Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) akan memberi perhatian yang khusus dalam membantu industri pembinaan bot kayu di Terengganu.
Menterinya, Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, langkah itu supaya industri bot kayu di Terengganu dapat diteruskan sebagai satu industri yang berdaya saing dan dapat menjana pendapatan ekonomi pengusaha dan negeri.
Beliau menghadiri majlis pemberian insentif kepada pengusaha bot tradisional Terengganu di Pulau Duyong yang dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Said.
Peter Chin berkata kementerian itu turut menggalakkan serta mengalu-alukan usaha pembuat bot tradisional untuk menyediakan manual membuat bot yang boleh didokumenkan agar pengetahuan dan kemahiran membuat bot tradisional tidak lenyap begitu sahaja.
Usaha dan langkah bagi membantu bumiputera untuk terlibat dalam industri kayu akan juga dimasukkan dalam Dasar Perindustrian Kayu Negara yang sedang digubal.Usaha ini akan membuka peluang kepada bumiputera termasuklah pembuat bot tradisional untuk menjadi lebih berdaya saing dan membolehkan penglibatan berterusan mereka dalam industi kayu.
Peter Chin berkata kerajaan pusat juga akan turut bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam usaha mengatasi masalah harga kayu cengal yang telah meningkat sehingga RM10,000 bagi satu tan.
Menteri Besar Terengganu berkata banyak cabaran yang dihadapi dalam usaha mengekalkan perusahaan pembinaan bot kayu di Terengganu, selain dari isu harga kayu yang mahal, faktor tenaga mahir juga agak meruncing.
Beliau berkata, tidak ramai warga belia yang berminat menceburi bidang ini, dan dibimbangi sekiranya perkara ini tidak diatasi, perusahaan membuat bot kayu di Terengganu mungkin pupus.
Seramai enam orang pengusaha bot kayu menerima insentif, yang berupa dana bagi perolehan kayu cengal bernilai RM50,000 setiap seorang pada majlis itu
Ahad, Jun 22, 2008
PENGUSAHA BOT TRADISIONAL DI BANTU
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan