Qari Indonesia, Mu'min Mubarok dan qariah Thailand, Fatimoh Harati masing-masing muncul juara majlis Tilawah al-Quran Antarabangsa Ke-50 di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man di sini hari ini.Mu'min, 37, meraih markah 91.5 peratus, manakala Fatimoh, 52, memperoleh 92.83 peratus.
Qari Maghribi, Abdul Karim Elbaki Allah mendapat tempat kedua dengan markah 89.33 peratus dan tempat ketiga dimenangi Reza Mohammad Poor dari Iran dengan markah 88.92 peratus.Qariah negara, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzzaman pula mendapat tempat kedua dengan 91.5 peratus, manakala Nurfaezah Emran dari Brunei memperoleh tempat ketiga dengan 87.67 peratus.
Johan qari dan qariah masing-masing menerima hadiah wang tunai RM28,552 berserta piala dan sijil, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima wang tunai RM10,164 dan RM6,776 berserta sijil dan piala iringan.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pada majlis penutup tilawah berkenaan.
Turut hadir pada majlis itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.Seramai 64 peserta (40 qari dan 24 qariah) dari 41 negara mengambil bahagian pada tilawah kali ini yang bertemakan Menjana Ummah Gemilang bermula 18 Ogos lalu.
Selasa, Ogos 26, 2008
Qari Indonesia & Qariah Thailand Juara
Label:
tilawah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan