![]() |
AHMAD Said (tengah) menerima replika sasaran 66 pingat emas kontinjen Sukma Terengganu dari Mat Razali Kassim (kiri) sambil diperhatikan Abdul Rahin Mohd. Said pada majlis penyerahan bendera Terengganu di Kuala Terengganu, semalam. – Mingguan/Fauzi Baharudin |
Ganjaran lumayan bakal menanti atlet Terengganu jika berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan pada Sukan Malaysia (Sukma) XIII di Melaka, yang bermula minggu depan.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said, semalam mengumumkan kerajaan negeri itu akan memberi RM5,000 bagi setiap pingat emas, RM3,000 untuk perak dan RM2,000 (gangsa) bagi menyuntik semangat atlet.
Bagaimanapun sekiranya Terengganu gagal muncul juara keseluruhan, pemenang pingat tetap diberikan habuan iaitu RM3,000 bagi emas, perak RM2,000 dan gangsa RM1,000.
Ahmad mengumumkan perkara itu selepas majlis penyerahan bendera kontinjen Terengganu, semalam.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Datuk Abdul Rahin Mohd. Said.
Terengganu akan menghantar 457 atlet dan pegawai bagi menyertai 32 jenis sukan dengan sasaran membawa pulang 66 pingat emas.