Yang di-Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud berharap impian kerajaan negeri mewujudkan Zon Bebas Cukai di Tasik Kenyir akan menjadi realiti.
''Cadangan kerajaan negeri untuk membangunkan Tasik Kenyir dengan projek Kenyir Island Hopping yang merangkumi Taman Burung, Taman Orkid dan sebagainya dijangka menarik lebih ramai pelancong dari luar negara," ujarnya.
Mengenai sektor pertanian beliau berkata, pembangunan sektor itu perlu terus diberi perhatian kerana hampir 90,000 orang atau 24 peratus daripada tenaga kerja negeri ini terbabit dalam sektor pertanian.
'' Kejayaan sektor ini masih belum lagi menampakkan kejayaan yang membanggakan, jadi kita menyarankan sektor ini perlu diberi nafas baru melalui pengukuhan penggunaan teknologi, pembangunan pemprosesan dan pemasaran bagi meningkatkan taraf hidup petani, penternak dan nelayan," katanya.
Beliau turut menyarankan kawasan-kawasan yang sesuai untuk aktiviti pertanian dikenal pasti di samping menggalakkan sektor swasta turut terlibat bagi memaju serta memacu hala tuju sektor berkenaan.
Katanya, usaha kerajaan negeri membangunkan industri tanaman padi seharusnya diberi sokongan dan galakan kerana pada masa ini terdapat seluas 15,475 hektar kawasan tanaman padi di Terengganu dan pertambahan kawasan baru seluas 1,600 hektar telah dikenal pasti.
Menurutnya, diharapkan pertambahan kawasan tanaman padi itu dapat meningkatkan pengeluaran beras negeri daripada 46 peratus kepada 85 peratus menjelang 2013.