Kerajaan Terengganu mahu menjadikan Tasik Kenyir sebagai hab pelancongan negeri ini tahun depan dengan membangunkannya sebagai destinasi percutian untuk keluarga.Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, sehubungan itu, perancangan sedang dibuat untuk membangunkan 10 buah pulau di bahagian utara tasik buatan manusia itu mengikut tema tertentu yang sesuai untuk golongan ibu bapa dan anak-anak.
Menurutnya, kerajaan negeri juga sedang mencari kawasan yang sesuai untuk membina taman tema air di sekitar pulau-pulau berkenaan supaya Tasik Kenyir tidak hanya menjadi tumpuan kaki pancing.
''Kalau dahulu mereka yang datang sekeluarga, apabila ayah pergi memancing, anak dan isteri tidak tahu hendak ke mana,'' ujarnya selepas mengadakan lawatan dua hari ke Tasik Kenyir yang berakhir hari ini.
Ahmad memberitahu, antara yang akan dibangunkan ialah Taman Eko Kenyir seluas 61 hektar di Pulau Selimbar, Pulau Tekak Kecil dan Pulau Kuala Tekak.
Jelasnya, turut akan dibina taman orkid seluas 2.7 hektar di Pulau Hulu Selimbar, Pulau Hilir Selimbar dan Pulau Belit manakala Taman Tropika seluas 5.5 hektar akan dibina di Pulau Tekak Besar.
Selain itu, beliau memberitahu, taman rama-rama seluas 1.4 hektar pula dirancang pembinaannya di Pulau Kerengga Kecil dan Pulau Kerengga serta taman burung seluas 1.7 hektar di Pulau Terengganu Mati.
Menurutnya, sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk pembangunan Tasik Kenyir pada tahun depan dan dijangka kesemua projek pembangunan pulau-pulau berkenaan akan siap menjelang Ogos tahun depan. (Petikan UM)
Jumaat, Julai 18, 2008
TASIK KENYIR HAB PELANCONGAN TERENGGANU
Label:
pelancongan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan