Pasar Raya Besar Mydin memperoleh keuntungan bersih RM2.7 juta hasil jualan sebanyak RM18 juta sepanjang Ramadan lalu, termasuk RM1 juta sehari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri. Hasil jualan dan keuntungan bersih pasar raya itu adalah yang tertinggi di negeri ini, berbanding dua lagi Pasar Raya Mydin iaitu di Jalan Kota dan Kuala Ibai, di sini.
Pengurus Pasar Raya Besar Mydin, M Murugayah, berkata antara produk paling laris dan mendapat sambutan pengunjung ialah kuih, termasuk yang dibekalkan oleh usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Katanya, produk lain yang menyumbang kepada peningkatan hasil jualan ialah pakaian raya seperti baju Melayu dan songkok, barang hiasan serta minuman ringan.
"Jualan daging ayam, lembu dan kambing turut mendapat sambutan kerana harga yang ditawarkan jauh lebih rendah daripada harga pasaran," katanya ketika dihubungi. Murugayah berkata, sepanjang Ramadan lalu sebanyak 100 tan ayam, 50 tan daging, satu tan daging kambing berjaya dijual.
"Sejak dibuka Pasar Raya Besar Mydin sentiasa menjadi pilihan penduduk di bandar raya ini dan kita anggarkan seramai antara 10,000 hingga 15,000 pelanggan membeli belah setiap hari," katanya.
Khamis, Oktober 09, 2008
Mydin Untung RM2.7 Juta Sepanjang Bulan Ramadhan
Label:
perniagaan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan