Rabu, Jun 25, 2008

ANAK TERENGGANU YANG TERUS GEGAR DUNIA



Anak Terengganu yang akan menyahut cabaran Pertandingan Formula Future Dunia 2008 yang akan diadakan di Ravenna Itali.Kerajaan Negeri yang berbangga dengan penguasaan atlet Formula Future Terengganu ke kejohanan peringkat dunia turut menyampaikan sumbangan RM5,000 seorang termasuk pakaian sukan kepada enam peserta tempatan daripada 10 keseluruhan peserta yang melayakkan diri ke kejohanan itu.

Mereka ialah Syed Ali Kadzimi Syed Khalid, 17, (Kelas 5); Mohd Zulhaniff Mazlan,13 (Kelas 3); Nik Daniel Afifuddin, 12 (Kelas 3); Tengku Anisah Atirah Tengku Zainal Abidin,10 (Kelas 2); Mohd Haniff Ramli, 11 (Kelas 2) dan Muhammad Zhafree Ammar, 9 (kelas 1).

Sirkit Formula Future akan dibangunkan di kawasan paya berhampiran Kompleks Sukan Negeri, di Gong Badak, Kuala Terengganu untuk memantapkan latihan dan penganjuran sukan yang kini dimonopoli oleh anak Terengganu sehingga ke peringkat antarabangsa.

Bagi memastikan tujuan pembangunan itu tercapai, Kerajaan Negeri akan menghantar Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said bersama beberapa pegawai bagi meninjau tempat pertandingan peringkat antarabangsa, di Pertandingan Formula Future Dunia 2008 yang akan diadakan di Ravenna Itali pada 18 Julai hingga 20 Julai 2008.

SUSUN BALIK PERBELANJAAN KELUARGA





Masyarakat digesa membuat perancangan dalam perbelanjaan ekoran kenaikan harga minyak mempengaruhi kenaikan harga barang di pasaran. Sehubungan dengan itu, perbelanjaan keluarga hendaklah dirancang mengikut keperluan agar dapat berjimat-cermat sesuai dengan keadaan masa kini.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata pihak Kerajaan Negeri memahami masalah kenaikan harga barang akibat harga minyak yang melambung baru-baru ini.

“Kenaikan kos sara hidup hendaklah difahami oleh semua lapisan masyarakat. Ianya masalah global.

“Kita seringkali nyatakan kepada rakyat pda setiap kali perjumpaan dalam pelbagai program agar rakyat faham situasi hari ini,” beliau berkata demikian ketika di temubual hos Syed Munawar secara lintas langsung dalam rancangan terbitan RTM 1, Persepsi-Yang Mana Benar, di RTM Terengganu Bukit Kecil, Kuala Terengganu, jam 8.30 malam semalam (23 Jun).

Turut sama, Menteri Pembangunan dan Pengurusan Sumber 2 Sarawak, Dato’ Seri Awang Tengah Ali Hussain dilakukan secara sidang video dari RTM Kuching, Sarawak.

Tambahnya, Kerajaan Negeri kini memberi fokus dan keutamaan agar pembangunan yang dilaksanakan memberi keutamaan kepada rakyat.

“Kita kini sebagai contoh memberi fokus kepada bidang pertanian. Baru-baru ini, Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir merasmikan Jelapang Padi, Setiu,”katanya.

Dengan memberi penekanan kepada bidang pertanian, beliau yakin dan percaya program ini akan membantu mengurangkan kadar rakyat termiskin seterusnya meningkatkan pendapatan golongan sasar.

“Kini kerja-kerja pembersihan tanah sedang dijalankan dan kita juga akan membangunkan tanaman kelapa sawit secara besar-besaran yang akan dilaksanakan tidak lama lagi,”tambah Dato’ Ahmad lagi.

TERENGGANU MENANG DITEMPAT LAWAN


Di Stadium Paroi, Negeri Sembilan mencatat keputusan kurang enak apabila tewas 1-2 kepada pelawat Terengganu.

Tuan rumah bermula garang apabila mendahului menerusi S Kunalan yang menanduk hantaran Idris Karim untuk menewaskan penjaga gol, Md Sharbinee Allawee pada minit ke-20 sebelum Terengganu menyamakan kedudukan menerusi Abd Manaf Mamat pada minit ke-52.

Jocian Bento memastikan kemenangan buat pelawat apabila menanduk masuk hantaran lintang Kit Kong empat minit kemudian.

PEGAWAI ICT DISETIAP SEKOLAH


Kerajaan negeri akan menempatkan seorang pegawai komputer di setiap sekolah di negeri ini dan dua juruteknik komputer di setiap daerah mulai tahun hadapan bagi memastikan semua komputer sekolah diselenggarakan dengan baik untuk kemudahan pelajar.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata ketika ini banyak komputer yang sudah dibekalkan di sekolah mengalami kerosakan dan tidak dibaiki hingga menyebabkan kemudahan itu tidak dapat dimanfaatkan pelajar secara maksimum.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.