Kerajaan negeri sudah mengarahkan kerja menyedut pasir dari Sungai Berang, di sini dihentikan kerana boleh memusnahkan ekosistem namun pengusaha nyata lebih mementingkan keuntungan dan enggan akur dengan arahan itu.
Tindakan pengusaha projek yang tidak mengendahkan arahan itu menyebabkan sungai yang terkenal sebagai tarikan pelancong dengan pelbagai hidupan liar seperti tuntung, pelanduk, lotong, beruk, kera dan hidupan sungai serta pokok rimbun kini semakin tercemar.
Tinjauan Berita Harian ke dua lokasi mengorek pasir di Pasir Pelata mendapati kerja menyedut pasir giat dijalankan dan beberapa jentera, termasuk penyedut tanah masih kelihatan sehingga sungai bertukar warna kekeruhan manakala tebing sungai semakin terhakis.
jurucakap Pejabat Tanah Daerah Hulu Terengganu berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai arahan untuk pengusaha terbabit menghentikan projek, bagaimanapun pihaknya sudah melakukan pemantauan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri di kawasan terbabit.
"Daripada pemantauan yang dilakukan dengan dua jabatan berkenaan mendapati aktiviti menyedut pasir itu tidak menjejaskan alam sekitar. Malah, aktiviti berkenaan dapat menambah kedalaman sungai dan mengelak masalah banjir di daerah ini," katanya ketika dihubungi. (petikan Berita Harian)
Khamis, Julai 03, 2008
SEDUT PASIR
Label:
pasir
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan