MARANG - Keluarga terabai, kebun jadi semak samun! Itu bahana kegiatan 'tarik duit' yang menyebabkan pelabur sudah mula malas bekerja dan sekadar menanti wang 'pelaburan' mereka.
Antara yang menerima kesan tersebut ialah Dahlia (nama samaran), 28, isteri kepada seorang pelabur, Razali (bukan nama sebenar) yang menunjukkan perubahan sikap sejak menyertai kegiatan itu Mac lalu.
Ketika ditemui di sebuah kampung di Merchang, di sini semalam, Dahlia yang mempunyai dua anak berkata, suaminya kini kerap 'membuta' (tidur) waktu siang padahal sebelum ini dia rajin bekerja menyara keluarga.
"Dulu dia jadi buruh kontrak di beberapa tapak pembinaan sekitar Merchang dan waktu petang dia usahakan kebun getah.
"Dialah tonggak keluarga. Saya hanya duduk di rumah, memasak dan jaga anak. Sekarang saya pula ke kebun," katanya.
Kosmo! kelmarin melaporkan kegiatan sebuah kumpulan di Merchang, di sini yang menganjurkan upacara 'tarik duit' bagi menggandakan wang pelabur sehingga mendapat keuntungan 300 peratus.
Kegiatan, diketuai lelaki dikenali sebagai Long Daud itu kini menarik minat lebih 100 pelabur daripada kalangan orang kampung berpendapatan rendah.(Petikan KOSMO)
Rabu, Julai 16, 2008
AKIBAT TARIK PITIS
Label:
masalah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan