Terengganu mempunyai sebuah lagi majlis perbandaran apabila Majlis Daerah Dungun (MDD) dimasyhurkan sebagai Majlis Perbandaran Dungun, esok.Yang Dipertua MDD, Zainal Abidin Hussin berkata, Dungun sememangnya layak menjadi sebuah majlis perbandaran baru di negeri ini selain Kemaman kerana ia mempunyai beberapa kriteria yang ditetapkan.
Menurutnya, antara kriteria tersebut termasuk mempunyai penduduk melebihi 180,000 orang, prasarana dan kemudahan asas yang mencukupi serta berpendapatan melebihi RM10 juta setahun.''Saya bagi pihak penduduk Dungun berasa bangga di atas pemilihan Dungun sebagai majlis perbandaran," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Mengenai pembangunan Dungun, Zainal Abidin berkata, sebagai sebuah daerah membangun ia menyediakan peruntukan yang besar dalam tempoh empat tahun lalu untuk pelbagai kemudahan kepada rakyat termasuk aspek pendidikan.
Bunga dungun atau nama saintifiknya Heritiera Littoralis dipilih menghiasi logo Majlis Perbandaran Dungun (MPD).Pemilihan bunga berukuran sebesar mata pena itu tentunya menjadi tanda tanya kepada generasi belia, tetapi Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan, yang mencetuskan idea agar bunga itu dipilih menghiasi logo MPD mahu mengingatkan golongan itu mengenai sejarah dan asal usul daerah Dungun.
Katanya, pokok dungun suatu ketika dulu menjadi tanaman pilihan utama masyarakat sebagai pokok teduhan bagi menghiasi rumah terutama mereka yang tinggal berhampiran pantai tetapi kini ia semakin pupus. "Untuk tujuan itu kita bercadang menanam 500 pokok dungun di sekitar bandar Dungun terutama di pantai," katanya.
Rabu, Ogos 20, 2008
Dungun bertaraf Perbandaran
Label:
Dearah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan