusan Mara dan menetapkan tempoh dua minggu untuk meluluskan permohonan skim bantuan ini, melainkan ada maklumat tidak lengkap dan perlu ditangguhkan," katanya selepas melancarkan Pusat Penyelesaian Perniagaan (BSC) di Ibu Pejabat Mara, di sini semalam.
Beliau mengulas komen Menteri Pembangunan Usahawan dan Operasi, Datuk Seri Noh Omar mengenai kelemahan sistem penyampaian Mara termasuk kerenah kelulusan pinjaman, tempoh kelulusan yang terlalu lama dan birokrasi.
Terengganu Tuah Rumah Mesyuarat MB & KM
LAKAR SEJARAH…Buat pertama kalinya Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri diadakan di negeri Terengganu Darul Iman dipengerusikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Mohamad Hassan .
Mesyuarat berkenaan diadakan di Bilik Gerakan Wisma Darul Iman hari ini (13 Oktober) turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said; Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim; Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin. Hadir sama Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato' Ahmad Yakob dan Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Abdul Razak.
Mesyuarat diadakan sempena Meyuarat Majlis Raja-Raja Ke 215 yang akan berlangsung selama dua hari bermula Rabu ini, di Istana Maziah, Kuala Terengganu.
Karnival Pancing Di Dungun
Kerajaan negeri merancang untuk menjadikan beberapa pantai dan perairan di daerah Dungun sebagai destinasi utama bagi penganjuran acara memancing peringkat kebangsaan setiap tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Zaabar Mohd Adib, berkata enam pantai di daerah Dungun perlu diketengahkan dan acara paling dan sesuai serta mampu menarik perhatian pengunjung termasuk pelancong dari dalam dan luar negara ialah melalui pertandingan memancing.
Katanya, enam pantai di daerah Dungun kurang dikunjungi pelancong, melainkan penduduk tempatan yang membawa ahli keluarga mereka untuk beriadah. "Jika program pelancongan dapat dilakukan termasuk acara memancing termasuk pertandingan peringkat kebangsaan, enam pantai di daerah ini yang sebelum ini sepi akan menjadi pilihan utama pelancong terutama yang berminat dalam aktiviti memancing.
"Enam pantai di daerah Dungun ialah pantai Teluk Lipat; Teluk Bidara; Pantai Sura Hujung; Teluk Gadong dan Batu Pelanduk di Rantau Abang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Karnival Memancing pusingan akhir di bilik mesyuarat Majlis Perbandaran Dungun (MPD) di sini, semalam.