Selasa, Jun 02, 2009

Bumbung Stadium Sultan Mizan Runtuh


Sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bernilai RM280 juta di Kompleks Sukan Gong Badak di sini yang baru setahun digunakan, runtuh pada jam 9.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba 1, Pauzan Ahmad, berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi runtuhan itu menyebabkan sebuah kereta dan tiga motosikal serta sebuah jentera berat yang diletakkan di sekitar stadium itu ranap.

"Kami mendapat maklumat pada jam 9.45 pagi dan tiga jentera yang bergegas ke tempat kejadian sampai tujuh minit kemudian dan terus membuat penilaian bagi memastikan tiada mangsa terperangkap dan menentukan adakah akan berlaku lagi runtuhan," katanya ditemui di tempat kejadian.Beliau berkata, runtuhan itu membabitkan bumbung sepanjang 80 meter daripada keseluruhan 134 meter meliputi kawasan tempat duduk berbumbung termasuk pentas DiRaja.

Stadium yang boleh memuatkan 50,000 pengunjung itu adalah yang pertama di Asia yang dibina menggunakan sistem bumbung tanpa sokongan tiang.

Selain menempatkan padang bola dan trek olahraga, stadium yang dibina dengan pantas untuk temasya Sukan Malaysia (Sukma) pada Jun tahun lalu itu turut menempatkan stadium tertutup yang menempatkan prasarana sukan bowling, skuasy dan badminton.

Polis telah membuat sekatan dan melarang orang awam memasuki kawasan stadium.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, melawat tempat kejadian pada jam 10 pagi tadi manakala Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, pula sebentar tadi.

Difahamkan pembinaan ini bumbung tanpa tiang tengah menggunakan teknologi Korea dan dibina oleh syarikat dari Korea.





11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.