Akibat gagal melunaskan bayaran kerja-kerja awam oleh sebuah syarikat kontraktor berjumlah RM8 juta, kenderaan dan pelbagai barangan pejabat milik Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini disita semalam.
Writ penyitaan barangan berkenaan dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 18 Ogos lalu dan pelaksanaan penyitaan dan jualan barangan itu akan dilaksanakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.Mengikut writ tersebut, Ketengah yang merupakan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diberi tempoh dua minggu sehingga 7 September ini untuk menjelaskan hutang tertunggak sejak 20 tahun lalu yang dituntut syarikat, Mehndza Builders.
Jika gagal melunaskan hutang berkenaan, segala harta alih termasuk komputer, perabot dan kenderaan yang dimiliki Ketengah akan dilelong kepada awam.
Namun, dalam pertemuan antara pihak pengurusan Ketengah dan pihak terbabit, kebenaran diberi kepada kakitangan agensi itu menggunakan semua aset yang disita, namun ia tidak dibenarkan dibawa keluar dari premis tersebut. Dalam pada itu, Pengarah Urusan Mehndza Builders, Datuk Shamsuar Mahmood ketika ditemui berkata, kontrak kerja awam yang dijalankan syarikatnya untuk Ketengah telah disiapkan pada tahun 1985, namun sehingga kini bayaran akhir bernilai RM6 juta belum dibayar.Berikutan keengganan Ketengah membuat pembayaran akhir itu, pihaknya membawa tuntutan tersebut untuk ditimbang tara oleh Institut Jurutera Malaysia (IEM) pada 1987 melalui Tetuan Bastian Vendargon. (Petikan KOSMO harini)
Isnin, Ogos 25, 2008
Aset KETENGAH Disita
Label:
integriti
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan