Nasib sebuah keluarga yang hidup dalam keadaan daif di Kampung Sungai Buaya dekat sini sejak lima tahun lalu terbela apabila mereka bakal menerima sebuah rumah baru melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Mazuki Mohd., 40 dan isteri Kamsiah Ali, 32, menerima khabar gembira itu daripada Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh yang menziarah pasangan itu di rumah mereka semalam.
Mazuki dan Kamsiah ternyata terkejut melihat kehadiran wakil rakyat bersama pegawai kerajaan terbabit di hadapan rumah daifnya yang berdindingkan zink dan berlantai pasir itu.
Ketika ditemui, Mazuki terharu kerana wakil rakyat berkenaan sudi ke rumahnya bagi melihat sendiri kedaifan hidup yang dilaluinya selama ini.
Tambahnya, tindakan wakil rakyat itu bukan sekadar menunjukkan sikap prihatin kepada masalah yang dihadapinya, tetapi juga kesungguhan untuk mengotakan janji selama ini untuk membantu penduduk miskin di sini.
''Saya amat berbangga mempunyai wakil rakyat seperti ini yang sentiasa cakna kepada masalah rakyat di sini," katanya yang baru sahaja menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada bahagian perutnya baru-baru ini.
Khamis, Ogos 07, 2008
Rumah PPRT di Dungun
Label:
rumah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan